Ford Temui Penyelesaian Isu Kekurangan Cip? Ini Langkah Yang Diambil Syarikat
Seperti yang diketahui umum, dunia sedang menghadapi krisis kekurangan cip disebabkan oleh permintaan yang terlalu tinggi melebihi kapasiti bekalan. Isu ini memberi kesan besar kepada banyak syarikat di seluruh negara dalam pelbagai industri terutama sekali automotif.
Berdasarkan laporan, model kereta seperti Ford Mustang dan Bronco mendapat tempias daripada krisis ini. Bagi menyelesaikan isu yang melanda, Ketua Pegawai Eksekutif Ford mengumumkan beberapa strategi - termasuklah perancangan untuk mereka bentuk semula komponen kereta untuk supaya ianya lebih sesuai untuk digabungkan dengan jenis cip yang lebih banyak tersedia. Selain itu, Ford juga sedang mempertimbangkan untuk berurusan secara terus dengan faundri (pengeluar cip).
-full.jpg)

Walaupun strategi ini dilihat agak bertentangan dengan cara biasa yang digunakan iaitu untuk berurusan dengan pembekal dan bukannya secara terus dengan pengeluar cip, namun langkah proaktif yang diambil ini dilihat penting untuk menyelesaikan masalah dengan lebih efektif.

"Kami bukan sahaja telah mereka bentuk semula kebanyakan komponen supaya bersesuaian dengan cip lain yang lebih banyak (bekalannya)... tetapi kami rasakan bahawa kami perlu melihat stok penimbal, kontrak secara terus dengan beberapa faundri," ujar Farley.

Sekitar 60 peratus daripada cip yang digunakan kereta Ford adalah yang bersaiz 55 nanometer atau lebih besar. Cip dalam saiz inilah yang sedang mengalami masalah kekurangan bekalan.
Sebelum ini, Ford terpaksa menghentikan operasi pemasangan trak F-150. Syarikat menjangkakan bahawa isu ini akan mengakibatkan kekurangan sehingga separuh daripada jumlah pengeluaran yang disasarkan pada suku ini, membabitkan kos mencecah USD 2.5 juta (kira-kira RM10 juta).

Jenama lain yang turut terkesan daripada krisis global ini ialah Volkswagen, Nissan, Toyota dan banyak lagi syarikat automotif lain di seluruh dunia. Antara tindakan yang diambil oleh syarikat yang terkesan daripada krisis kekurangan cip ini adalah dengan mengurangkan pengeluaran kereta ataupun menggantung operasi buat sementara waktu. Ford sendiri telah mengambil keputusan untuk mengurangkan pemasangan sehingga 100,000 unit kereta.
Dikhabarkan, Volkswagen juga sedang dalam perancangan untuk berurusan secara langsung dengan pengeluar cip, mengambil langkah yang sama dilakukan Ford.
Gallery
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRM6421
SELANGOR
BST2457
JOHOR
JD1649J
PULAU PINANG
PSF1146
PERAK
APK9676
PAHANG
CFH5430
KEDAH
KGH7291
NEGERI SEMBILAN
NEL5750
KOTA KINABALU
SJT7035
KUCHING
QAB4551P
Terakhir Kemas Kini 27 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Bakar Mercun Di Tengah Jalan Shah Alam Pulak
Polis Kesan Kumpulan Bakar Mercun Dalam Perarakan Kematian.
26-08-2026
Ketegangan Memuncak: Tangguh Perjalanan Ke Thailand
Cuti Sekolah: Rakyat Malaysia Dinasihat Tangguh ke Thailand.
26-08-2026
Papan Iklan Tumbang, NKVE Ke Klang Sesak Teruk
Papan Iklan Tumbang, Terhalang NKVE, Trafik Terjejas.
26-08-2026
2 Penonton, Joki Lumba Haram Linkedua Ditahan di KL
Kes Video Linkedua: Penonton, Joki Lumba Haram Ditahan.
26-08-2026
Proton Ultimate: Impian Proton Cipta Kereta Sports Tidak Kesampaian
Proton pernah merancang untuk menghasilkan kereta sports untuk orang Malaysia.
26-08-2026
MyJPJ Tak Laku di Thailand, Wajib Bawa Lesen Fizikal
Pandu ke Thailand: Jangan Guna MyJPJ Digital, Bawa Lesen Fizikal.
25-08-2026
Bukan Lagi Fantasi: MITI Rancang Projek Rintis Dron & Teksi Udara Di Universiti
Daripada Pertanian Hingga Logistik Udara: Ini Perancangan MITI Untuk Projek Lembah Tanpa Pemandu.
25-08-2026
Projek WISE Dilaksana, Pintas Kesesakan Terowong Menora
WISE Akhirnya Diteruskan: Ini Laluan Pintas Terowong Menora.
25-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat