Volkswagen Buat Tawaran Jimat RM11,500 Bulan Mac!
Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) meraikan permulaan bulan Mac dengan tawaran istimewa dan juga promosi untuk perkhidmatan selepas jualan. Tawaran penjimatan hebat yang dilancarkan ini adalah melibatkan model kereta Passat dan juga harga untuk Pakej Pembaikannya.

Promosi istimewa terbaharu yang ditawarkan ini memperlihatkan tawaran yang dilanjutkan untuk model kereta Passat Elegance dan Passat R-Line yang mana pelanggan akan menerima insuran percuma selama setahun yang bernilai RM5,500 dan juga rebat petrol percuma selama setahun berjumlah bernilai RM2,500. Tidak cukup dengan itu, pelanggan yang telah membuat tempahan melalui Volkswagen eShowroom juga akan menerima rebat dalam talian sebanyak RM3,500, membawa jumlah penjimatan mencecah RM11,500.
Passat Elegance dan Passat R-Line dikuasakan oleh enjin 2.0-litre TSI dengan pengecas turbo, dipadankan dengan transmisi 7-kelajuan DSG klac basah yang dapat memberikan sehingga 190 hp kuasa kuda dan 320 Nm daya kilas. Di samping itu, model kereta yang ditawarkan ini turut memiliki ciri Dynamic Chassis Control (DCC) dan banyak lagi teknologi menarik lain.
Harga bagi Passat Elegance ialah RM181,85 dan Passat R-Line pula RM203,411.
Selain itu, pemilik kereta Volswagen dengan usia kereta melebihi lima tahun pula dapat menikmati Pakej Pembaikan istimewa untuk pembaikan bahagian-bahagian kereta tertentu seperti penyerap hentak (hadapan dan belakang), cakera brek (hadapan dan belakang) - dan bermula dari bulan ini sehingga masa akan datang, tali sawat dan juga bearing tayar (hadapan dan belakang).

Volkswagen turut menawarkan diskaun sebanyak 30 peratus dan juga jaminan selama dua tahun untuk alat ganti dan juga kos upah bagi model tertentu. Syarikat Volkswagen komited untuk memberikan yang terbaik kepada semua pelanggan. Oleh itu, alat ganti yang digunakan dalam proses pembaikan adalah 100 peratus original dan ini termasuklah komponen relevan lain seperti nat dan skru.
Kerja-kerja pembaikan di bawah pakej tersebut akan dikendalikan oleh juruteknik Volkswagen yang terlatih sahaja bagi menepati standard antarabangsa di samping menggunakan peralatan yang telah diluluskan oleh syarikat.
| PAKEJ PEMBAIKAN | PENJIMATAN SEHINGGA |
| Set Penyerap Hentak (Absorber) Hadapan | RM 1,702 |
| Set Penyerap Hentak (Absorber) Belakang | RM 1,174 |
| Set Brek Hadapan | RM 786 |
| Bearing Hadapan (1 Buah) | RM 586 |
| Bearing Hadapan (1 Pasang) | RM 1,146 |
| Bearing Belakang (1 Buah) | RM 483 |
| Bearing Belakang (1 Pasang) | RM 958 |
| Talisawat | RM 448 |
Sekiranya anda ingin mendapat kelayakan untuk menerima tawaran istimewa ini, pemilik Volkswagen perlu memuat turun aplikasi mobil Volkswagen Cares. Temujanji servis boleh dilakukan secara dalam talian melalui komputer atau telefon pintar dengan memilih pengedar, tarikh dan masa selain memasukkan maklumat kenderaan anda. Anda juga boleh mendapatkan khidmat pengambilan dan penghantaran percuma sekiranya diperlukan.
Pengedar Volkswagen di seluruh negara mematuhi SOP yang telah ditetapkan di bawah inisiatif Volkswagen #SafeHands yang mana langkah-langkah penjagaan kebersihan yang ketat dilaksanakan seperti melakukan proses sanitasi premis dan juga kawasan sentuhan, saringan, penerimaan kenderaan tanpa sentuh dan juga proses sanitasi ke atas semua unit pameran dan pandu uji.
Gallery
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX6739
SELANGOR
BSU9187
JOHOR
JH1538J
PULAU PINANG
PSH2904
PERAK
APM7874
PAHANG
CFJ3646
KEDAH
KGJ7448
NEGERI SEMBILAN
NEM5397
KOTA KINABALU
SJV1032
KUCHING
QAB9625P
Terakhir Kemas Kini 06 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Mitsubishi Xforce Malaysia: Jaminan Resale Value 60%
Mitsubishi Xforce: Nilai Terjamin 60% Selepas 5 Tahun.
06-11-2026
Isu Tahanan Rumah Najib: Anthony Loke Akhirnya Kotakan Janji
Anthony Loke Rasmi Undur Diri Sebagai Menteri Pengangkutan.
06-11-2026
Diskaun Tol 50% Sempena Deepavali Selama 2 Hari
Diskaun Tol 50% Bermula Tengah Malam Tadi Hingga Esok.
06-11-2026
Sapura Industrial Raih Kontrak RM307 Juta Pasang Gandar Kereta Chery
Chery Lantik Sapura Industrial Pasang Gandar.
06-11-2026
Genting Tawar Servis Helikopter VIP dari Subang
Anda Kini Boleh Naik Helikopter Jika Nak Ke Genting.
05-11-2026
Isu Petrol RON95: Petron, Caltex Mula Bayar Ganti Rugi
Rupanya Tiada Unsur Air Dalam RON95.
05-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge