Beli VW Passat Untuk Pakej Percutian Mewah Di Pangkor Percuma!
Setelah berbulan-bulan terperap di rumah dek kerana pandemik, pastinya ramai yang menanti-nanti peluang untuk bercuti sakan sebaik dah boleh merentas negeri. Berita baik untuk anda yang tak pasti lagi ingin ke mana untuk percutian nanti, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) kini menawarkan pakej percutian mewah di Pangkor Laut Resort dengan setiap pembelian model Passat. Kereta baru dapat, percutian mewah percuma pun dapat, pakej makan angin yang lengkap!
Hadiah percutian percuma di Hill Villa, Pangkor Laut Resort ini diberikan kepada sesiapa yang membeli Volkswagen Passat Elegance dan Passat R-Line antara 1 Mei hingga 30 April 2021.


Pakej penginapan mewah yang ditawarkan adalah untuk dua malam di Hill Villa yang menyajikan pemandangan laut biru dan taman tropika penuh kehijauan yang memukau jiwa. Sepanjang percutian ini anda akan mendapat tiga hidangan setiap hari dan juga satu sesi urutan selama 50 minit di Spa Village Pangkor Laut.
-full.jpg)
Lebih seronok lagi, pakej ini turut termasuk perjalanan pergi dan balik menaiki bot laju dari Marina Island Pangkor ke tanah besar.
Pelanggan juga turut menerima setahun insuran percuma yang berjumlah RM5,500 (bagi Passat Elegance) dan setahun petrol percuma bernilai RM2,500 (bagi Passat R-Line).


Passat Elegance dan Passat R-Line adalah sedan saiz sederhana yang dikuasakan oleh oleh enjin turbo 2.0TSI yang dipadankan bersama kotak gear klac berkembar basah direct shift 7-kelajuan DSG untuk menjana kuasa 190PS dan daya kilas 320Nm. Varian yang lebih sporty, R-Line, turut dilengkapi Dynamic Chassis Control (DCC) dan pelbagai ciri termaju lain.
Harga dengan insentif pengecualian cukai bagi varian Elegance ialah RM181,856, manakala R-Line pula ialah RM203,411.
Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh layari www.volkswagen.com.my.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRQ6340
SELANGOR
BST8165
JOHOR
JE4745J
PULAU PINANG
PSF6587
PERAK
APL5650
PAHANG
CFH7725
KEDAH
KGJ1782
NEGERI SEMBILAN
NEL9216
KOTA KINABALU
SJU1860
KUCHING
QAB5856P
Terakhir Kemas Kini 22 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Passat R-Line 2022 Lebih Mantap!
Model terbaharu Passat R-Line 2022 menerima sentuhan terbaharu.
19-04-2022
Volkswagen Tawar Penjimatan Kaw Kaw
VPCM menawarkan promosi hebat sempena pembukaan semula sektor ekonomi.
17-09-2021
Bilik Pameran Dibuka Dengan SOP Yang Lebih Ketat
Hanya beberapa bilik pameran di Melaka, Johor, Kedah, Pahang dan Kelantan masih belum dibenarkan beroperasi.
25-08-2021
Rai Kempen Raya-Raya Volkswagen, Lebih Banyak Ganjaran Menanti Anda!
Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) melancarkan Kempen Raya-Raya sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri dimana pelanggan berpeluang menikmati rebat duit raya sebanyak RM1,000 untuk beberapa model Volkswagen.
06-05-2021
3 Model VW Ini Dipanggil Semula Kerana Isu Pemasangan Lapik Pelindung Haba
VPCM panggil balik beberapa model keluarannya kerana isu pemasangan.
06-02-2024
VW Golf GTI Mk 8 Ditambah Ciri Baharu! Speaker Lebih Padu, Ada HUD
VPCM memulakan tahun 2024 dengan pengumuman penambahan beberapa ciri baharu untuk VW Golf GTI generasi ke-8. Ini ciri barunya...
03-01-2024
Volkswagen Golf R Mk8 Bakal Dipasang CKD Di Malaysia Tak Lama Lagi?
Volkswagen Golf R Mk8 akan dihasilkan secara tempatan (CKD)?
16-07-2023
Berita Terkini
GP BAHRAIN: Peluang Emas Pemandu E-Hailing Malaysia
Permintaan e-hailing, p-hailing dijangka melonjak sempena GP Bahrain.
21-09-2026
Nombor Pendaftaran H1 Raih RM10.7 Juta, Siri Terakhir JPJ
H1 cecah RM10.7 juta dalam bidaan nombor pendaftaran siri H.
21-09-2026
Isu Najib: Anthony Loke Letak Jawatan
Perletakan jawatan itu hanya membabitkan beliau dan tidak melibatkan ahli DAP lain.
19-09-2026
ECRL Gombak ke Kuantan Hanya 1 Jam 30 Minit
Gombak ke Kuantan 90 Minit Naik ECRL: Ujian Rasmi Berjaya.
18-09-2026
17 Model Baharu Mercedes Bakal Masuk Malaysia Tahun Depan – Ini Apa yang Kita Tahu
Mercedes-Benz Malaysia merancang 17 model baharu untuk tahun 2027, dimana sebahagian besarnya adalah pemasangan tempatan di Pekan.
18-09-2026
Pemenang Xforce Buy 1 Free 1 Bawa Pulang SUV Baharu
Rezeki Terpijak: Pemenang Utama Menang Xforce.
18-09-2026
Perodua Ativa X Kini Semurah RM53k - Adakah Anda Masih Mahu Beli Myvi?
Perodua Ativa X vs Myvi H: Selisih RM1,900, Mana Satu Pilihan Lebih Berbaloi?
18-09-2026
Berapa Harga Hyundai Tucson?
SUV Hyundai Tucson Kini Lebih Murah Di Malaysia, Harga Bermula RM159k
18-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat