Loji Volvo China Kini 100 Peratus Hijau
Menjejak langkah kemudahan syarikat pembuatan kereta China yang lain, kilang Volvo Cars di Daqing, China juga kini dijana sepenuhnya dengan 100 peratus elektrik neutral-iklim.
![]()
Secara keseluruhan, rangkaian pembuatan global, Volvo Cars kini sepenuhnya beroperasi, kira-kira 90 peratus neutral-iklim.
Perkembangan terbaharu itu membawa Volvo mendekati dengan matlamatnya yang mahu menjadikan operasi pembuatannya kepada neutral-iklim menjelang tahun 2025.

Syarikat itu mahu mengurangkan pelepasan karbon monoksida kira-kira 34,000 tan dimana loji di Daging akan mendapatkan tenaga menerusi elektrik yang dijana daripada 83 peratus sumber biomass dan 17 peratus kuasa angin.
Naib Presiden Kanan Volvo Cars, Javier Varela berkata, pihaknya amat menitikberatkan soal kemampanan.
“Menangani pelepasan karbon dari rangkaian pembuatan kami adalah sangat penting bagi mencapai sasaran neutral-iklim.
“Saya amat gembira apabila loji di Daqing kini dijana 100 peratus elektrik neutral-iklim,” katanya.

Ini dianggap sebagai salah satu strategi yang bercita-cita tinggi daripada sebuah syarikat yang berkecimpung dalam industri automotif.

Bagaimanapun, usaha untuk menjadikan kilang pembuatan dijana sepenuhnya dengan elektrik menjelang tahun 2030 boleh dicapai, dengan hanya mengeluarkan kereta elektrik dalam barisannya.
Tidak setakat hanya terlibat dalam pengeluaran kereta, syarikat itu dikatakan mahu mengatasi elektrifikasi secara habis-habisan, dimana ia sedang berusaha untuk menangani pelepasan karbon dalam operasi syarikatnya menerusi rantaian bekalan dan kitar semula.

Volvo Cars berhasrat untuk menjadi sebuah syarikat neutral-iklim secara sepenuhnya menjelang tahun 2040.
Oleh itu, Volvo Cars sedang berusaha untuk mengurangkan kitaran hayat jejak karbon bagi setiap kereta sekurang-kurangnya 40 peratus iaitu bermula dari 2018 hingga 2025.
.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN5207
SELANGOR
BST3938
JOHOR
JD4737J
PULAU PINANG
PSF2572
PERAK
APL1882
PAHANG
CFH5991
KEDAH
KGH8048
NEGERI SEMBILAN
NEL6518
KOTA KINABALU
SJT8553
KUCHING
QAB4992P
Terakhir Kemas Kini 30 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km
Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.
30-08-2026
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom
Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.
29-08-2026
Rohingya Pandu Civic Type R Tanpa Lesen Disita JPJ
Operasi Khas Luxury JPJ: Rohingya Pandu Civic Type R Ditahan.
28-08-2026
Skim Tukar Motosikal Lama Subsidi RM1,000 Dalam Pertimbangan MOT
Subsidi RM1,000 Tukar Motosikal Lama: Sedang Dipertimbangkan.
28-08-2026
JPJ Sita Lamborghini Huracan Tak Bayar Road Tax RM35k
Selain Lamborghini Huracan, Kereta Mewah Datuk, Datuk Seri Pun Kena Sita.
28-08-2026
Triton Single Cab AT Tiba Di Malaysia, RM107.9k
Mitsubishi Triton Single Cab AT: Harga & Spesifikasi.
28-08-2026
Isuzu D-Max 2.2L Baharu Keliling Semenanjung Guna Satu Tangki Diesel
Cabaran One Tank: Isuzu D-Max 2.2L Catat Jarak 1,756 KM Dengan Hanya Guna 1 Tangki Diesel.
28-08-2026
Cuba Elak Roadblock Polis, 2 Lelaki Temui Ajal
Proton X70 Lari Sekatan Polis, 2 Lelaki Temui Ajal
27-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat