Krisis Kekurangan Cip Dunia: Toyota Gantung Operasi 2 Kilang, Rugi 20K Unit!
Isu kekurangan cip nampaknya memberi kesan yang besar kepada industri automotif. Krisis yang bermula pada akhir tahun lalu berkemungkinan akan berterusan selama satu ke dua tahun lagi sehingga menyebabkan jumlah pengeluaran kereta dunia perlu dikurangkan.
Pengeluar kereta Jepun, Toyota baru-baru ini telah mengumumkan penggantungan operasi tiga daripada 29 barisan pengeluaran di dua buah kilang mereka bermula daripada bulan hadapan.

Toyota memaklumkan bahawa ia akan menggantung dua operasi pengeluaran di kilang Iwate iaitu Iwate 1 yang mengeluarkan kereta C-HR selama lapan hari dan Iwate 2 yang menghasilkan Yaris dan Yaris Cross selama lima hari.

Toyota C-HR

Toyota Yaris
Sementara itu, kilang yang bertempat di Miyagi Ohira yang terlibat dalam pengeluaran Yaris Cross pula akan ditutup selama tiga hari. Berdasarkan laporan, penggantungan operasi ini adalah membabitkan pengurangan pengeluaran sebanyak 20,000 unit kereta.

Toyota Yaris Cross
Impak Kekurangan Cip Kepada Syarikat Pengeluar Kereta Lain

Kilang Hyundai di Ulsan, Korea Selatan
Bukan sahaja Toyota, syarikat pengeluar kereta lain juga merasakan impak negatif masalah kekurangan cip semikonduktor ini. Pada awal minggu baru-baru ini, Hyundai Motor Group mengambil langkah menggantung pengeluaran di beberapa kilang iaitu Ulsan 5 yang mengeluarkan Tucson SUV dan Ulsan 3 yang mengeluarkan Avante dan Venue.

Bukan itu sahaja, Subaru juga bertindak menggantung operasi pengeluaran mereka yang terletak di Gunma Prefecture, Jepun dan Amerika Syarikat.
Minggu lalu, Nissan mengatakan bahawa mereka perlu mengurangkan sehingga 250,000 unit daripada sasaran pengeluaran yang asal.
Sementara itu, Mitsubishi Motors pula melaporkan bahawa jumlah pengeluaran kereta mereka pada tahun ini kurang sebanyak 40,000 unit berbanding jumlah asal yang dijangkakan.
Turut menerima tempias kekurangan cip ini adalah operasi pengeluaran kereta Mazda yang dijangkakan terpaksa mengurangkan pengeluaran sehingga 100,000 unit kereta.

Dan akhir sekali, Ford pula menjangkakan kerugian sehingga 1.1 juta unit daripada jumlah pengeluaran yang disasarkan.
Kekurangan Cip Semikonduktor Membabitkan Kerugian Mencecah 110 Bilion USD (RM455+ Bilion)
Berdasarkan analisis yang dilakukan oleh AlixPartners, kekurangan cip semikonduktor akan memberi kesan terhadap pengeluaran sejumlah 3.9 juta kenderaan pada tahun 2021.
Dan Hearsh, pengarah pengurusan praktis automotif dan industri, AlixPartners berkata "Terdapat kira-kira 1,400 cip dalam sebuah kereta biasa pada hari ini, dan bilangan itu akan sentiasa meningkat seiring dengan pergerakan industri menuju ke arah penghasilan kereta elektrik, kenderaan yang lebih terhubung dan akhirnya, kenderaan autonomi. Oleh itu, ini adalah isu yang kritikal bagi industri.
"Namun perkara paling penting bagi syarikat-syarikat pada masa ini adalah untuk berusaha sebaik yang mungkin bagi mengurangkan kesan jangka masa pendek gangguan (kekurangan cip), yang mana mungkin melibatkan segalanya daripada rundingan semula kontrak sehinggalah pengurusan jangkaan daripada peminjam dan pelabur. Apa yang penting adalah untuk menjadi proaktif, dan untuk melengkapkan diri dengan maklumat dan analisis yang diperlukan."
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN7425
SELANGOR
BST4359
JOHOR
JD5680J
PULAU PINANG
PSF3086
PERAK
APL2341
PAHANG
CFH6187
KEDAH
KGH8563
NEGERI SEMBILAN
NEL6817
KOTA KINABALU
SJT8784
KUCHING
QAB5107P
Terakhir Kemas Kini 03 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas
Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.
02-09-2026
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor
Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.
01-09-2026
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas
Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.
01-09-2026
Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500
Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.
01-09-2026
Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini
Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.
01-09-2026
Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km
Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.
30-08-2026
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom
Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.
29-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat