Maserati Levante Hybrid: Kereta Hibrid Maserati Yang Inovatif Dalam Segala Aspek!
Ketika acara Shanghai Auto Show yang diadakan baru-baru ini, Maserati telah memperkenalkan SUV elektrik pertama mereka iaitu Maserati Levante Hybrid. Pelancaran ini telah diadakan secara fizikal ketika acara tersebut dan juga secara digital menerusi houseof.maserati.com.


Model ini memiliki prestasi yang lebih baik dengan mengekalkan ciri-ciri penting sebuah kereta Maserati, menawarkan kelajuan dan ketangkasan yang memuaskan pemandu, dalam masa yang sama, menjanjikan penjimatan penggunaan bahan api.

Dari segi prestasi, Levante Hybrid menggunakan enjin L4 Mild Hybrid dengan eBooster dan 48V BSG. Ia boleh menghasilkan output kuasa maksimum setinggi 330 hp pada 5,750 rpm dan tork maksimum 450 Nm pada 2,250 rpm.
Menggunakan kotak gear automatik 8 kelajuan ZF, kuasa dari enjin disalurkan kepada kesemua roda menerusi sistem pacuan semua roda yang membolehkannya memecut sehingga mencapai kelajuan tertinggi 240 km/j dan melakukan pecutan daripada 0 ke 100 km/j dalam masa hanya 6 saat.


Tindakan Maserati menggabungkan kedua-dua enjin 2L, 4 silinder ini dengan sistem hibrid 48 volt adalah satu tindakan bijak kerana sistem ini akan mengembalikan tenaganya semasa nyahpecutan atau ketika membrek.
Berat SUV hibrid ini diagihkan dengan baik kerana kedudukan strategik baterinya yang terletak di bahagian belakang. Ini dilakukan tanpa mengganggu kapasiti berat dan juga dapat memberikan keseimbangan yang optimum kepada keseluruhan berat kereta.

Dari segi reka bentuknya, Levante Hybrid memiliki kepanjangan mencecah 5,005 mm, lebar 1,981 mm, tinggi 1,693 mm dan juga jarak antara roda berukuran 3,004 mm.


Untuk warnanya, Levante Hybrid yang dipamerkan sewaktu pelancaran memiliki tona warna tiga lapisan (tri-coat) metalik yang baharu dinamakan Azzurro Astro. Warna kebiru-biruan ini dipilih bagi model hibrid Maserati sepertimana pada Ghibli Hybrid. Warna ini boleh dipilih melalui pakej yang ditawarkan, Maserati Fuoriserie.





Bergerak ke bahagian dalam kereta, keseluruhan upholsteri dan ruang dalamannya dilihat menggunakan tona biru yang sama seperti badan kereta terutama sekali pada sulaman yang terdapat di tempat duduk.


Selain itu, model ini turut dipasangkan dengan sebuah sistem baharu yang dinamakan Maserati Connect. Sistem ini dapat membantu pemilik kereta untuk kekal berhubung dengan Maserati mereka pada setiap masa.
Antara fungsi yang terdapat pada sistem ini adalah peringatan tentang tarikh-tarikh servis, penjagaan kereta dari masa ke masa dan juga perkhidmatan pelanggan yang lain.


Di samping itu, pemandu boleh kekal berhubung dengan kereta melalui aplikasi Maserati Connect yang juga boleh diakses di rumah melalui pembantu maya, Amazon Alexa dan Google Assist.

Maserati Levante Hybrid adalah sebuah model mewah yang sememangnya inovatif dan mengagumkan bukan sahaja dari segi reka bentuk fizikalnya, tapi juga prestasi dan usaha Maserati ke arah penghasilan kereta yang menggunakan teknologi yang lebih mesra alam sekitar. Syabas Maserati!
Gallery
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRR5447
SELANGOR
BST9887
JOHOR
JE7645J
PULAU PINANG
PSF8279
PERAK
APL7156
PAHANG
CFH8369
KEDAH
KGJ2494
NEGERI SEMBILAN
NEM694
KOTA KINABALU
SJU2780
KUCHING
QAB6255P
Terakhir Kemas Kini 27 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Maserati Levante GT Hybrid Kini Di Malaysia, Harga Dari RM738K
Pengimport rasmi Maserati Malaysia, Naza Italia kini telah melancarkan kedatangan Maserati Levante GT Hybrid.
19-02-2023
Maserati Levante GT Hybrid Kini Di Malaysia, Harga Dari RM738K
Pengimport rasmi Maserati Malaysia, Naza Italia kini telah melancarkan kedatangan Maserati Levante GT Hybrid.
19-02-2023
Berita Terkini
Pecah Kereta Jemaah Tabligh: Suspek Pulang Semula Barang Curi
Pencuri Pulangkan Balik Barang Selepas Pecah Kereta Jemaah Tabligh.
25-09-2026
Pemilik Stesen Minyak Didenda RM25k Jual RON95 Kepada Kereta Asing
Isu Ketirisan Subsidi: Stesen Minyak Di Perak Didenda Jual RON95 Kepada Warga Singapura.
25-09-2026
F1 Sepang: Rapid KL Sedia 95 Bas Perantara Percuma
Bas Percuma Rapid KL ke Litar Sepang Sempena F1.
24-09-2026
Isu Laluan Motosikal Lebuhraya Persekutuan: JKR Ambil Tindakan Segera
Punca Penunggang Motosikal Terbabas di Lebuhraya Persekutuan Disiasat.
24-09-2026
Laluan Hijau Lebuhraya Persekutuan Licin: JKR Beri Penjelasan
Beberapa penunggang motosikal dilaporkan tergelincir akibat laluan hijau yang licin.
24-09-2026
Zon Parkir RM816 Sudah Habis! Semak Harga Pass Parking F1 Sepang 2026
Harga pass parking F1 untuk tiga hari bermula daripada RM163-RM816.
24-09-2026
Anthony Loke Tetap Mahu Letak Jawatan
Anthony Loke akan menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaik pulang ke Malaysia.
24-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat