ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Volkswagen Group, BASF, Daimler AG Dan Fairphone Terlibat Dalam Projek Perlombongan Litium di Chile!

Suhana Veru

Kongsi melalui

Menerusi pengembangan e-mobiliti dan era pendigitalan  ketika ini, permintaan bateri litium dijangka akan meningkat dalam beberapa tahun lagi.

Bagi mempromosikan pembangunan kelestarian dan pengurusan sumber semula jadi  yang lebih baik maka,  inisiatif  Kerjasama Pengekstrakan Litium  yang Bertanggungjawab dimeterai baru-baru ini.


Pada awalnya, insiatif itu dikatakan dibiayai Kumpulan Volkswagen, BASF, Daimler AG dan Fairphone.

Bercerita mengenai litium, tahukah anda, dataran garam Salar de Atacama merupakan kawasan simpanan litium terbesar di dunia.

Ia sebenarnya  merupakan sebahagian besar pengeluaran litium namun terdapat beberapa masalah di sebalik kewujudan tapak itu.

Ekologi di rantau ini dikatakan semakin terjejas selain pihak yang bertanggungjawab dikatakan  tidak mencapai sebarang persetujuan berhubung kesan dan risiko bahaya perlombongan litium dan beberapa aktiviti ekonomi lain di kawasan berkenaan.

Menurut beberapa laporan tempatan, kadar permukaan air dan garam yang turun dan naik sebenarnya boleh mengganggu ekosistem selain turut menjejaskan kehidupan penduduk setempat.

Maka, bagi menangani risiko-risiko bahaya itu, kerjasama dengan pihak berkepentingan dilihat sangat penting.

Selain itu, syarikat-syarikat berkenaan dikatakan telah mengarahkan agensi pembangunan Deutsche Gesellschaft für Internationale Zusammenarbeit (GIZ) GmbH untuk mewujudkan kerangka kerja dengan persatuan masyarakat, komuniti orang asli, institusi kerajaan dan syarikat perlombongan.

Rangka kerja itu dikatakan bertujuan untuk mengembangkan visi Salar de Atacama terutamanya dalam membangunkan pelan tindakan kolaborasi untuk penambahbaikan pengurusan sumber semua jadi untuk tempoh jangka panjang.

Hasil kerjasama itu juga turut mengesahkan data teknikal yang sedia ada, menyemak semula data itu jika perlu selain meningkatkan kebolehcapaian. 


Bermula tahun ini, Kerjasama Pengekstrakan Litium  yang Bertanggungjawab  dikatakan akan mempunyai rancangan lebih terperinci sekurang-kurangnya untuk tempoh dua tahun setengah.

Bagaimanapun, hasil persefahaman ini dilihat ia tidak mempunyai sebarang rancangan untuk mengambil kemudahan sumber litium mahupun pembelian atau penjualan bahan mentah berkenaan.

Ini kerana semua pihak berkepentingan dikatakan menyedari tanggungjawab mereka dalam seluruh rantaian bekalan termasuk hak asasi manusia berikutan penilaian dan pengeluaran bahan mentah.

Jadi, apakah hasilnya? Oleh itu, Kerjasama Pengekstrakan Litium  yang Bertanggungjawab ditubuhkan bagi mempromosikan pembangunan lestari, menyumbang kepada penyelesaian kesan negatif dan memperkuatkan perlindungan hak asasi manusia.


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRS9245

SELANGOR

BSU2554

JOHOR

JF3280J

PULAU PINANG

PSG1764

PERAK

APL9486

PAHANG

CFH9376

KEDAH

KGJ3641

NEGERI SEMBILAN

NEM1983

KOTA KINABALU

SJU4374

KUCHING

QAB7145P

Terakhir Kemas Kini 04 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Global

18-03-2025
EV

29-06-2024
EV

30-05-2024
EV

10-05-2024
Global

02-05-2024
Global

15-01-2024
EV

16-03-2023
EV

13-03-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Beli Tayar Continental Di In-Store Marketplace

Continental Tyres Malaysia mengubah landskap pembelian dan penjualan tayar menerusi Konsep Ekosistem InStore Marketplace.

02-10-2026
Berita Auto

Kemuncak F1 Sepang: George Russell Pun 'Pening' Sangkut "Jem"

Pemandu F1 George Russell Pun Sangkut Jem Ke SIC Sepang.

02-10-2026
Berita Auto

Nasi Lemak RM35 Di Sepang: Harga Makanan F1 Cetus Bualan Hangat

F1 Sepang: Isu Harga Makanan RM35 Jadi Tumpuan Pengunjung.

02-10-2026
Berita Auto

Sewa Kereta Kepada Warga Asing: Denda RM10,000

JPJ akan menggempur habis-habisan pemandu warga asing yang semakin bebas memandu secara haram.

02-10-2026
Berita Auto

F1 GP Bahrain: Laluan Arah KLIA Dijangka Sesak Bermula 2-4 Okt

Penerbangan Dari KLIA 2-4 Okt? Rancang Masa Awal Elak Terlepas

01-10-2026
Berita Auto

Touch n Go Tambah 10 Lorong Enhanced RFID Baharu

Senarai Lebuh Raya Dengan Lorong Enhanced RFID Baharu.

30-09-2026
Berita Auto

Model Baharu Mercedes-AMG GT 63 Terjah Pasaran Malaysia

Mercedes-AMG GT 63 Rasmi Tiba Di Malaysia.

30-09-2026
Berita Auto

Raptai Pertunjukan Gulf Air Sempena F1 GP Bahrain Bermula Esok

Ada Sebabnya Kenapa Gulf-Air Terbang Rendah Esok.

29-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.