Jeep Wrangler 4xe: Jeep Elektrik Yang Serba Canggih
Perkenalkan Jeep Wrangler 4xe sports serba baharu yang berkuasa tinggi, efisien, dikuasakan oleh elektrik dan semestinya mesra alam. Sememangnya futuristik!

Wrangler 4xe ataupun disebut sebagai 'four-by-e' versi hibrid plug-in ini telah diberikan penambahbaikan yang cukup banyak.

Versi terbaharu ini mampu memecut daripada 0 ke 100 km/j dalam masa hanya 6.4 saat dan boleh menghamburkan kuasa kuda mencecah 380 hp dengan tork sebanyak 637 Nm.

Kadar penggunaan minyaknya pula adalah kira-kira 3.5L/100 km dalam mod hibrid. Model terbaharu ini juga menggunakan sistem pacuan semua roda elektrik sepenuhnya yang memberikan lebih daripada 50 km jarak perjalanan yang bebas emisi berdasarkan kitaran WLTP.

Untuk mengembalikan tenaga kereta, bateri boleh dicas dengan menggunakan easyWallbox. Sistem pengecasan ini mampu memberikan kuasa penuh kepada kereta dalam masa kurang 3 jam pada 7.4 kWj.
Kereta ini juga memiliki ciri Max Regen yang menjana kuasa ketika membrek semasa kenderaan menerima input throttle sifar.
Turut dipasangkan pada Wrangler 4xe versi hibrid plug-ini adalah dua motor elektrik dengan pek bateri bervoltan tinggi serta enjin petrol 2.0L berpengecas turbo yang berteknologi tinggi. Sistem ini digabungkan dengan kotak gear automatik 8 kelajuan TorqueFlite.

Model ini dilengkapi dengan sistem pacuan empat roda termaju, aktif sepenuh masa yang digelar 'Selec-Trac' dan 'Rock-Trac,' Dana axles, Tru-Lok electric front-axle dan rear-axle lockers, Trac-Lok limited-slip differential serta electronic front sway-bar disconnect.
Wrangler 4xe hibrid plug-in ini ditawarkan dalam tiga varian berbeza iaitu Sahara 4xe, Rubicon 4xe dan akhir sekali varian edisi eksklusif ‘80th Anniversary’ 4xe. Kesemuanya didatangkan dengan sistem 4x4 dan juga rim aloi 17" serta 18".



Ditawarkan dalam 10 warna berbeza iaitu Black, Bright White, Firecracker Red, Granite Crystal Metallic, Hella Yella, Billet Silver Metallic, Sting-Gray, ini termasuklah warna-warna baharu iaitu Hydro Blue, Snazzberry dan Sarge Green.
Kesemua pilihan warna ini boleh digabungkan degan beberapa konfigurasi bumbung yang ditawarkan iaitu sama ada soft top, hardtop, soft top automatik atau dual top.

Antara teknologi canggih yang dimiliki Jeep Wrangler ialah sistem NAV Uconnect skrin sentuh bersaiz 8.4", integrasi dengan Apple CarPlay dan Android Auto, Uconnect Services, paparan TFT 7" (untuk varian spesifik) dengan mod elektrik dan hibrid, sistem audio Alpine 9 speaker serta subwoofer 552 W.


Dari segi keselamatan, ia dilengkapi dengan sistem ADAS termaju yang merangkumi Sistem Pemantauan Titik Buta dengan Amaran Lintasan Trafik Belakang, kamera pandang belakang, Sistem Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC) dengan Electronic Roll Mitigation (ERM), Bantuan Parkir depan dan belakang serta sistem ‘Enter’n’Go’ tanpa kunci.

Ciri keselamatan tambahan lain adalah seperti Kawalan Pelayaran Adaptif, Forward Collision Warning-Plus dan kamera depan terbaharu.

Wrangler 4xe sudah mula ditawarkan oleh pengedar-pengedar Jeep di seluruh Eropah. Melalui program Jeep Wave, setiap pembelian didatangkan dengan manfaat seperti rutin penyelenggaraan selama dua tahun, bantuan kerosakan tepi jalan serta bantuan khidmat pelanggan khas.
Gallery
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6230
SELANGOR
BSU3687
JOHOR
JF5842J
PULAU PINANG
PSG3654
PERAK
APM1847
PAHANG
CFJ509
KEDAH
KGJ4374
NEGERI SEMBILAN
NEM2549
KOTA KINABALU
SJU5166
KUCHING
QAB7445P
Terakhir Kemas Kini 12 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
JPJ Sita Lamborghini Huracan Tak Bayar Road Tax RM35k
Selain Lamborghini Huracan, Kereta Mewah Datuk, Datuk Seri Pun Kena Sita.
28-08-2026
EV Jeep Recon Dikeluarkan Tahun 2026 – Capai 650 HP
Jeep Recon bakal memasuki fasa pengeluaran awal tahun 2026. Menjelang ketibaannya, spesifikasi dan harga jualan bagi pasaran Amerika Utara telah didedahkan.
19-11-2025
Berita Terkini
Litar F1 Paling Susah Dalam Sejarah: Mana Satu Paling Bahaya?
Senarai Litar F1 Sejarah & Mana Paling Susah Dipandu?
12-10-2026
Remaja 15 Tahun Maut Kemalangan: Pemandu Warga Pakistan Direman
Pemandu Alza Belok Tiba-Tiba Punca Pelajar Maut.
12-10-2026
MPV Mewah GWM WEY G9 Hi4 HEV Kini Dibuka Untuk Tempahan
EY G9 Hi4 HEV: Pilihan MPV Hibrid Baharu di Malaysia.
12-10-2026
BYD Seal Rempuh Bezza: Budak 5 Tahun Terkorban
Selepas rempuh, pemandu BYD Seal berusia 24 tahunmeninggalkan lokasi kejadian.
12-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition vs Proton X50 Sport Edition: Mana Lebih Berbaloi?
Pilih Mana? Chery Tiggo Cross Sport atau Proton X50 Sport Edition.
12-10-2026
Perhatian Pemilik Omoda 5: Chery Panggil Balik Varian C, H Omoda 5
Chery Auto Malaysia Laksana Kempen Panggil Balik Omoda 5 Tapi Hanya Varian C dan H.
11-10-2026
JPJ Gantung VTA Chery Omoda 5 Susulan Gandar Tercabut
Pendaftaran Chery Omoda 5 Digantung JPJ, Ini Sebabnya.
11-10-2026
Pemandu Mabuk, Hisap Dadah Bayar Pampasan Kepada Mangsa
Akta Pengangkutan Jalan Dipinda, Pemandu Mabuk Wajib Bayar Pampasan.
09-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge