UMW Toyota Motor Kembali Beroperasi!
UMW Toyota Motor telah kembali menyambung aktiviti jualan selepas menutup cawangan mereka selama hampir tiga bulan.
"Ia sememangnya mencabar bagi kami, tetapi kami faham keperluan tindakan yang diambil oleh kerjaan untuk melawan pandemik COVID-19. Pihak kami memastikan bahawa tenaga kerja telah menerima vaksin supaya kami dapat kembali menyambung aktiviti di fasiliti seluruh negara," ujar Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran. K.
Syarikat mendedahkan, jumlah jualan bagi Toyota dan juga Lexus pada bulan Ogos ialah 2,524 unit, menunjukkan penurunan sebanyak 56 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu.

Walau bagaimanapun, disebabkan oleh momentum jualan yang kukuh pada tahun 2020 dan juga pengecualian SST, jumlah jualan keseluruhan Toyota dan Lexus bagi tahun 2021 mencapai 38,085 unit berbanding 31,734 unit pada tahun lepas.
"Kami akan mengadakan promosi jualan pada bulan-bulan akan datang, jadi sekiranya anda sedang mencari kereta baharu untuk dibeli, nantikannya kerana anda akan mendapat tawaran yang hebat dan semestinya penjimatan tanpa perlu membayar cukai jualan hingga hujung tahun ini," tambahnya. "Pelanggan setia kami juga tidak akan dilupakan kerana tak lama lagi kami akan mengumumkan program untuk memberi ganjaran kepada kesetiaan mereka terhadap jenama selama lebih daripada lima dekad."
Tawaran bagi bulan September adalah termasuk bayaran bulanan yang rendah untuk Toyota Yaris bermula daripada RM493 sebulan dengan EZ Beli, serta rebat tunai sehingga RM10,000 bagi pembelian Toyota RAV4!
Bukan itu sahaja, pelanggan juga boleh mendapatkan penjimatan sehingga RM17,391 dengan pembelian Toyota Alphard MPV melalui pengecualian cukai jualan yang dilaksanakan sehingga penghujung tahun 2021.
Menurut Ravindran, semua cawangan jualan dan servis akan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM).
Selain itu, sesiapa yang ingin mengunjungi mana-mana cawangan Toyota atau Lexus perlu membuat imbasan suhu badan dan mendaftar kunjungan melalui aplikasi MySejahtera, di samping perlu gunakan sanitizer dan topeng muka pada setiap masa. SOP yang sama turut dikenakan kepada kesemua kakitangan.
Kilang-kilang pemasangan syarikat yang terdapat di Selangor telah kembali beroperasi dan dijangka akan membuat penghantaran kenderaan kepada pelanggan dalam jangka masa yang sepatutnya.
Kami berterima kasih kepada pelanggan di atas kesabaran, sokongan dan sikap timbang rasa mereka. Ini merupakan masa yang sangat mencabar bagi semua dan kami telah melakukan yang terbaik untuk membantu pelanggan kami dengan mengekalkan saluran komunikasi untuk digunakan sekiranya terdapat sebarang isu dengan kenderaan mereka sama ada Toyota atau Lexus. Sekarang apabila aktiviti boleh diteruskan, kami berharap pelanggan boleh memastikan kenderaan mendapat servis penyelenggaraan," ujar Timbalan Pengerusi UMW Toyota Motor, Akio Takeyama.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX7915
SELANGOR
BSU9386
JOHOR
JH1934J
PULAU PINANG
PSH3136
PERAK
APM8043
PAHANG
CFJ3720
KEDAH
KGJ7510
NEGERI SEMBILAN
NEM5464
KOTA KINABALU
SJV1134
KUCHING
QAB9667P
Terakhir Kemas Kini 07 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Mitsubishi Xforce Malaysia: Jaminan Resale Value 60%
Mitsubishi Xforce: Nilai Terjamin 60% Selepas 5 Tahun.
06-11-2026
Isu Tahanan Rumah Najib: Anthony Loke Akhirnya Kotakan Janji
Anthony Loke Rasmi Undur Diri Sebagai Menteri Pengangkutan.
06-11-2026
Diskaun Tol 50% Sempena Deepavali Selama 2 Hari
Diskaun Tol 50% Bermula Tengah Malam Tadi Hingga Esok.
06-11-2026
Sapura Industrial Raih Kontrak RM307 Juta Pasang Gandar Kereta Chery
Chery Lantik Sapura Industrial Pasang Gandar.
06-11-2026
Genting Tawar Servis Helikopter VIP dari Subang
Anda Kini Boleh Naik Helikopter Jika Nak Ke Genting.
05-11-2026
Isu Petrol RON95: Petron, Caltex Mula Bayar Ganti Rugi
Rupanya Tiada Unsur Air Dalam RON95.
05-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge