PROTON mencatatkan jualan tertinggi dalam tempoh 90 bulan
Pengeluar kereta nasional, Proton Holdings Bhd membuka tirai tahun ini dengan jualan yang kukuh, apabila mencatatkan jualan sebanyak 14,989 unit (domestik dan eksport) pada bulan Mac lalu.
Angka itu menjadikan ia mencapai jualan terbaik sejak September 2013 apabila turut menunjukan peningkatan sebanyak 26.2 peratus berbanding Februari iaitu dengan pegangan pasaran cuma 23.5 peratus.
Secara keseluruhan, ini membolehkan PROTON mengekalkan kedudukan kedua dari segi kedudukan penjualan.
Bagi suku pertama tahun ini, syarikat mencatatkan jumlah jualan terkumpul sebanyak 32,826 unit dan ia merupakan angka tertinggi dalam bahagian pasaran suku tahunan sejak Mac 2012.
“PROTON akan berusaha untuk meningkatkan pengeluaran selain mengekalkan fokus kami dalam memberikan produk yang berkualiti tinggi.
“Kami juga sedar bahawa insentif Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) akan berakhir pada bulan Jun ini.
“Jadi, kami berhasrat untuk memastikan pelanggan menikmati cuti cukai yang diberikan oleh kerajaan, ”kata Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Roslan Abdullah.

Penghantaran untuk dua model SUV keluaran PROTON terus bertambah pada Mac selepas barisan pengeluaran baharu di Tanjung Malim meningkatkan pengeluarannya untuk bulan berkenaan.


Ini menyaksikan sebanyak 3,513 unit Proton X50 dihantar kepada pelanggan sementara Proton X70 menunjukkan kenaikan dari bulan ke bulan sebanyak 58.4 peratus kepada 2,337 unit.

Bagi penjualan sedan segmen-A Proton Saga juga dilihat meningkat sebanyak 5,589 unit atau 32.5 peratus berbanding Februari lalu.

Proton Persona, Iriz dan Exora masing-masing mencatatkan angka terbaik untuk tahun ini dengan kenderaan pelbagai guna (MPV) segmen-C itu.
Ia dikatakan menduduki tempat pertama bagi segmennya.

“Industri automotif Malaysia akhirnya mencapai kemajuan pada 2021. PROTON menganggarkan jumlah keseluruhan industri (TIV) melebihi 63,000 unit sekali gus menunjukkan semua jenama akan mencatatkan jumlah terbaik mereka untuk tahun ini.
“Bagi PROTON, bulan Mac merupakan bulan penjualan yang sangat baik memandangkan syarikat berkenaan berjaya mencapai angka tertinggi bagi tempoh 90 bulan.
“Kami melihat pencapaian ini masih belum memberangsangkan kerana ia boleh dipertingkatkan sekiranya dapat menghasilkan lebih banyak unit,” ujarnya.
Beliau berkata, buat masa ini, pihaknya perlu memenuhi banyak pesanan daripada pelanggan.
“Biarpun, peningkatan unit jualan kereta Proton menjadi fokus utama kami, sebaliknya, pertumbuhan pengeluaran pinjaman oleh Proton Commerce adalah satu perkembangan yang penting.
“Ini membuktikan bahawa kami menawarkan pakej pembiayaan yang menarik kepada para pelanggan dan mampu bersaing dengan syarikat lain dalam pasaran pembiayaan automotif.
“Lebih penting lagi, pelanggan dapat menikmati kemudahan pembelian dan pembiayaan bagi kereta Proton sekali gus menjadikan pusat jualan kami sebagai pusat sehenti,” ujarnya.
Dalam perkembangan sama, anak syarikat pembiayaan automotif PROTON, Proton Commerce Sdn Bhd, turut menyaksikan peningkatan jumlah yang sama bagi pembiayaan kereta.
Hampir 4,000 pinjaman dikeluarkan dalam masa tiga bulan pertama pada tahun 2021 dengan anggaran sebanyak 1,700 dikeluarkan dalam bulan Mac sahaja.
Secara keseluruhan, pengeluaran untuk suku tahun pertama ini telah meningkat sebanyak 141 peratus berbanding tahun 2020.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VPY1854
SELANGOR
BSJ9277
JOHOR
JYK6106
PULAU PINANG
PRV4619
PERAK
APC3381
PAHANG
CFD9794
KEDAH
KGC8596
NEGERI SEMBILAN
NEH5323
KOTA KINABALU
SJN5465
KUCHING
QAB4781M
Terakhir Kemas Kini 05 Nov, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.60
RON 97
RM 3.20
+0.06
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.95
+0.06
EURO 5 B7
RM 3.15
+0.06
Terakhir Kemas Kini 30 Oct, 2025
Berita Terkini
PM: Kerajaan Setuju Naikkan Had Kelayakan BUDI96 Kepada Sektor e-Hailingc, 800 Liter Sebulan
Kerajaan bersetuju menaikkan had kelayakan program Budi Madani (BUDI95) bagi pemandu e-hailing yang layak kepada hingga 800 liter sebulan.
04-11-2025
Perhatian, Jangan Terpedaya Iklan Lesen Memandu Percuma, Tanpa Ujian, - JPJ
Orang ramai dinasihatkan supaya tidak terpedaya dengan iklan lesen memandu percuma dan tanpa ujian yang menggunakan nama dan gambar rasmi JPJ.
04-11-2025
RTS Link JB-Singapura Bakal Siap Dis 2026, Mula Operasi Jan 2027
Kementerian Pengangkutan mengesahkan RTS Link Johor Bahru-Singapura dapat disiapkan mengikut jadual selepas struktur bangunan ketiga-tiga komponen utama projek berkenaan siap sepenuhnya.
04-11-2025
Berita Baik, Harga Pas Bas.My Turun Kepada RM30 Sebulan, Maknanya, 1 Hari, Tambang Cuma RM1
Ada berita baik bagi mereka yang menggunakan perkhidmatan Bas.My dalam urusan seharian mereka memandangkan harga pas perjalanan Bas.My di seluruh negara diturunkan kepada RM30.
04-11-2025
Tahniah Lebuhraya Malaysia Dapat Pujian Antarabangsa, Rakyat Perlu Terus Lapor Kerosakan Jalan
Kementerian Kerja Raya mendedahkan kualiti lebuh raya di negara ini menerima pujian antarabangsa selepas video konvoi kenderaan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang melalui lebuh raya tular di media sosial baru-baru ini.
03-11-2025
Kerajaan Dengar Rintihan Pemandu E-Hailing, Nantikan Pengumuman Kuota Tambahan BUDI95
Kerajaan dijangka bakal mengumumkan penambahbaikan terhadap kelayakan subsidi petrol RON95 di bawah program BUDI MADANI (BUDI95) bagi pemandu e-hailing dalam tempoh terdekat.
03-11-2025
Datuk Abdul Rashid Musa Kembali Ke Proton Sebagai Timbalan CEO
Proton hari ini mengumumkan kemunculan semula satu nama besar dalam organisasi mereka, Datuk Abdul Rashid Musa, yang kini secara rasmi kembali menyertai Proton dan memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif baharu.
03-11-2025
MB Selangor Sahkan Isu WCE Kampung Jawa Bakal Selesai
Isu pembinaan Lebuhraya Pantai Barat (WCE) yang membabitkan 19 penduduk di Kampung Jawa, Klang bakal selesai dalam tempoh terdekat ini.
03-11-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat