- Berita
- Berita Auto
- Adakah Kereta Anda "Bernafas" Dengan Baik? Periksa Sensor O2 Setiap 30,000 Kilometer - Bosch
Adakah Kereta Anda "Bernafas" Dengan Baik? Periksa Sensor O2 Setiap 30,000 Kilometer - Bosch
Tahukah anda sensor O2 adalah komponen penting kenderaan yang mampu membaca kadar kandungan oksigen di dalam sistem ekzos kereta dimana ia menawarkan pemanduan yang lebih cekap dan berjalan lancar.
Ia juga dikenali sebagai sensor Lambda dimana ia sudah wujud dalam kenderaan yang dihasilkan sekitar 20 hingga 25 tahun lalu. Sejak itu, kenderaan berkenaan telah menikmati kelebihan sensor O2.

Sama seperti manusia, kenderaan juga memerlukan kadar pernafasan yang sempurna bagi menawarkan pemanduan yang baik.

Ini yang menyebabkan sensor O2 dipasang dalam kenderaan yang bertujuan untuk memantau aliran udara selain membaca kadar kandungan oksigen sebelum menghantar isyarat voltan ke Unit Kawalan Enjin dimana ia berfungsi seolah-olah “otak kereta”.
Sebagai peraturan, Bosch Automotive Aftermarket Malaysia (Bosch AA) sememangnya menasihatkan pemandu suoaya memeriksa sensor O2 mereka selepas perjalanan 30,000 kilometer.
Pemeriksaan rutin ini adalah bertujuan untuk memastikan bahawa sensor itu ia berfungsi dengan baik. 
Sekiranya sensor itu rosak, ia sebenarnya boleh mengurangkan prestasi sesebuah kenderaan sekali gus anda hanya membazirkan minyak selain ia meningkatkan emisi gas rumah hijau.
Sebaliknya bagaimanakah kita mahu mengenal pasti bahawa Sensor O2 itu rosak?
Ia akan memberi petanda iaitu kenderaan menunjukkan ia kurang responsif atau daya pecutannya semakin berkurangan selain sukar menjaga kadar kelajuan.
Ia juga akan menunjukkan tanda peningkatan penggunaan minyak berikutan bahan bakar yang tidak cekap.
Sensor O2 juga akan memberi amaran menerusi ikon enjin yang terpapar pada papan pemuka. Namun simbol ini tidak selalu sama dengan isu sensor sebaliknya ia akan menunjukkan masalah enjin berkenaan.
Bosch AA mencadangkan pemandu menggunakan khidmat mekanik untuk melakukan pemeriksaan penyelenggaran jika anda terlihat isyarat kerana ia berkemungkinan besar perlu ditukar.
Jika anda mengabaikan perkara ini, sensor itu berkemungkinan mempercepatkan kerosakan penukar bermangkin dimana ia akan menelan kos yang tinggi untuk diganti atau dibaiki.
Bagaimanapun, Bosch AA menawarkan dua jenis sensor O2 iaitu siri tulen Bosch yang memenuhi keperluan kenderaan. Pada masa sama, Bosch Universal pula dilihat amat sesuai untuk kebanyakan kenderaan.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRS6251
SELANGOR
BSU2070
JOHOR
JF2285J
PULAU PINANG
PSG1141
PERAK
APL8847
PAHANG
CFH9160
KEDAH
KGJ3391
NEGERI SEMBILAN
NEM1746
KOTA KINABALU
SJU4149
KUCHING
QAB7005P
Terakhir Kemas Kini 01 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Touch n Go Tambah 10 Lorong Enhanced RFID Baharu
Senarai Lebuh Raya Dengan Lorong Enhanced RFID Baharu.
30-09-2026
Model Baharu Mercedes-AMG GT 63 Terjah Pasaran Malaysia
Mercedes-AMG GT 63 Rasmi Tiba Di Malaysia.
30-09-2026
Raptai Pertunjukan Gulf Air Sempena F1 GP Bahrain Bermula Esok
Ada Sebabnya Kenapa Gulf-Air Terbang Rendah Esok.
29-09-2026
Volvo Perluas Rangkaian, Buka Pusat 2S Baharu di Kuching
Pusat 2S Volvo Kuching Dibuka Rasmi Untuk Pemilik Volvo Sarawak.
29-09-2026
EV No.1 Malaysia: PRO-NET Serah Proton e.MAS ke 40,000 Dalam 20 Bulan
PRO-NET Raikan Pelanggan Proton e.MAS Yang Ke- 40,000.
29-09-2026
Bila Anthony Loke Letak Jawatan?
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengesahkan telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri
29-09-2026
500,000 Saman Kesalahan Jalan Raya Babitkan Warga Asing
Puncanya ialah rakyat Malaysia jangan membenarkan kenderaan mereka disewa dan digunakan oleh warga negara asing.
28-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat