ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Semua mangsa stabil

Suhana Veru

Kongsi melalui

Seorang juruterbang dan pembantunya cedera manakala tiga penumpang terselamat selepas sebuah helikopter jenis Airbus H125  terhempas di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz, Subang, pagi tadi.

Juruterbang dan pembantunya yang masing-masing berusia 53 dan 55 tahun dilaporkan patah kaki.


Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata, sebaik pihaknya menerima panggilan, sebuah jentera dikerahkan di tempat kejadian.

"Sebaik tiba di lokasi, sebuah helikopter jenis Airbus H125 telah terhempas manakala, lima mangsa dalam keadaan stabil.

“Hanya dua orang yang cedera manakala, tiga penumpang yang terselamat tidak mengalami kecederaan. Malah, helikopter berkenaan tidak mengalami kebakaran," katanya.

Kesemua mangsa telah menerima rawatan awal sebelum dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

Bagaimanapun, punca kejadian masih dalam siasatan. 


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VPN3720

SELANGOR

BSG9614

JOHOR

JYE8716

PULAU PINANG

PRT2659

PERAK

APA1493

PAHANG

CFD1696

KEDAH

KGB7425

NEGERI SEMBILAN

NEG6958

KOTA KINABALU

SJM817

KUCHING

QAB9032L

Terakhir Kemas Kini 13 Aug, 2025

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.05

RON 97

RM 3.17

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 2.94

+0.03

EURO 5 B7

RM 3.14

+0.03

Terakhir Kemas Kini 07 Aug, 2025

Berita Terkini

Berita Auto

Perodua Lancar Flexiplan Untuk Myvi, Axia, Ativa dan Aruz, Ada Banyak Kelebihannya

Pelan pembiayaan pemilikan fleksibiliti itu juga membolehkan pelanggan menukar kenderaan mereka kepada model baharu.

12-08-2025
Berita Auto

Ford Ranger V6 Bakal Muncul Beberapa Hari Lagi?

SDAC Ford, pengimport dan pengedar rasmi kenderaan Ford di Malaysia, kini sedang bersiap sedia untuk melancarkan model baharu pada 23 Ogos ini.

12-08-2025
Berita Auto

KKR Jamin Projek Lebuhraya Kota Bharu - Kuala Krai (KBKK) Dari Ketereh-Kok Lanas Siap Tahun Depan

Projek KBKK tertangguh disebabkan proses pengambilan balik tanah, penyelarasan utiliti, kekurangan tenaga kerja, cuaca tidak menentu, dan kenaikan harga bahan binaan.

12-08-2025
Berita Auto

Walaupun Persaingan SengIt, EON Sasar 12,000 Kereta

Edaran Otomobil Nasional Bhd (EON) menyasarkan untuk menjual lebih 12,000 unit kenderaan sepanjang tahun ini.

12-08-2025
Berita Auto

Jualan Proton Melonjak Semula, 13,518 Unit Terjual Bulan Lepas

Proton merekodkan jualan sebanyak 13,518 unit pada bulan lepas.

12-08-2025
Berita Auto

Bidaan Nombor Pendaftaran SIS Bakal Dibuka

Nombor plat SIS boleh dibida Jumaat ini.

12-08-2025
Berita Auto

AMH Harap Pengambilan Tanah Untuk Projek WCE di Kampung Jawa Diselesai

AMH menggesa kerajaan menyelesaikan pengambilan tanah di Kampung Jawa, Klang dengan segera.

11-08-2025
Berita Auto

Skuter Elektrik, Yadea Velax Dilancar, Boleh Capai 105 KM, Harga Cuma RM4,699 Tetapi Selepas Rebat MariiCas

Yadea Malaysia memperkenalkan skuter elektrik terbaharunya, Yadea Velax ke pasaran tempatan, baru ini.

11-08-2025

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2025 CariCarz.com. All Rights Reserved.