ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Jentera Baharu BMW, SAV Ini Dikatakan Mesra Alam, Bergaya &Sporty!

Suhana Veru

Kongsi melalui

BMW dikatakan bakal melancarkan konsep Kenderaan Aktiviti Sukan (SAV), BMWiX dalam tempoh terdekat ini.

Teknologi baharu jentera ini digabungkan dengan pemanduan bebas emisi, mengetengahkan ciri ketangkasannya dan memfokuskan kelestarian.

Kumpulan BMW dikatakan akan menawarkan kereta elektrik SAV ini dalam dua varian: BMW iX xDrive 40 dan BMW iX xDrive 50.

Hari ini, kami di Caricarz menerangkan lebih lanjut mengenai kedua-dua varian ini. Untuk rekod, BMW iX xDrive 40 didatangkan dengan tetapan dua motor elektrik berkuasa yang bercirikan teknologi eDrive generasi kelima BMW dimana ia mampu menghamburkan kuasa sekitar 390kW dan tork 630 Nm.

Pemanduan elektrik yang dipadankan dengan kelajuan tunggal bersama transmisi automatik nisbah tetap membolehkan BMW iX xDrive 40 mampu memecut 0-100 kilometer sejam (km/j) hanya dalam masa 6.1 saat manakala, kelajuan tertingginya pula mampu mencecah sehingga 200 km/j.

Bagaimanapun, kedua-dua motor elektrik yang ditempatkan di bahagian berbeza, satu di hadapan dan satu lagi di bahagian belakang dimana kedua-dua komponen ini menggerakkan roda hadapan dan belakang secara berasingan.

BMW ix xDrive 50 juga dipadankan dengan tetapan dua motor elektrik berkuasa yang bercirikan teknologi eDrive generasi kelima BMW dimana ia juga mampu menghasilkan kuasa  sekitar 420 kW dan tork 765 Nm.

Seperti biasa, ia juga dipadankan dengan kotak gear automatik menyebabkan ia mampu memecut dari 0-100 km/j hanya dalam 4.6 saat dimana ia agak lebih laju berbanding xDrive 40.

Namun, xDrive 50 hanya mencatatkan rekod kelajuan tertinggi sama seperti xDrive 40 iaitu 200km/j.

Sama seperti IX xDrive 40, ia juga dilengkapi dengan konfigurasi motor elektrik yang ditempatkan di gandar hadapan dan belakang dimana setiap gandar itu menghantar kuasa ke roda hadapan dan roda belakang tetapi secara berasingan.

Kini, kita beralih kepada aspek pengecasan, jarak dan bateri. BMW iX xDrive 40 didatangkan dengan sel pek bateri yang membenarkan pemanduan elektrik sejauh 372 kilometer (km) ke 425 km.

Pemanduan ini direkodkan berdasarkan kitaran WLTP.

Sebaliknya, iX xDrive 50 memiliki sel pek yang agak besar memandangkan kapasiti tenaganya adalah sekitar 105 kW dan berdasarkan kitaran WLTP, ia mampu melakukan pemanduan dari 549 km ke 630 km jika dicas sepenuhnya.



Menyentuh pengecasan kenderaan ini, model iX xDrive 40  menggunakan sistem pengecasan pantas 150 kW manakala, xDrive 50 pula 195 kW. Tahap bateri kedua-dua varian ini boleh dinaikkan dari 10 peratus hingga 80 peratus secara sepenuhnya hanya dalam 30- 35 minit.

Hebat bukan?

Namun, jika menggunakan pengecas 150 kW, ia mampu menambahkan jarak perjalanan 95km hanya dalam 10 minit manakala, pengecas 195 kW pula memberikan jarak perjalanan kepada xDrive 50 sekitar 144km.

Tahukah anda, setiap jentera iX dilengkapi dengan pengecas onboard 11-kW yang membolehkan pengisian penuh semalaman  dengan menggunakan  kotak pengecas dinding (wall box charger).

Beralih kepada reka bentuk jentera ini, biarpun ia tidak didatangkan dengan gril namun anda perlu tahu, ia merupakan kenderaan elektrik. Maka, model xDrive 40 didatangkan dengan gril kidney berkembar.

Gril itu juga digandingkan dengan ventilasi udara berbentuk segi empat tepat yang ditempatkan di bahagian tengah bampar sekali gus menyebabkan ia kelihatan seperti mulut terbuka.

Malah, lampu kenderaan ini juga kelihatan seolah-olah mata sepet memandangkan lampu hadapannya yang nipis.

Menjengah bahagian belakangnya, bentuk badan jentera memiliki sentuhan yang licin dan melengkung selain dipadankan dengan spoiler tepi bumbung yang nipis.

Di tengah-tengah but belakang, kehadiran satu set lampu belakang berbentuk empat segi tepat juga dapat dilihat dengan jelas dan ia amat padan dengan lampu hadapan.


Peresap di bahagian belakangnya juga kelihatan agak sporty. Memandangkan ia ialah kenderaan elektrik, bahagian ekzos dilindungi dengan rekaan peresap  aerodinamik yang agak nipis di setiap bahagiannya.

Ia yang menekankan sifat elektriknya menyebabkan bahagian hadapan, belakang dan sisi bampar turut dihiasi dengan kemasan berwarna biru dimana ia melengkapkan seluruh iX xDrive 40.

Kini, kita beralih kepada rodanya yang mengangkat beban kerangka kenderaan ini. 


Untuk makluman anda, ia menggunakan rim aloi logam dua-tona bersaiz 20 inci yang dipadankan dengan lima jejari berbentuk segi tiga. 

Rim aloi itu kemudian dibaluti dengan tayar bersaiz XL 235/60 108H.

Berbalik kepada iX xDrive 50, ia memiliki gaya  yang sama dengan iX xDrive 40 tetapi ia tampil dengan gaya tersendirinya.

Pada bahagian hujung  hadapan jentera, ia menonjolkan rekaan anak panah yang terletak di tepi bampar. Ia sebenarnya membenarkan kemasukan udara dari celah-celah jeriji itu.

Di bahagian belakang pula, apa yang membezakan ialah hasil sentuhan susun aturnya yang kelihatan agak halus.

Selain itu, kemasan berwarna biru yang sinonim dengan BMW boleh dilihat di bampar hadapan, belakang dan sisi. Berbalik kepada rodanya, ia menggunakan rim dan tayar yang sama dengan iX xDrive 40 tetapi tampil dengan kemasan serba hitam.

Pendek kata, jika dilihat profil dan penggayaan jentera ini, ia kelihatan agak sama seperti keluaran kereta konsep Vision iNEXT tahun 2018.

Kini, kita menjengah ruang dalamannya. Dari segi saiz, panjang  xDrive 40 dan xDrive 50  ialah 4,953 mm, 1,967 mm lebar dan 1,695 mm tinggi. Ini bermakna kedua-dua BMW iX ini memiliki ruang yang cukup luas dan selesa.

Kedua-dua varian ini juga menawarkan lima tempat duduk, bukannya tujuh tempat duduk memandangkan ia adalah kenderaan elektrik. Maka, ia juga memerlukan drive shaft  (aci pacu) panjang untuk menyokong kerangka badan jentera berkenaan.


Malah, BMW menjadikan lantai iX benar-benar mendatar yang bertujuan untuk memberikan ruang kaki yang cukup luas untuk penumpang di belakang.

Kreatif sungguh, tahniah BMW!

Bagaimanapun, tiada lagi butang pada papan pemuka sebaliknya digantikan dengan saluran penyaman udara. Terdapat jurang yang agak besar antara papan pemuka dengan konsol tengah dimana lazimnya ada sistem kawalan pemanasan.

Tuas gear BMW juga telah ditukarkan dan dipadankan dengan tombol kecil yang sama seperti Volkswagen Golf yang baharu.

Menyentuh mengenai infotainmen, BMW iX menerima sistem infotainmen Live Cockpit Profesional BMW yang digabungkan dengan paparan pemandu bersaiz 12.3 inci bersama skrin sentuh tengah 14.9 inci.

Sistem ini dilengkapi dengan ciri teknologi pembantu peribadi BMW yang telah dikemaskini menyebabkan para penumpang boleh menukarkan  suhu penyaman udara atau memprogram sistem navigasi satelit secara automatik.


Tahukah anda bahawa BMW iX baharu ini adalah kereta mewah pertama yang dibina dengan teknologi 5G. Ini membantu iX berkomunikasi dengan kenderaan lain (iX sahaja ) selain mampu berkongsi maklumat dengan begitu cepat.

Pendek kata, setiap iX boleh berhubung dengan setiap kenderaan iX. Sebagai contoh, pemandunya boleh mengetahui kesesakan lalu lintas yang teruk di hadapan, papan tanda yang akan datang termasuk berapa jumlah ruang parkir yang terdapat di sesebuah kawasan berdekatan.


Lebih menarik, iX juga memiliki komputer omboard terpantas dimana ia boleh memindahkan kesemua maklumat yang disimpan menerusi DVD hanya dalam satu saat.

Fuh, lain macam teknologi BMW!

Sebaliknya, ia memerlukan kuasa pengkomputeran untuk mendapatkan kesemua datang yang datang daripada sensor dan kamera yang disembunyikan di hadapan gril dimana semua bahagian ini terdiri daripada sebahagian sistem pembantu pemandu.

Bercakap mengenai sensor dan kamera, teknologi sistem pembantu pemandu sebenarnya membantu dari segi daya pecutan, brek dan juga pemanduan di lebuh raya.

Bagi memastikan sensor itu boleh dilihat secara jelas, gril jentera ini didatangkan dengan lapisan coating khas yang dapat menghilangkan kesan calar dan terdapat juga cip bersaiz kecil.

Menyentuh mengenai aspek keselamatan, kedua-dua model iX didatangkan dengan Kawalan Stabiliti Dinamik (DSC), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Kawalan Stabiliti Automatik (ASC) dan Kawalan Cengkaman Dinamik.

Malah, ia juga dilengkapi dengan  sistem kawalan canggih seperti teknologi ARB (actuator contiguous wheel slip limitation) yang menjadikan kawalan gelinciran roda lebih baik dan kemas termasuk Kawalan Brek Dinamik (DBC),  kawalan menuruni curam dan Sistem Kawalan Traksi (TCS).

Sebaliknya, ciri keselamatan pasif pula dilengkapi dengan beg udara di hadapan, sisi dan bahagian kepala untuk pemandu dan penumpang. Malah, terdapat juga tali pinggang keledar tiga titik untuk semua tempat duduk dan  sensor pelanggaran dan penunjuk tekanan tayar.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya mengenai harga kedua-dua jentera ini. XDrive 40 ditawarkan pada harga £69,905 (RM 400,618) hingga £72,905 (RM 417,751), manakala xDrive 50 pula berharga dari  £91,905 (RM 526,645) ke £94,905 (RM 543,603).

Buat masa ini, BMW iX akan mula dijual di pasaran Eropah pada November tahun ini.


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VQL7709

SELANGOR

BSM4730

JOHOR

JYR4593

PULAU PINANG

PRY6373

PERAK

APF2458

PAHANG

CFF2969

KEDAH

KGE3489

NEGERI SEMBILAN

NEJ5174

KOTA KINABALU

SJQ2813

KUCHING

QAB2377N

Terakhir Kemas Kini 12 Feb, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.54

RON 97

RM 3.10

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 2.99

+0.03

EURO 5 B7

RM 3.19

+0.03

Terakhir Kemas Kini 12 Feb, 2026

Berita Berkaitan

Teknologi

05-01-2023
Teknologi

28-12-2022
Berita Auto

24-06-2022
Berita Auto

26-05-2022
Berita Auto

Lampu Depan BMW i7 Daripada Kristal Swarovski?

BMW telah menghasilkan lampu depan daripada kristal bagi kereta elektrik terbaharu, BMW i7.

17-05-2022
Berita Auto

31-03-2022
Global

BMW X2 Edisi Goldplay - Diselubungi Warna Emas

BMW akhirnya mendedahkan edisi tambahan terbaharu dalam keluarga BMW X2, edisi Goldplay baru-baru ini.

28-03-2022
EV

BMW Kaji Penerimaan EV Di Malaysia, Ini Hasil Tinjauan Mereka...

Artikel ini mendedahkan hasil kajian BMW tentang penerimaan EV di Malaysia.

25-03-2022

Berita Terkini

Berita Auto

OP Selamat 25: Jangan Pandu Dalam Keadaan Letih, Boleh Dikenakan Tindakan Tegas

Memandu dalam keadaan letih adalah antara enam kesalahan utama yang akan dikenakan tindakan penguatkuasaan tegas.

12-02-2026
Berita Auto

Apa Punca KL, Selangor Sesak Teruk?

Sejak beberapa hari lalu, keadaan aliran trafik di Kuala Lumpur dan Selangor dilihat sesak teruk termasuk pada hujung minggu.

12-02-2026
Berita Auto

Analisis Pasaran Automotif Januari 2026: Jualan Jatuh 30%, Ini Kupasannya...

Industri automotif Malaysia membuka tirai tahun 2026 dengan sedikit perlahan apabila angka pendaftaran kenderaan baharu mencatatkan penurunan sebanyak 30% bagi bulan Januari.

12-02-2026
Berita Auto

Nak Raya Cina, Ini Dia Harga Minyak Bermula 12 -18 Feb ini

Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia meningkat sebanyak 3 sen kepada RM2.99 seliter.

11-02-2026
Berita Auto

Kereta Honda Laku Keras, Ini Pula Sasaran CEO Honda Malaysia Tahun Ini

Honda Malaysia meletakkan sasaran untuk menjual sebanyak 60,000 unit kereta pada tahun ini.

11-02-2026
Berita Auto

Dalam Seminggu, 800 Unit Wey G9 Hi4 Sudah Ditempah

Tempahan WEY G9 Hi4 PHEV yang baharu sahaja dilancarkan telah mencecah lebih 800 buah dalam tempoh seminggu.

11-02-2026
Berita Auto

Pembangunan ECRL Semakin Rancak, Golden Tren Emu, E-Loco Sudah Tiba

Pembangunan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) memasuki fasa baharu menerusi Majlis Peluncuran Khas Ketibaan Golden Tren Electric Multiple Unit (EMU) dan Electric Locomotive (E-Loco) di Stesen ECRL KotaSAS, Kuantan, Pahang, pagi tadi.

11-02-2026
Berita Auto

Honda Malaysia Bakal Lancar 6 Model Baharu Tahun Ini, Adakah Mungkin Prelude?

Honda Malaysia mengumumkan bahawa pihaknya akan melancarkan sekurang-kurangnya enam model baharu ke pasaran Malaysia pada tahun ini.

11-02-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.