Saluran Gas Bocor, Laluan Subang - Glenmarie Terpaksa Ditutup 25 Hari
Laluan ditutup buat sementara waktu dari Subang menghala ke Glenmarie ekoran kerja baik pulih saluran paip gas yang bocor di kawasan pembinaan LRT 3 di Jalan Persiaran Kerjaya, Seksyen U1.
Kerja-kerja untuk membaiki saluran paip ini dijangka mengambil masa selama 25 hari sebelum jalan boleh digunakan semula oleh orang ramai.
Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, pihak polis menerima maklumat tentang kerja pengalihan utiliti ini semalam dan difahamkan bahawa saluran yang bocor itu adalah saluran utama yang membekalkan gas asli ke Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan kawasan sekitar.
Menurutnya, pihak bomba menyarankan agar laluan ini ditutup untuk menjaga keselamatan pengguna jalan raya dan juga penduduk di kawasan sekitar.
"Untuk makluman lokasi penutupan jalan ini adalah penghubung laluan utama dari Subang menghala ke Glenmarie. Sekiranya penutupan penuh dijalankan akan menyebabkan kesesakan teruk ke arah Lebuhraya Persekutuan menghala ke Shah Alam.
"Bagi mengelakkan kesesakan, laluan kontra akan dibuka bermula dari simpang tiga Temasya Kasih hingga ke Bangunan Palm Grove.
"Jarak laluan dua lokasi berkenaan adalah kira-kira 350 meter. Tempoh masa penutupan jalan dan pembukaan laluan kontra dijangka selama 25 hari (tempoh membaik pulih dijangka selesai)," katanya dalam kenyataan hari ini.

Gambar menunjukkan laluan dari arah Subang menghala ke Glenmarie yang ditutup dan laluan kontra yang dibuka.
Tambahnya lagi, sepanjang tempoh 25 hari ini, rondaan akan dilakukan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) IPD Shah Alam dan pihak MRT untuk mengkaji tahap kesesakan trafik dan juga keselamatan pengguna jalan.
"Pengguna jalan raya dinasihatkan untuk memandu secara berhemah, patuhi isyarat lalu lintas dan berhati-hati ketika melalui laluan kontra terbabit," katanya.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQR2265
SELANGOR
BSN4792
JOHOR
JYT4741
PULAU PINANG
PSA6781
PERAK
APG1484
PAHANG
CFF8543
KEDAH
KGE8425
NEGERI SEMBILAN
NEJ8190
KOTA KINABALU
SJQ8840
KUCHING
QAB4319N
Terakhir Kemas Kini 25 Mar, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.59
+0.05
RON 97
RM 3.15
+0.05
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.04
+0.05
EURO 5 B7
RM 3.24
+0.05
Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026
Berita Terkini
Lautan Kenderaan: 2.8 Juta Kenderaan Serbu KL Hari Ini
2.8 juta kenderaan di lebuh raya dijangka masuk ke pusat bandar hari ini.
24-03-2026
Johor 'Juara' Langgar Peraturan, Ini Senarai Hitam Op HRA 2026 yang Anda Perlu Tahu
Raya belum habis, sebanyak 14,455 kenderaan dikenakan saman.
24-03-2026
Salah Guna RON95, MyKad Disekat, Subsidi BUDI95 Ditarik Balik Serta-Merta
Satu kesilapan, MyKad anda akan disekat dan kelayakan subsidi ditarik balik selamanya.
24-03-2026
Tiket ETS Ke Utara Sold Out
Tiket Raya ETS Ke Utara Licin! Tinggal Baki Sikit Sahaja Lagi, Ini Laluan Yang Masih Ada...
19-03-2026
Ingat Boleh Berjimat, Sekali Harga Diesel Pula Melompat RM4.72 Seliter
Diesel naik 80 Sen: Mana lagi sakit, menghadap jammed PLUS atau menghadap meter pam minyak esok?
18-03-2026
Proton X50 'Ganas' Di Pasaran: 161,000 Unit Terjual
Raja SUV Masih Tak Tergugat! 161,000 unit Proton X50 terjual.
18-03-2026
Kenali 'Mata-Mata' Baru JPJ Yang Boleh Nampak Nombor Plat Anda Dari Atas
Jangan biarkan kegembiraan Aidilfitri berakhir dengan tragedi atau saman ribuan ringgit.
17-03-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat