Terima Kasih Mitsubishi Motor Malaysia!
Pengedar rasmi Mitsubishi Motors di Malaysia, Mitsubishi Motor Malaysia (MMM) menghulurkan sumbangan berbentuk sebuah trak pikap Triton 4x4 kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO), INSAF Malaysia baru-baru ini.

Sumbangan jentera itu adalah bertujuan untuk memudahkan misi-misi kemanusiaan NGO berkenaan yang aktif melakukan penghantaran makanan kepada golongan anak yatim dan pusat kebajikan.
Malah, NGO itu juga mengadakan program Meals on Wheels dimana mereka turut menghulurkan sumbangan makanan kepada golongan orang tua yang diabaikan atau bagi yang tinggal bersendirian
Selain bantuan makanan, INSAF Malaysia juga turut mendirikan rumah perlindungan untuk mangsa-mangsa yang hilang kediaman akibat bencana alam atau yang memerlukan rumah.
Misi tanggungjawab sosial korporat (CSR) MMM pada tahun ini ialah 'Inspirasi Kehidupan Hari ini untuk Masa Hadapan yang Lebih Hebat'.
Oleh itu, bagi melaksanakan progam CSR itu, pihak MMM mengambil keputusan untuk bekerjasama dengan beberapa NGO dalam membantu menyediakan bantuan kepada golongan orang kurang bernasib baik.
“Jadi, apabila kami mendapati INSAF Malaysia aktif dalam bantuan misi-misi kemanusian secara sukarela, kami turut menyokong usaha mereka dengan menyumbangkan sebuah trak pikap, Triton.
“Kami berharap dengan adanya kenderaan ini, INSAF mampu bergerak lebih jauh bagi membantu golongan yang tidak bernasib baik,” kata Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Tomoyuki Shinnishi.

Sementara itu, Presiden dan Pengasas INSAF Malaysia, Ishak Abdul Kadir mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan MMM.
“Sumbangan ini amat bermakna buat kami untuk menjalankan misi-misi kemanusiaan kepada golongan yang amat memerlukannya.
“Sepanjang program kemanusiaan ini, kami menyaksikan pelbagai kesusahan golongan ini termasuk ada yang mengalami masalah kekurangan nutrisi dan makanan terutamanya ketika pandemik Covid-19 ini,” katanya.
Bagaimanapun, beliau mendakwa isu kelaparan semakin meningkat di Malaysia memandangkan kebanyakan pencari nafkah mula kehilangan sumber pendapatan menyebabkan mereka tidak mampu menyediakan makan dan minum yang secukupnya kepada keluarga.
“Kami melakukan bantuan ini untuk memastikan golongan kanak-kanak atau tidak lagi tidur dalam keadaan kelaparan.
“Kami amat berbesar hati dengan bantuan MMM yang datang pada tepat waktunya,” ujarnya.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRQ9827
SELANGOR
BST8963
JOHOR
JE5916J
PULAU PINANG
PSF7343
PERAK
APL6244
PAHANG
CFH7982
KEDAH
KGJ2151
NEGERI SEMBILAN
NEL9551
KOTA KINABALU
SJU2247
KUCHING
QAB6004P
Terakhir Kemas Kini 24 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Mitsubishi Tayang K-EV dan Vision Ralliart Concept
Mitsubishi Motors Corporation menayangkan tujuh model keretanya termasuk dua kereta konsep pada pameran Tokyo Auto Salon 2022 baru-baru ini.
11-03-2022
Xpander Dinobatkan Sebagai Crossover 7 Tempat Duduk Terlaris Malaysia
Mitsubishi XPANDER berjaya mencapai tahun prestasi jualan terbaik.
10-01-2022
Xpander : Pamer Ciri Terbaharu
MMC melancarkan Xpander terbaharunya pada Pameran Auto Antarabangsa Gaikindo Indonesia ke-28.
17-12-2021
Pusat 3S Itu Terletak Di Kota Damansara
Pusat terbaharu itu akan dikendalikan olehMillenium Autohaus Sdn Bhd.
09-11-2021
Mitsubishi Triton Cipta Sejarah, Rekod Lagi Jualan Tertinggi
Tempahan Mitsubishi Triton melonjak menyebabkan model itu menguasai 34 peratus pasaran pikap di Malaysia
07-10-2021
Sedang Mencari MPV Kompak? Mitsubishi Xpander Ada Jawapannya!
Pasukan media Caricarz baru-baru ini, berpeluang memandu uji sebuah Mitsubishi Xpander yang dipinjamkan oleh Mitsubishi Motors Malaysia Sdn Bhd di Malaysi
06-07-2021
Mitsubishi Xpander Malaysia - MPV Kompak yang Bergaya! | Review penuh & Pandu Uji
Nak cari MPV kompak yang bergaya dan stylo? Nah... Mitsubishi Xpander adalah jawapannya!
05-07-2021
Berita Terkini
Proton S70 "Rahmah": Adakah Ini Myvi Killer Sebenar?
Adakah Proton S70 sebenarnya Myvi Killer?
23-09-2026
Cara Masuk Singapura Terkini: VEP Kereta Asing Wajib Diaktifkan
Syarat Masuk Singapura 2026: Wajib Ada VEP.
23-09-2026
Hasil Bidaan Siri H RM91.2 Juta: Berita Baik Pemandu Teksi, Kereta Sewa
Pemandu teksi dan kereta sewa di seluruh negara bakal menerima berita gembira pada minggu hadapan.
22-09-2026
Perodua, Bank Rakyat Jalin Kerjasama, Perkenal Kad Kredit-i
Kad Kredit-i direka khas untuk pelanggan Perodua.
22-09-2026
GP BAHRAIN: Peluang Emas Pemandu E-Hailing Malaysia
Permintaan e-hailing, p-hailing dijangka melonjak sempena GP Bahrain.
21-09-2026
Nombor Pendaftaran H1 Raih RM10.7 Juta, Siri Terakhir JPJ
H1 cecah RM10.7 juta dalam bidaan nombor pendaftaran siri H.
21-09-2026
Isu Najib: Anthony Loke Letak Jawatan
Perletakan jawatan itu hanya membabitkan beliau dan tidak melibatkan ahli DAP lain.
19-09-2026
ECRL Gombak ke Kuantan Hanya 1 Jam 30 Minit
Gombak ke Kuantan 90 Minit Naik ECRL: Ujian Rasmi Berjaya.
18-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat