Audi Dedahkan 4 Model Baharu Di Auto Shanghai 2021!
Sofea Najmi
27-4-2021
Audi bersama-sama dengan dua lagi rakan kongsi daripada negara China, FAW dan SAIC telah mendedahkan kepada dunia empat buat model kereta baharu di Auto Shanghai 2021 - kereta konsep Audi A6 e-tron serta Audi Q5L yang telah ditambah baik, di samping Audi A7L dan juga sebuah SUV yang masih lagi ditutup daripada pandangan orang ramai. Dinamakan sebagai konsep Audi Shanghai, kereta Audi A7L dan SUV ang dikatakan adalah hasil kerja rakan kongsi baharu mereka iaitu SAIC Audi.
Dalam usaha untuk melancarkan usaha ke arah elektromobiliti, Audi telah mengatur dua strategi baharu iaitu dengan memilih Changchun sebagai lokasi pengeluaran bagi model kereta elektrik dan juga melakukan usahasama dengan SAIC Motor Corporation.
"Kami mara ke hadapan secara aktif melalui perubahan ke arah mobiliti mampan di negara China. Berdasarkan perkiraan baharu ini, kami telah membentuk dasar yang sempurna untuk tujuan ini, dan sedang menetapkan laluan yang strategik baharu bagi perniagaan Audi di China," ujar Markus Duesmann, CEO AUDI AG.
Menjelang penghujung 2020, syarikat telah mengumumkan penubuhan Audi FAW NEV Co. Sebagai sebahagian daripada usaha sama yang telah lama dengan FAW, Audi sedang dalam proses untuk membina kilang pengeluaran automotif baharu yang didedikasikan untuk generasi kereta elektrik yang akan datang (menggunakan platform teknologi PPE). Siri pengeluaran pertama automobil di Changchun bagi pasaran China dijangka akan dimulakan pada tahun 2024.
Untuk memperkembang pengaruh mereka di negara China, Audi telah bekerjasama dengan SAIC Motor Corporation serta merancang untuk mengeluarkan kereta mereka di kilang pengeluaran Volkswagen Shanghai/Anting.
"Melalui kerjasama dengan rakan kongsi kami yang telah bertahun-tahun, FAW, kami telah berjaya membina perniagaan di China dalam tiga dekad. Bersama-sama dengan FAW dan juga rakan kongsi kedua kami dalam kerjasama ini iaitu SAIC, kami kini memasuki fasa baharu pertumbuhan. Ini adalah kerjasama yang kami akan teruskan dalam pasaran terbesar Audi," ujar Presiden Audi China, Werner Eichhorn.
Empat tayangan perdana telah dilakukan di Auto Shanghai. Tayangan ini mendedahkan kepada orang ramai tentang pembangunan spesifik yang telah dilakukan bagi membentuk masa depan Audi. Kereta pertama yang didedahkan adalah kereta konsep Audi A6 e-tron. Kereta ini menjadi model yang menunjukkan bagaimana rupa kereta yang dihasilkan menggunakan platform PPE - Sportback berkepanjangan 4.96 meter dengan bateri 100 kWj yang mampu bergerak sejauh 700 km. Dihasilkan di Eropah dan China, model ini mengambil masa tidak lebih daripada 10 minit untuk dicas bagi perjalanan sepanjang 300 km. Kuasa yang dimiliki ini adalah disebabkan oleh teknologi 800 voltnya.
Audi Q5L yang serba baharu juga turut diperkenalkan, memaparkan jarak antara roda yang lebih panjang. SUV yang ditambah baik ini akan terus dihasilkan di kilang yang berpangkalan di Changchun dalam usaha sama dengan FAW-VW.
SAIC Audi juga turut mendedahkan dua lagi kenderaan baharu iaitu sebuah model kereta elektrik dan sebuah lagi adalah kereta pembakaran enjin dalaman yang berkuasa. Kenderaan pertama yang dimaksudkan adalah limosin Audi A7L (yang direka bentuk semula) yang telah dijadualkan untuk mula dikilangkan pada tahun 2021. Dikeluarkan di Shanghai khas untuk pasaran China, Audi A7L menampilkan gaya yang sporty namun bahagian dalamannya mengetengahkan konsep yang elegan bagi sebuah kereta limosin yang besar. Antara teknologi inovatif yang digunakan bagi kereta ini adalah suspensi udara adaptif, stereng roda belakang, dan juga pacuan empat roda quattro.
Kenderaan kedua yang masih lagi disembunyikan rupanya daripada orang ramai di sebalik penutup turut diperkenalkan. Dinamakan sebagai kereta konsep Audi Shanghai, kajian SUV ini akan dijalankan di bawah program baharu untuk menghasilkan kereta elektrik sepenuhnya, berkepanjangan 4.87 meter yang bakal diperkenalkan pada pertengahan tahun 2021.
Audi adalah pengeluar premium pertama yang memulakan penghasilan kereta di China dalam usaha sama dengan FAW-VW pada tahun 1988. Sejak daripada itu, 7 juta kenderaan telah dikeluarkan di negara ini melalui empat buah kilang yang dimiliki - Changchun, Foshan, Tianjin dan Qingdao. Pada suku pertama 2021, Audi telah menyediakan sebanyak 207,386 kereta kepada pelanggan di negara China.
Gallery
Ditulis pada
Sofea Najmi
Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VNC4429
SELANGOR
BRY2171
JOHOR
JXJ6150
PULAU PINANG
PRJ7356
PERAK
ANP9577
PAHANG
CEY6065
KEDAH
KFW2884
NEGERI SEMBILAN
NED1452
KOTA KINABALU
SJG4323
KUCHING
QAB547K
Terakhir Kemas Kini 06 Oct, 2024
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.05
RON 97
RM 3.19
RON 100
RM 4.50
VPR
RM 5.50
Diesel
EURO 2M
RM 2.95
EURO 5
RM 3.15
Terakhir Kemas Kini 03 Oct, 2024
Berita Terkini
MSF Umum Kategori Myvi Cup, Hanya Untuk ‘King of the Road!’
Perodua Myvi yang sering digelar sebagai King of Highway atau King of The Road kini mempunyai perlumbaan tersendiri iaitu Myvi Cup.
06-10-2024
Peluang Rebut Proton S70 Sempena Kempen Jualan Akhir Tahun
PROTON melancarkan Kempen PROTON Vaganza Akhir Tahun sehingga 31 Disember ini.
05-10-2024
17 Cawangan Puspakom Dibuka Sabtu, 12 & 19 Oktober Ini
Bagi memudahkan pelanggan yang sukar hadir untuk pemeriksaan kenderaan pada hari bekerja, PUSPAKOM kini melanjutkan operasi di beberapa cawangan.
05-10-2024
TikToker Gigih Rakam Video, Selepas MG4 Terlibat Dalam Kemalangan
Iman sempat menunjukkan keadaan kereta MG4 selepas terlibat dalam satu kemalangan, baru-baru ini.
04-10-2024
Jangan Keliru Tentang MyDigital ID, Rupanya Ditangguh!
Integrasi penggunaan MyDigital ID dengan aplikasi MyJPJ bukan dibatalkan sebaliknya ditangguhkan.
04-10-2024
Sebelum Mohon Lesen B Penuh, Baca Dulu Syarat, Yang Penting Selesaikan Saman
Para pemohon dinasihat menyelesaikan semua saman tertunggak dan memastikan nama tidak disenarai hitam.
04-10-2024
Puspakom Sasar Jadi Pusat Sehenti Kenderaan – Urus Penukaran Hak Milik Kenderaan
Puspakom Sdn Bhd kini dalam proses transformasi untuk menjadi pusat sehenti bagi semua urusan berkaitan kenderaan.
04-10-2024
Jadual Unit Pemeriksaan Bergerak Puspakom Bagi Oktober 2024
Jadual unit pemeriksaan bergerak Puspakom untuk Semenanjung Malaysia serta Sabah dan Sarawak bagi bulan Oktober 2024 telah dikeluarkan.
04-10-2024
Tunjuk Lebih
trending_flat