ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Peminat Honda Civic! Ini Adalah Tayangan Debut Civic Hatchback Serba Baharu!

Suhana Veru

Kongsi melalui

Honda Motor Co. Ltd akhirnya mendedahkan model Honda Civic Hatchback serba baharunya dalam satu acara tayangan perdana dunia yang diadakan secara dalam talian di Tokyo, Jepun baru-baru ini

Model baharu itu dijangka bakal dijual selewat-lewatnya suku keempat tahun ini.


Syarikat itu berkata, pihaknya berhasrat untuk mengadakan pengumuman rasmi berhubung model baharu itu pada bulan hadapan.


Semasa tayangan itu, Honda sempat menayangkan reka bentuk bahagian luaran dan kabin dalaman jentera baharu itu.

Malah, ia juga turut mengumumkan bahawa pihaknya telah mengemaskini prestasi dinamik jentera itu.

Pembuat kereta Jepun itu juga berhasrat untuk memulakan jualan untuk kedua-dua versi hibrid serba baharu Civic yang dilengkapi dengan e-HEV dan  model serba baharu Civic Type R pada tahun 2022.


Menjengah bahagian luarannya, perkadaran badannya kelihatan agak rendah dan lebar. 

Pasukan reka bentuk kereta ini menampilkan rekaan luar biasa apabila mereka berjaya menghasilkan sebuah kereta dengan jarak pandang ke depan yang boleh dikatakan sangat baik selain ia dikatakan seolah-olah rekaan coupe.

Tidak terkecuali ,garis badan jentera itu kelihatan lebih ringkas dan mengalir dengan lancar dari hadapan hingga ke lampu belakang.

Penampilannya yang agak sporty dan tajam turut dipadankan dengan lampu depan LED manakala reka bentuk hadapannya pula menggunakan gril jenis sarang lebah (honeycomb).


Menjengah masuk ke kabin dalamannya, pasukan reka bentuk jentera ini dilihat amat peka dengan reka bentuk ruang dalamannya.

Malah, buat julung kalinya, ia didatangkan dengan sistem bunyi Bose (sudah pasti, ia berkemungkinan berbeza apabila dilancarkan di Malaysia nanti).


Setakat ini, tiada sebarang maklumat terperinci mengenai spesifiaksi enjinnya tetapi beberapa spekulasi mengatakan bahawa Civic Type R akan menerima versi sistem plug-in-hibrid. 


Bagaimanapun, kami tidak dapat mengesahkan bahawa sama ada model serba baharu Civic ini akan dipadankan dengan Transmisi Berubah Secara Berterusan (CVT) atau transmisi manual enam-kelajuan.

Honda Civic Hatchback ini juga akan dilengkapi dengan sistem teknologi bantuan pemandu, Honda Sensing yang terbaharu.

Ia juga telah mengemaskini beberapa cirinya termasuk unit kamera baharunya menawarkan tahap pandangan lebih luas, cip pemprosesan imej berkelajuan tinggi, Bantuan Trafik Sesak lampu suluh pandu adaptif dan beberapa ciri lain.

Jadi, apakah pendapat anda mengenai Honda Civic Hatchback serba baharu ini? 



Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRT6672

SELANGOR

BSU3751

JOHOR

JF6008J

PULAU PINANG

PSG3768

PERAK

APM1938

PAHANG

CFJ624

KEDAH

KGJ4442

NEGERI SEMBILAN

NEM2580

KOTA KINABALU

SJU5242

KUCHING

QAB7460P

Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

06-11-2024
Global

02-08-2024
Global

02-08-2024
Global

24-05-2024
Global

09-05-2024
Berita Auto

01-02-2024
Global

19-01-2024
Global

17-01-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Litar F1 Paling Susah Dalam Sejarah: Mana Satu Paling Bahaya?

Senarai Litar F1 Sejarah & Mana Paling Susah Dipandu?

12-10-2026
Berita Auto

Remaja 15 Tahun Maut Kemalangan: Pemandu Warga Pakistan Direman

Pemandu Alza Belok Tiba-Tiba Punca Pelajar Maut.

12-10-2026
Berita Auto

MPV Mewah GWM WEY G9 Hi4 HEV Kini Dibuka Untuk Tempahan

EY G9 Hi4 HEV: Pilihan MPV Hibrid Baharu di Malaysia.

12-10-2026
Berita Auto

BYD Seal Rempuh Bezza: Budak 5 Tahun Terkorban

Selepas rempuh, pemandu BYD Seal berusia 24 tahunmeninggalkan lokasi kejadian.

12-10-2026
Berita Auto

Chery Tiggo Cross Sport Edition vs Proton X50 Sport Edition: Mana Lebih Berbaloi?

Pilih Mana? Chery Tiggo Cross Sport atau Proton X50 Sport Edition.

12-10-2026
Berita Auto

Perhatian Pemilik Omoda 5: Chery Panggil Balik Varian C, H Omoda 5

Chery Auto Malaysia Laksana Kempen Panggil Balik Omoda 5 Tapi Hanya Varian C dan H.

11-10-2026
Berita Auto

JPJ Gantung VTA Chery Omoda 5 Susulan Gandar Tercabut

Pendaftaran Chery Omoda 5 Digantung JPJ, Ini Sebabnya.

11-10-2026
Berita Auto

Siapa Dapat Bantuan Kewangan One-Off?

Pemandu Teksi, Kereta Sewa dan Bas Sekolah Terima Bantuan One-Off RM1,000.

09-10-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.