- Berita
- Berita Auto
- Trak Pickup 6 Roda Yang Pertama Seumpamanya, Perkenalkan Mercedes X-Class 6-Wheeler!
Trak Pickup 6 Roda Yang Pertama Seumpamanya, Perkenalkan Mercedes X-Class 6-Wheeler!
Projek one-off, Mercedes X-Class ialah sebuah trak pickup dengan enam roda yang gagah dengan pakej luaran unik untuk dipandang!

Projek ini telah dikomisenkan oleh pengedar Netherland, Classic Youngtimers, pihak sama yang terlibat dalam penghasilan model versi off-road Bentley Continental GT, Lamborghini Gallardo dan Nissan GT-R.


Walaupun X-Class yang asal gagal dalam pasaran di peringkat antarabangsa, model versi 6 roda ini telah berjaya dijual oleh Classic Youngtimers pada harga yang tidak didedahkan.


Mercedes X-Class 6x6 yang diilhamkan daripada G63 AMG 6x6 ini diserlahkan lagi dengan cat berwarna emas.

Untuk perincian binaannya, model asas yang digunakan ialah X-Class 350d dengan badan berwarna coklat dan kabin dalam tona hitam. Dari segi mekanikal pula, model ini menggunakan enjin V6 diesel turbo 3.0L dengan kuasa output 254 hp.

Model ini kemudian melalui proses reformasi yang dilakukan oleh Carlex Design. Pertama sekali, ia diubah dengan menggunakan subframe kustom yang memiliki gandar tambahan, ditinggikan sebanyak 4 inci dan lengkap dengan kit penggayaan pada sekitar trak.


Kit penggayaan ini adalah merangkumi satu set tayar off-road aloi kustom dan juga dapra yang berwarna hitam. Gabungan kesemua ciri ini membuatkan X-Class kelihatan lebar dan tampak gagah.
![]()
Di bahagian depan pula, dapat dilihat ianya dilengkapi gril berwarna krom AMG GTR yang disesuaikan dengan riasan bampar rendah berwarna krom.


Pada bahagian belakang, trak pickup ini menggunakan flatbed yang boleh dipanjangkan dan dicabut. Ciri-ciri ini membuatkan X-Class 6x6 bukan sahaja sedap untuk dipandang tapi juga praktikal.


Bergerak ke bahagian dalam kereta, ciri mewah yang terdapat pada model asas dikekalkan iaitu penggunaan balutan kulit upholsteri berwarna hitam, namun untuk menjadikan model ini unik, moniker '6-Wheeler' diletakkan pada papan pemuka.

Walaupun model ini memiliki karakter dan dibina berasaskan sebuah model off-road, X-Class 6 Roda ini tidak mampu untuk melalui kawasan berpasir seperti model yang menjadi inspirasi rekaannya iaitu G63 AMG 6x6.

Namun begitu, trak ini masih lagi sebuah kenderaan yang lasak. Yang penting, gayanya yang unik semestinya akan menarik perhatian ramai.
Gallery
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRQ9827
SELANGOR
BST8963
JOHOR
JE5916J
PULAU PINANG
PSF7343
PERAK
APL6244
PAHANG
CFH7982
KEDAH
KGJ2151
NEGERI SEMBILAN
NEL9551
KOTA KINABALU
SJU2247
KUCHING
QAB6004P
Terakhir Kemas Kini 24 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Proton S70 "Rahmah": Adakah Ini Myvi Killer Sebenar?
Adakah Proton S70 sebenarnya Myvi Killer?
23-09-2026
Cara Masuk Singapura Terkini: VEP Kereta Asing Wajib Diaktifkan
Syarat Masuk Singapura 2026: Wajib Ada VEP.
23-09-2026
Hasil Bidaan Siri H RM91.2 Juta: Berita Baik Pemandu Teksi, Kereta Sewa
Pemandu teksi dan kereta sewa di seluruh negara bakal menerima berita gembira pada minggu hadapan.
22-09-2026
Perodua, Bank Rakyat Jalin Kerjasama, Perkenal Kad Kredit-i
Kad Kredit-i direka khas untuk pelanggan Perodua.
22-09-2026
GP BAHRAIN: Peluang Emas Pemandu E-Hailing Malaysia
Permintaan e-hailing, p-hailing dijangka melonjak sempena GP Bahrain.
21-09-2026
Nombor Pendaftaran H1 Raih RM10.7 Juta, Siri Terakhir JPJ
H1 cecah RM10.7 juta dalam bidaan nombor pendaftaran siri H.
21-09-2026
Isu Najib: Anthony Loke Letak Jawatan
Perletakan jawatan itu hanya membabitkan beliau dan tidak melibatkan ahli DAP lain.
19-09-2026
ECRL Gombak ke Kuantan Hanya 1 Jam 30 Minit
Gombak ke Kuantan 90 Minit Naik ECRL: Ujian Rasmi Berjaya.
18-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat