Malaysia Ketinggalan Jauh di Belakang China, Hasilkan Barisan EV!
Pameran Auto Shanghai baru-baru ini, mempamerkan sejumlah barisan kenderaan sensasi dimana kebanyakannya terdiri daripada kenderaan elektrik (EV) yang dihasilkan oleh syarikat-syarikat tempatan sekali gus menentukan masa depan industri automatif elektrik di China.
Kebanyakan kenderaan itu, kami di Caricarz telah membuat satu senarai mengenai EV yang paling menarik yang ditawarkan oleh syarikat pengeluaran kenderaan dari China.
![]()
Di sini, kami menyenaraikan lapan pesaing kenderaan EV. Kenderaan pertama yang menduduki carta itu ialah, syarikat pembuat bateri dan kenderaan elektrik, BYD Co Ltd.
Syarikat BYD membawa masuk kenderaan flagship mereka yang dikenali sebagai “Han” pada Pameran Auto Shanghai itu. Nama Han diambil sempena nama Dinasti Han dan buat julung kalinya ia telah dilancarkan pada tahun lalu.
Siri Han yang dikeluarkan syarikat itu termasuk tiga kenderaan EV dan satu kenderaan hibrid.

Syarikat itu mendakwa bahawa EV mereka boleh membuat perjalanan sejauh kira-kira 603 kilometer dan pek bateri mereka lebih selamat berbanding pek sel konvensional yang lain.
Beralih kepada tempat kedua dalam carta itu, ia diduduki oleh syarikat Konglomerat automotif, Geely Holdings Inc.
Pada tahun ini, syarikat Geely turut mempamerkan sejumlah kereta keluarannya.
Senarai kereta paling atas Geely ialah Geometry A Pro. Ia merupakan jenama baharu untuk kenderaan versi jarak jauh yang hadir dengan bateri 150 kW dan memiliki perbatuan pemanduan sekali cas mencecah 600 kilometer.

Secara rasminya, kereta itu dilancarkan pada tahun 2019 dan sejak itu, ia telah menghasikan dua model.
Kedua-duanya merupakan model A dan model C yang ketika ini sedang dijual di pasaran China.

Senarai Geely seterusnya ialah, varian hibrid plug in terbaharu syarikat Lynk & Co. 05.
Ia turut membentangkan Senibina Produk Skalabel yang dikatakan akan digunakan dalam pembangunan Lynk&Co pada masa akan datang. Ia yang dikuasakan dengan tenaga elektrik akan dilancarkan pada tahun ini
Selepas itu muncul jenama prestasi EV dari Volvo yang turut dimiliki oleh Geely iaitu kenderaan hibrid 1 Polestar dan Polestar 2 kenderaan semua-elektrik.

Edisi khas Polestar 1 didatangkan dalam warna matte gold biarpun ia hanya merupakan kenderaan elektrik.
Prestasi EV ini dibina dengan rangka yang ringan iaitu dengan menggunakan serat karbon fiber polimer.
Ia mempunyai dua motor berkembar di bahagian belakang dengan daya kilas vektor elektronik selain kompenan berprestasi tinggi seperti brek Akebono dan peredam Ohlins.
Oleh itu, ia mampu menghamburkan kuasa 619 kuasa kuda dan tork 1000 Nm. Ia juga membolehkan jarak pemanduaan kenderaan elektrik membuat perjalanan sejauh 96 kilometer berdasarkan standard WLTP .

Selain itu, kenderaan itu memiliki cat matte gold yang menghiasi luarannya dengan kemasan brek kaliper yang sepadan dengan rim roda berwarna hitam sporty.
Salah satu peningkatan yang akan menjadi sub-jenama syarikat, Zeekr, apabila ia membawa model EV pertama mereka yang dikenali sebagai Zeekr 001.
Ia bertujuan untuk meletakkan perisian di barisan hadapan dan namanya adalah gabungan dari 'Z' seperti pada Generasi Z dan 'geek'.
Zeekr 001 hadir dengan sistem motor berkembar dimana ia menghantar kuasa ke keempat-empat roda.
.

Ia memberikan tork maksimum 767Nm, manakala daya pecutannya dari –100 kilometer sejam mampu mencecah kurang daripada empat saat.
Kenderaan EV turut memiliki perbatuan pemanduan sekali cas mencecah 700 kilometer
Senarai seterusnya dalam senarai kami ialah pengeluar kenderaan elektrik dari China, NIO iaitu model sedan pertamanya, ET7.

Ia pada mulanya, telah dilancarkan pada Jun lalu dan pada Pameran Auto Shanghai, syarikat berkenaan buat pertama kalinya mempamerkan bahagian kabin dalamannya dimana mereka menyifatkan dalamannya seolah-olah seperti ruang tamu kedua.
Menyentuh mengenai prestasinya, ia hadir dengan kuasa bateri 150 kWh dimana ia mampu melakukan pergerakan sejauh 999 km selepas menjalani ujian protokol NEDC.
Syarikat itu juga mendakwa bahawa teknologi Pemanduan Autonomi Nio adalah antara sistem tercanggih.
Nio juga menggunakan sejumlah 100 stesen pertukaran kuasa berjenama termasuk beberapa infrakstruktur lain termasuk 500 pengecas stesen dan menempatkan lebih 10,000 pengecas yang hanya terletak di lapan wilayah di China.
Susulan itu, ia dikatakan mampu dimiliki memandangkan kereta mini elektrik, Hong Guang Mini EV dijual pada harga AS$4,230 (RM 17,385)
Kenderaan ini adalah milik oSAIC-GM-Wuling Automobile Co., usaha sama antara SAIC Motor Corp., General Motors dan Liuzhou Wuling Motors Co.

Ia merupakan EV paling popular di China pada tahun ini apabila berjaya menjual lebih 57,000 unit pada Februari sahaja.
Rangka EV yang sangat ringan itu dikatakan telah dihasilkan oleh kilang Lizhou, Guangxi.
Menurut media tempatan, pemghasilan kenderaan itu hanya mengambil masa empat jam untuk menyiapkannya.
Ia yang menawarkan pemanduan lancar , bagaimanapun tidak mampu mencecah lebih 100 km/j dengan jarak sekitar 120km hingga 177km untuk sekali cas sekali gus menyebabkan ia dikatakan sesuai digunakan untuk penduduk bandar.
Sementara itu, pembuat kereta yang disokong Alibaba, Xpeng turut mempamerkan kenderaan ketiganya iaitu Xpeng P5. Ia dibina dengan menggunakan sendor lidar dimana mampu meningkatkan keupayaan Sistem Bantuan Pemandu.
Menurut syarikat itu, ia dilengkapi dengan dua sensor yang dipasang di kedua-dua sisi yang terletak di bahagian salun depan. Ia mampu mengesan pejalan kaki, kereta lain, penunggang motosikal atau objek lain, tidak kira cuaca atau gelap.
Sekarang, selepas mengetahui kesemua mengenai EV, kami tinggalkan anda dalam keadaan tertanya-tanya, bagaimana negara China yang masih baharu dalam pembangunan EV mampu mencipta sejarah memandangkan ia semakin terkenal dengan pengeluaran barisan EV yang luar biasa.
Sebaliknya, Malaysia yang memiliki dua syarikat automotif terbesar dimana Proton memiliki pengalaman dalam bidang automotive sekitar 38 tahun manakala, Perodua pula mempunyai pengalaman 28 tahun namun sayangnya, kedua-dua syarikat ini masih belum mengeluarkan kenderaan seumpama itu atau yang mempunyai kaitan dengan elektrik.
Kenapa negara kita mengambil masa yang terlalu lama?
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX7941
SELANGOR
BSU9400
JOHOR
JH1945J
PULAU PINANG
PSH3144
PERAK
APM8047
PAHANG
CFJ3722
KEDAH
KGJ7529
NEGERI SEMBILAN
NEM5464
KOTA KINABALU
SJV1135
KUCHING
QAB9670P
Terakhir Kemas Kini 08 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Mitsubishi Xforce Malaysia: Jaminan Resale Value 60%
Mitsubishi Xforce: Nilai Terjamin 60% Selepas 5 Tahun.
06-11-2026
Isu Tahanan Rumah Najib: Anthony Loke Akhirnya Kotakan Janji
Anthony Loke Rasmi Undur Diri Sebagai Menteri Pengangkutan.
06-11-2026
Diskaun Tol 50% Sempena Deepavali Selama 2 Hari
Diskaun Tol 50% Bermula Tengah Malam Tadi Hingga Esok.
06-11-2026
Sapura Industrial Raih Kontrak RM307 Juta Pasang Gandar Kereta Chery
Chery Lantik Sapura Industrial Pasang Gandar.
06-11-2026
Genting Tawar Servis Helikopter VIP dari Subang
Anda Kini Boleh Naik Helikopter Jika Nak Ke Genting.
05-11-2026
Isu Petrol RON95: Petron, Caltex Mula Bayar Ganti Rugi
Rupanya Tiada Unsur Air Dalam RON95.
05-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge