70% Diskaun Untuk Saman Trafik! Ini Syaratnya...
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menawarkan diskaun sebanyak 70% kepada pesalah trafik untuk semua saman yang boleh dikompaun. Diskaun ini ditawarkan mulai daripada hari ini, 13 April hingga 11 Jun 2021 (60 hari). Namun begitu, tawaran ini tidak termasuk kes yang melibatkan mahkamah.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata diskaun ini ditawarkan bersempena dengan sambutan ulang tahun JPJ yang ke-75. Tambahnya lagi, tawaran diskaun ini adalah melibatkan sejumlah 3.5 juta saman yang masih aktif dari tahun 2010 hinggalah Mac tahun ini.
Pengurangan saman sebanyak 70% ini adalah bagi kesemua saman yang dikeluarkan bagi kesalahan yang dinyatakan di bawah:
i. Akta Pengangkutan Jalan 1987(Akta 333)
ii. Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Akta 334)
iii. Akta Pengangkutan Awam Darat (Akta 715) serta
iv Kaedah-kaedah dan Perintah-perintah dibawahnya
v. termasuk kes yang masih dalam tindakan senarai hitam
Pesalah trafik yang disenarai hitam perlulah ke cawangan JPJ yang berdekatan untuk melakukan proses pendokumentasian semula bagi membolehkan bayaran saman dibuat.
Bayaran boleh dilakukan di mana-mana cawangan/kiosk/pejabat JPJ dan UTC. Namun begitu, orang ramai digalakkan untuk melakukan pembayaran secara dalam talian melalui portal JPJ untuk mengelakkan kesesakan di kaunter.

“Saya galakkan bayar saman ini secara dalam talian bagi mengelakkan berlakunya kesesakan di JPJ selain ia kurang memudaratkan,” katanya kepada pemberita selepas sambutan Jubli Platinum Ulang Tahun JPJ ke-75 di Putrajaya.
Pelanggan juga boleh menggunakan aplikasi JPJeQ iaitu sebuah sistem menunggu giliran secara dalam talian.

“Aplikasi secara mobile tu membenarkan pelanggan membuat pilihan cawangan JPJ yang tidak ramai pelanggan serta menggunakan kod QR untuk mendapatkan nombor giliran dan mesra Orang Kurang Upaya (OKU) serta warga emas,” kata Wee.
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX2340
SELANGOR
BSU8095
JOHOR
JG8672J
PULAU PINANG
PSH2014
PERAK
APM7058
PAHANG
CFJ3302
KEDAH
KGJ6952
NEGERI SEMBILAN
NEM4978
KOTA KINABALU
SJU9742
KUCHING
QAB9427P
Terakhir Kemas Kini 01 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Maklumkan Kepada Syarikat Insurans Jika Modifikasi Kenderaan
Insurans Kereta Ubah Suai: Adakah Insurans Anda Batal Jika Modifikasi?
05-10-2026
Berita Terkini
Free Duty: Bukan Untuk T20 'Park" Kereta Di Langkawi
Kemudahan bebas cukai Langkawi bukan untuk bantu orang kaya simpan kereta mewah.
29-10-2026
Minyak Diesel Tanpa Subsidi Naik 20 Sen
Terkini: Harga Diesel Naik 20 Sen, RON95 & RON97 Turut Naik.
28-10-2026
Awas Penipuan Tiket ECRL! Beli Hanya Melalui Saluran Rasmi
Harga Tiket ECRL Sudah Pun Diumumkan, Jadi Jangan Jadi Mangsa Scammer.
28-10-2026
Aplikasi TuJu Bukan Untuk Saing Waze, Fokus Lebuh Raya Bertol
TuJu Dibangun Bukan Ganti Waze.
28-10-2026
Bila PROTON S70 RS Sport Dilancar?
Ada pihak menyifatkan Proton S70 RS Sport bakal dilancarkan Disember ini.
27-10-2026
F1 Kembali Ke Malaysia, Ini Kata SIC
Sepang Sedia Kertas Kerja F1: Peluang Keputusan Kini 50-50
27-10-2026
Pusat 4S Denza Balakong Dibuka: Antara Pusat Pengedar Terbesar Kini di Selangor
DENZA Balakong Rasmi Dibuka, Tawar Perkhidmatan 4S Lengkap.
26-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge