ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Nissan & Mitsubishi Meraikan Ulang Tahun Kerjasama Yang Ke-10!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Pada tanggal 1 Jun 2011, kerjasama antara dua pengeluar kereta, Nissan Motor Co. Ltd. dan Mitsubishi Motors Corporation telah dimulakan. Kerjasama ini dirasmikan melalui penubuhan syarikat NMKV Co.

Fokus utama penubuhan syarikat kerjasama ini adalah untuk menggerakkan projek penghasilan kenderaan mini bagi pasaran Jepun.  

Secara keseluruhannya, jumlah kumulatif jualan kenderaan syarikat NMKV Co. mencecah 1.52 juta unit kiraan sehingga bulan Mei 2021.  

Pencapaian yang telah berjaya dikecapi hasil kolaborasi ini telah membuatkan mereka berjaya memenangi beberapa buah anugerah berprestij.  Antara anugerah yang diterima ialah anugerah “K Car of the Year” bagi tahun 2020-2021. Anugerah ini diberikan atas pencapaian beberapa kereta terbaharu iaitu Nissan ROOX, Mitsubishi eK space dan eK X space. 

Kilang Mitsubishi Motors di Mizushima telah melaburkan sebanyak 8 juta yen bagi pengeluaran kenderaan mini elektrik terbaharu hasil kolaborasi Nissan dan Mitsubishi Motors. 


"Perancangan dan pembangunan bagi penghasilan kenderaan mini yang dilakukan melalui (syarikat) NMKV  ini telah melalui evolusi besar-besaran sejak 10 tahun yang lalu. Hasilnya, model Nissan dan Mitsubishi Motors yang terkini menggunakan banyak teknologi canggih Nissan yang dapat memberikan keselesaan dan keseronokan yang lebih kepada pelanggan.  Selain itu, kami akan terus menggunakan teknologi elektrifikasi dan pemanduan autonomi untuk menjadikan produk kami lebih menarik," ujar Presiden Nissan, Makoto Uchida.  


"Model terbaharu dalam siri eK yang sedang menyambut ulang tahunnya yang ke-20 ialah model kereta yang boleh dipercayai, sebuah wagon mini yang selesa. Ia merupakan hasil kepakaran selama 60 tahun Mitsubishi Motors  dalam pengeluaran kenderaan mini melalui penggunaan teknologi canggih Nissan di bawah pengurusan NMKV.  Pada masa akan datang, kami akan terus mengukuhkan kerjasama dengan Nissan dan NMKV bagi menyediakan produk yang dapat menggembirakan hati pelanggan," ujar presiden Mitsubishi Motors, Takao Kato.  

"NKMV adalah hasil gabungan yang terbaik antara Nissan dan Mitsubishi Motors bagi mencipta kenderaan yang menarik bagi negara Jepun, kenderaan mini. Bagi perancangan masa depan, ketiga-tiga syarikat akan terus memperkukuh sumber kekuatan mereka, menambah keupayaan pembuatan serta melakukan kolaborasi cross-company dan cross-functional bagi menghasilkan kenderaan yang lebih baik," ujar presiden NMKV, Junichi Endo. 



Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRS9245

SELANGOR

BSU2554

JOHOR

JF3280J

PULAU PINANG

PSG1764

PERAK

APL9486

PAHANG

CFH9376

KEDAH

KGJ3641

NEGERI SEMBILAN

NEM1983

KOTA KINABALU

SJU4374

KUCHING

QAB7145P

Terakhir Kemas Kini 04 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

EV

27-01-2026
EV

23-12-2025
EV

22-12-2025
Global

22-12-2025
Global

19-12-2025
Global

18-12-2025
Kereta Baru

05-12-2025
Global

20-11-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Beli Tayar Continental Di In-Store Marketplace

Continental Tyres Malaysia mengubah landskap pembelian dan penjualan tayar menerusi Konsep Ekosistem InStore Marketplace.

02-10-2026
Berita Auto

Kemuncak F1 Sepang: George Russell Pun 'Pening' Sangkut "Jem"

Pemandu F1 George Russell Pun Sangkut Jem Ke SIC Sepang.

02-10-2026
Berita Auto

Nasi Lemak RM35 Di Sepang: Harga Makanan F1 Cetus Bualan Hangat

F1 Sepang: Isu Harga Makanan RM35 Jadi Tumpuan Pengunjung.

02-10-2026
Berita Auto

Sewa Kereta Kepada Warga Asing: Denda RM10,000

JPJ akan menggempur habis-habisan pemandu warga asing yang semakin bebas memandu secara haram.

02-10-2026
Berita Auto

F1 GP Bahrain: Laluan Arah KLIA Dijangka Sesak Bermula 2-4 Okt

Penerbangan Dari KLIA 2-4 Okt? Rancang Masa Awal Elak Terlepas

01-10-2026
Berita Auto

Touch n Go Tambah 10 Lorong Enhanced RFID Baharu

Senarai Lebuh Raya Dengan Lorong Enhanced RFID Baharu.

30-09-2026
Berita Auto

Model Baharu Mercedes-AMG GT 63 Terjah Pasaran Malaysia

Mercedes-AMG GT 63 Rasmi Tiba Di Malaysia.

30-09-2026
Berita Auto

Raptai Pertunjukan Gulf Air Sempena F1 GP Bahrain Bermula Esok

Ada Sebabnya Kenapa Gulf-Air Terbang Rendah Esok.

29-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.