Agensi Pengangkutan Tutup | Lesen Tamat Dalam Jun-Julai Diberi Masa 60 Hari
Informasi penting bagi pengguna kenderaan di Malaysia, Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) memaklumkan bahawa segala urusan di kaunter agensi bawah seliaan MOT iaitu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), Puspakom, Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah dan juga LPKP Sarawak dihentikan operasinya buat sementara waktu.

Namun begitu, pemberhentian operasi ini tidak termasuk hal-hal yang penting atau urusan kenderaan perkhidmatan perlu (essential services) yang membabitkan perjalanan rentas sempadan.
“Berikutan penutupan yang melibatkan JPJ, kelonggaran diberikan kepada pemilik Lesen Memandu (LM), Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Vokasional (PSV/GDL) yang tamat tempoh pada mana-mana tarikh antara 1 Jun sehingga 31 Julai 2021, dibenarkan memperbaharui LM, LKM dan PSV masing-masing dalam tempoh 60 hari iaitu bermula 1 Ogos hingga 30 September 2021.

“Seperti kelonggaran sebelum ini, pemilik LKM yang tamat tempoh hendaklah memastikan kenderaan masing-masing memiliki perlindungan insurans yang sah dan menunjukkan salinan sijil perlindungan insurans (e-cover note) sekiranya diminta pihak berkuasa,” jelas MOT dalam satu kenyataan.
Untuk urusan pertukaran hak milik kenderaan yang mana operasi kaunternya turut ditutup buat sementara waktu, urusan masih boleh dilakukan secara dalam talian menggunakan platform e-auto atau MyEG.

Platform MyEG
Waktu operasi bagi kiosk dalam premis JPJ dibuka dari pukul 8.30 pagi sehingga 4 petang, manakala kiosk di luar premis JPJ pula dibuka lebih lama iaitu dari pukul 6 pagi sehingga 8 malam.

Bagi perkhidmatan APAD dan LPKP, MOT mengumumkan bahawa pembaharuan untuk lesen serta permit bagi Lesen Pengendali, Permit Kenderaan Perdagangan, Lesen Kenderaan Pelancongan dan Kad Pemandu diberikan pengecualian.
“Kesemua lesen dan permit yang dinyatakan di atas dibenarkan beroperasi walaupun telah tamat tempoh dengan syarat mempunyai perlindungan insurans yang sah.”
Sementara itu, untuk memudahkan orang ramai, tempoh sah laku kelulusan pemeriksaan Puspakom dipanjangkan berdasarkan baki sebaik tamatnya tempoh PKP 3.0 ini.

MOT menasihatkan orang ramai supaya mengutamakan pengurusan dalam talian dengan mana-mana agensi. Untuk maklumat terkini berkenaan perkhidmatan-perkhidmatan di bawah seliaan MOT, boleh layari laman web atau media sosial rasmi agensi yang berkaitan.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRP8406
SELANGOR
BST6492
JOHOR
JE1674J
PULAU PINANG
PSF5019
PERAK
APL4364
PAHANG
CFH7180
KEDAH
KGJ732
NEGERI SEMBILAN
NEL8145
KOTA KINABALU
SJU957
KUCHING
QAB5503P
Terakhir Kemas Kini 15 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Bumbung Proton X50 Tiba-Tiba Retak, Dikatakan Masalah Wear & Tear?
Sunroof Proton X50 Pecah Sendiri? Pemilik Terkilan Ditolak Waranti.
14-09-2026
Saman Trafik Warga Emas: JSPT Dedah Punca Utama.
4 Kesalahan Trafik Utama Warga Emas: Pandu Laju Tertinggi
14-09-2026
Jualan Kereta Ogos 2026: Bezza Juara, e.MAS 5 Masuk Top 5
Senarai kereta terlaris Malaysia.
14-09-2026
Cerun Runtuh Punca Sesak Dekat Terowong Menora
Aliran trafik di Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan dilaporkan sesak akibat cerun runtuh.
11-09-2026
Pengeluaran Perodua Axia E Bakal Dihentikan Nov Ini?
Perodua Axia E Tiada Lagi Selepas November Ini.
11-09-2026
Lebuh Raya BSE Kurangkan Kesesakan Di Greater KL
Lebuhraya BSE RM1.75 Bilion Hubung Bandar Malaysia dan Seri Kembangan.
11-09-2026
Kenapa BYD Tak Jadi Bina Kilang CKD Di Tanjung Malim?
BYD tak jadi bina kilang CKD di Tanjung Malim tetapi jalin kerjasama dengan rakan kongsi tempatan.
11-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat