Segala Kecekapan, Prestasi Qashqai, Membawa Teknologi Hijau Untuk Nissan!
Jentera keluaran Nissan, Qashqai Serba Baharu di Eropah dikatakan akan menjadi kenderaan pertama syarikat itu yang secara keseluruhannya diperbuat daripada panel aluminium ringan.
Lebih menarik kerangka Qashqai terutamanya bahagian hud, pintu dan fender hadapan juga diperbuat daripada aloi aluminium dimana kenderaan seberat 60 kilogram akan menjadi lebih ringan berbanding sebelum ini.
-full.jpg)
Malah, dari segi efisiennya juga telah dikemaskini dimana ia mampu mengurangkan pengeluaran karbon dan memenuhi lebih banyak teknologi seperti tren kuasa kenderaan elektrik.
Dilancarkan tahun lalu, mesin press line kedua terbesar itu turut melibatkan pengeluaran aluminium di kilang Nissan yang terletak di Sunderland, England.
Perkhidmatan kitar semula ini dikatakan mampu menghasilkan logam sekerap pada jarak 150 kilometer sejam selain berupaya mengendalikan lebih tujuh tan sekerap dalam tempoh sejam.
Ini bermakna, ia boleh mengurangkan sampah dengan menjalankan proses pengeluaran yang lebih hijau.
Material sekerap yang telah diesktrak turut digunakan di bahagian hud dan pintu bagi memastikan gred aluminium diasingkan sekali gus membolehkan Nissan mengembalikan sekerap berkualiti tinggi kepada pembekalnya.
Ia membolehkan pembekalnya menjalankan proses kitar semula material sekerap berkenaan secara berulang kali.
Emisi C02 dikatakan akan berkurangan dengan adanya teknologi kitar semula sistem gelung tertutup dimana ia juga membantu Nissan mencapai neutral karbon di seluruh bahagian operasi dan kitaran hayat produk menjelang tahun 2050.
Malah, dikatakan lebih 90 peratus tenaga dapat dijimatkan daripada kitar semula sekerap aluminium berbanding menghasilkan jumlah bahan baru yang sama.
“Kami akan terus mencari beberapa langkah lain untuk menjadikan kenderaan dan proses pengeluaran kami menjadi lebih lestari. Penggunaan aluminium ringan pada Qashqai serba baharu adalah satu contoh terbaik,” kata Naib Presiden Pengeluaran Nissan Motor di United Kingdom, Alan Johnson.
Diikuti dengan jualan Rogue di Amerika Utara, Qashqai baharu ini adalah model kedua global yang menampilkan ciri-ciri yang berasal daripada proses kitar semula gegelung tertutup.
Dalam pada itu, Nissan dilaporkan akan memperluaskan aplikasi proses itu kepada lebih banyak kilang dan model-model kereta lain.

"Oleh itu, kami akan terus meningkatkan kecekapan dan kelestarian operasi pembuatan dan Sunderland akan memainkan peranan penting dalam memenuhi komitmen syarikat terhadap neutral karbon," kata Johnson.
Sebahagian daripada Program Nissan Green 2022, jenama itu dikatakan berhasrat untuk menggantikan 30 peratus material mentahnya untuk model-model yang akan datang dalam beberapa tahun lagi.
Bagi merealisasikan impian itu, syarikat Nissan akan menggunakan bahan kitar semula dan menghasilkan biomaterial selain menjalankan usaha kitar semula untuk syarikat pembekal termasuk dalam syarikatnya.
Selain itu, Nissan dikatakan turut berusaha menurunkan jisim badan kereta.
Di sebalik Nissan meneruskan usahanya untuk mempromosikan penggunaan sumber secara efisien dan cekap, ia dilihat sebagai batu loncatan dalam mencapai matlamatnya dan membuka jalan kepada jenama kereta lain untuk melakukan perkara yang sama.
Apakah pendapat anda mengenai Nissan Qashqai serba baharu ini? Adakah usaha Nissan ke arah menjadi portfolio kenderaan lebih hijau mampu menarik perhatian jenama kereta lain untuk melakukan perkara yang sama?
Apapun, jangan lupa kongsikan pendapat anda di bawah ruangan ini!
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQW7489
SELANGOR
BSP7382
JOHOR
JYW1822
PULAU PINANG
PSC209
PERAK
APH2632
PAHANG
CFG4258
KEDAH
KGF7042
NEGERI SEMBILAN
NEK3307
KOTA KINABALU
SJR7514
KUCHING
QAB7209N
Terakhir Kemas Kini 09 May, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Beberapa Kawasan Di Lembah Klang Dilanda Banjir
Warga kota dinasihatkan tidak meredah banjir.
08-05-2026
Jalan Bukit Bintang Ditutup Sempena program Quranic Madani malam ini
Jalan Bukit Bintang akan ditutup secara berperingkat bermula tengah malam ini.
08-05-2026
Gandingan Dua Gergasi: Kia Malaysia Lantik Cycle & Carriage Sebagai Pengedar Baharu
Kia Sales Malaysia lantik Cycle & Carriage sebagai pengedar sah, perkukuh rangkaian jualan.
08-05-2026
Proton Saga Masih Raja, S70 Pula Pecah Rekod! Ini Sebab Kenapa PROTON Semakin Diminati pada 2026
Suku Kedua Bermula Garang! Proton Dominasi Jalan Raya.
07-05-2026
Beli Sekarang atau Gigit Jari! Harga EV Import Bakal Melonjak Lepas 1 Julai
Ini Senarai EV Yang Mungkin Tak Boleh Dijual Lagi Di Malaysia.
07-05-2026
Harga RON95, Diesel Tanpa Subsidi Naik 5 Sen
Harga runcit RON95 tanpa subsidi dan diesel di Semenanjung Malaysia masing-masing naik lima sen.
06-05-2026
Waspada Pemandu! Senarai Lokasi 'Hotspot' Banjir Kilat di Lembah Klang.
Beberapa kawasan di Lembah Klang dilanda banjir kilat.
06-05-2026
Feytech Menang Kontrak Proton RM96.8 Juta; Bakal Bekal Sarung Tempat Duduk Model Baharu Proton
Feytech Holdings Bhd meraih kontrak bernilai RM96.83 juta untuk membekalkan sarung tempat duduk untuk model baharu Proton.
06-05-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat