ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Sekian Lama Dinantikan, Akhirnya Nissan Navara Dilancarkan!

Suhana Veru

Kongsi melalui

Dalam artikel terakhir kami mengenai Nissan Navara, kami ada menyentuh spesifikasi yang mungkin ada pada Navara yang telah dinanti-nantikan selama ini!

Bagaimanapun, kesemua spekulasi akhirnya terjawab selepas Edaran Tan Chong Motor Sdn.Bhd (ETCM) mendedahkan satu senarai model Nissan Navara facelift secara rasmi untuk pasaran Malaysia pada Jumaat lalu.

Ia  hadir dengan enam varian iaitu, Single Cab Manual, SE Manual, SE Auto, V Auto, VL Auto dan varian paling tinggi ialah PRO-4X.

ETCM juga telah mendedahkan harga keenam-enam varian itu seperti di bawah:

VarianSemenanjung  Malaysia (RM)Sabah & Sarawak (RM)
PRO-4X142,200144,200
VL Auto137,900139,900
V Auto125,500127,500
SE Auto116,900118,900
SE Manual110,900112,900
Single Cab Manual91,90093,900

Hakikatnya, harga kenderaan ini berdasarkan harga di atas jalan dengan cukai jalan, tidak termasuk insurans dan Cukai Jualan Tayar di Sarawak.

Malah, jaminan lima tahun atau perbatuan sejauh 150,000 kilometer turut diberikan kepada semua varian.

Secara amnya, bahagian luarannya telah dipertingkatkan dan hasil rekaannya kelihatan seolah-olah seperti Titan terutamanya gril hadapan ‘interlock’ selain bonetnya juga kelihatan agak tinggi berbanding dengan keluaran sebelum ini.

Begitu juga dengan bahagian belakangya, bahagian berkenaan kelihatan agak tinggi dan pemijak kaki bahagian belakang juga tertera dengan perkataan Navara.

Menjengah bahagian dalamannya, antara salah satu ciri utama yang terdapat pada jentera ini, ia hadir dengan rekaan tiga jejari iaitu seiras dengan Serena. 




Ia menggunakan dua jenis enjin berbeza iaitu High Output dan Medium Output dimana High Output dipasang pada PRO-4X Auto, VL Auto, V Auto, dan SE Auto manakala, SE Manual dan Single Cab  Manual menggunakan enjin Medium Output.

Menyentuh mengenai perbezaaan utama transmisi, High Output menerima tujuh kelajuan Auto Transmision dengan Mod Manual manakala, Medium Output pula didatangkan kotak gear transmisi manual 6-kelajuan.

Ia yang menggunakan enjin empat silinder sebaris intercooler turbo-diesel mampu menghamburkan kuasa pada 187 kuasa kuda pada takat 3,600 rpm dan tork maksimum 450 Nm pada 2,000 rpm.

Kesemua varian ( kecuali varian Single Cab) dilengkapi sistem suspensi belakang baharu jenis multilink dengan Dual-Rate Coil Springs untuk mengurangkan kesan pergerakan badan.

Ia juga hadir Sistem Kunci Elektronik, Bantuan Tailgate, Pemijak Kaki Belakang, Perbezaan Terbabas Terhad (penebat bunyi bersama kaca akustik, Kawalan Dinamik Kenderaan, Sistem Kawalan Daya Tarik, Perbezaan Terbabas Terhad, Bantuan Mula -Daki, Kawalan Turun Bukit, Sistem Brek Anti- Kunci, Agihan Brek Elektronik dan Bantuan Brek.

Selain itu terdapat ciri sistem bantuan pemandu termaju, Nissan Intelligent Mobility hanya pada varian PRO-4X Auto, VL Auto dan V.



Berbanding dengan varian, Single Cab Manual atau Varian Workforce dilengkapi dengan gril yang tidak dicat, lampu hadapan halogen, rim aloi bersaiz 16 inci, kluster instrumen monokrom, kawalan roda stereng, head unit -DIN dengan Bluetooth, satu slot port pengecas USB, pendingin hawa manual, dua beg udara dan dua kamera undur.

Beralih kepada varian SE Auto dan Manual, kebanyakan cirinya telah dipertingkatkan  termasuk gril krom yang tertera perkataan “NAVARA”, cermin sisi lipatan elektrik, pemegang pintu krom, rim aloi 17-inci, pemijak sisi hitam, tiga lagi slot USB pada head unit, kerusi depan ilham dari Zero Gravity Nissan, corong pendingin belakang dan Isofix di kerusi belakang.




Sementara itu, varian 2.5L V AT, pula dilengkapi dengan lampu hadapan LED, lampu kabus dan lampu belakang LED, sistem tanpa kunci,  kawalan pelayaran, paparan multi-info tujuh-inci antara dail analog; skrin sentuh lapan-inci untuk infotainmen dengan sokongan Android Auto dan Apple CarPlay; enam speaker, pendingin dua zon dengan corong belakang. 

Ia juga dilengkapi  dengan enam beg udara, AEB, sistem amaran pemandu dan amaran perlanggaran hadapan.

Bagi 2.5L VL AT pula, ia hadir dengan landasan bumbung warna perak, rim aloi dua-tona 18-inci, kemasan kerusi balutan kulit dengan corak hexagonal dan benang perak, pengilap cermin automatik, peninjau sekeliling kenderaan dengan pengesanan objek bergerak dan mod off-road, amaran penukaran lorong, peninjau titik buta, amaran trafik di belakang, bantuan lampu tinggi, peninjau tekanan tayar dan empat sensor undur.





Akhir sekali, bagi varian flagship Pro-4X dibezakan dengan penyudah hitam pada gril selain terdapat lencana, landasan bumbung, cermin sisi, pemegang pintu dan pemijak sisi, begitu juga dengan bahagian fender dan bampar iaitu terdapat sedikit perincian oren.

Varian tertinggi juga didatangkan dengan sistem Sistem Saluran Utili-track yang terdiri daripada empat cangkuk aluminium bersama dua saluran utiliti.

Bagi bahagian dalaman, tempat duduk hadapan PRO-4X hadir dengan Graviti Sifar Nissan yang dipadankan dengan logo PRO-4X dan sulaman benang berwarna oren manakala, tempat duduknya boleh dilaraskan enam arah.




Di samping itu, senarai aksesori pemasangan dari kilang itu juga disediakan untuk setiap varian, termasuk  jaminan tiga-tahun atau perjalanan sejauh 100,000 km.

Bagi Single Cab, terdapat pakej Under Protector yang bernilai RM3,200 dimana ia  merangkumi pelindung tadahan minyak, pelindung tangki minyak dan pemijak sisi.

Pakej Premium itu ditawarkan kepada Varian SE dan V Auto, ia juga hadir dengan tambahan sport bar krom dan filem penapis haba keselamatan V-Kool, manakala varian SE juga menerima paparan sistem audio sembilan-inci, dan varian V dengan kerusi balutan kombinasi kulit.

Dari sudut warnanya, Single Cab Manual hanya terdiri daripada Solid White, manakala kedua-dua varian SE pula didapati dalam warna  Brilliant Silver dan Black Star. Sementara itu, varian V dan VL menerima tiga warna pilihan ini dengan tambahan warna Burning Red. 

Bagi Pro-4X, ia datang dalam warna Black Star dan Burning Red, dengan dua lagi warna eksklusif, Stealth Grey dan Pearl White (dengan caj tambahan RM1,300).

Ciri yang begitu panjang lebar dan ciri yang telah ditingkatkan, apakah pendapat anda mengenai Ibu Segala Trak ini?

Adakah ia akan membuktikan, ia merupakan Navara paling termaju? Jangan lupa tinggalkan komen anda di bawah!



Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VQR2271

SELANGOR

BSN4792

JOHOR

JYT4741

PULAU PINANG

PSA6781

PERAK

APG1484

PAHANG

CFF8544

KEDAH

KGE8426

NEGERI SEMBILAN

NEJ8190

KOTA KINABALU

SJQ8841

KUCHING

QAB4319N

Terakhir Kemas Kini 25 Mar, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.59

+0.05

RON 97

RM 3.15

+0.05

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 3.04

+0.05

EURO 5 B7

RM 3.24

+0.05

Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026

Berita Terkini

Kereta Baru

PHEV Mana Patut Beli? Omoda C9, Jaecoo J7, or Proton e.MAS 7

Ramai pening nak pilih mana satu antara Omoda C9, Jaecoo J7 atau Proton e.MAS, kami bantu anda.

19-03-2026
Kereta Baru

JETOUR T2 -RM156,800, Sistem XWD pintar, ADAS Tahap 2

Jetour T2 rasmi dilancarkan di Malaysia,

13-03-2026
Kereta Baru

Proton X90 MC 2026 Rasmi Dilancarkan: Kini Dengan Enjin 4-Silinder & Apple CarPlay Tanpa Wayar

Proton X90 MC 2026 Kini Di Pasaran: Adakah Ini SUV 7-Tempat Duduk Impian Anda?

11-03-2026
Kereta Baru

Risalah BOCOR, Sebelum Lancar, Proton X90 2026 (MC) Bakal Gegarkan Pasaran Dengan Teknologi Baharu

Beberapa portal automotif tempatan menyatakan bahawa Proton X90 MC 2026 akan dilancarkan dalam tempoh terdekat ini.

09-03-2026
Kereta Baru

Mitsubishi Triton Championship Edition Bakal Dilancar, Edisi Terhad AXCR, Harga Bermula - RM155,980

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) secara rasmi bakal menggegarkan pasaran trak pikap tempatan dengan pelancaran Mitsubishi Triton Championship Edition pada 11 Mac ini.

06-03-2026
Kereta Baru

Proton X50 & HR-V Ada Pesaing Baru! JAECOO J5 Kini Dilancarkan - Harga RM108K

OMODA | JAECOO Malaysia telah melancarkan secara rasminya JAECOO J5 ke pasaran tempatan dengan harga RM108,000, sebentar tadi.

05-03-2026
Kereta Baru

Lebih Jimat, Lebih Mewah! Toyota Harrier Hybrid Kini Di Malaysia Pada Harga RM289,000

UMW Toyota Motor (UMWT) secara rasminya telah memperkenalkan hibrid premium, Toyota Harrier 2.5 Hybrid Electric Vehicle (HEV), di pasaran tempatan, baru-baru ini.

04-03-2026
Kereta Baru

Mercedes-Benz GLA Nightfall Edition Kini Di Malaysia, Harga Bermula RM258,888

Mercedes-Benz Malaysia sekali lagi mengukuhkan dominasinya dalam segmen SUV kompak premium dengan pelancaran edisi khas yang dinanti-nantikan iaitu Mercedes-Benz GLA Nightfall Edition.

04-03-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.