- Berita
- Berita Auto
- Bila Korea Dan Itali Bergabung, Terhasil Aventador S Roadster Korean Special Series
Bila Korea Dan Itali Bergabung, Terhasil Aventador S Roadster Korean Special Series
Lamborghini Seoul baru-baru ini telah mempertontonkan kepada orang ramai kereta berkuasa tinggi keluaran terbaharu mereka, Aventador S Roadster Korean Special Series.
Dibangunkan oleh Automobili Lamborghini dan Lamborghini Seoul, Aventador S Roadster Korean Special Series dihasilkan eksklusif untuk peminat Lambo di Korea.
"Kami teruja untuk memperkenalkan model yang sangat eksklusif, Aventador S Roadster Korean Special Series kepada peminat Lamborghini di Korea. Siri khas ini membuktikan lagi betapa pentingnya pasaran kereta sport Lamborghini di Korea. Menampilkan elemen reka bentuk yang menjadi simbol kepada kekayaan budaya dan warisan Korea, kereta ini kelihatan cukup menonjol serta menunjukkan rasa kebanggaan terhadap negara apabila digunakan di atas jalan raya Korea," kata Pengarah Serantau Automobili Lamborghini di Asia Pasifik, Francesco Scardaoni.
Manifestasi model edisi terhad ini telah diterajui oleh bahagian reka bentuk Centro Stile Lambo dengan misi untuk membawakan rekaan simbolik yang menghubungkan semangat Korea dan Itali.
Dari segi luaran, Lamborghini khas ini diwarnakan dengan dua warna simbolik bagi negara Korea. Warna Green Ocno menjadi simbol kepada sentimen kemesraan orang Korea, manakala warna Blue Emera pula ialah simbol kepada kepintaran dan kebijaksanaan.
Sementara itu, bahagian dalam kereta ini pula menggunakan warna Bianco Leda.
Melihat daripada keseluruhan reka bentuk kereta, sudut bonet, panel pintu kiri dan kanan serta fender belakang, kereta ini tampil dengan corak rekaan tingkap tradisional Korea iaitu garisan silang dalam bentuk menegak dan melintang.
Corak yang digunakan pada sudut hadapan kereta pula ialah dua trigram bendera Korea yang dinamakan Geon dan Gam.
Mengenai enjin yang digunakan, ia dikuasakan oleh enjin V12 6.5L yang mampu menghamburkan kuasa kuda mencecah 740 hp dan 690 Nm kuasa tork pada 5,500 rpm.
Aventador S Roadster Korean Special Series mampu mencapai kelajuan tertinggi sebanyak 350 km/j dan memiliki nisbah kuasa/berat 2.2kg/hp.
Dengan kuasa yang dimiliki, ia boleh memecut daripada 0 ke 100 km/j dalam masa hanya 3 saat dan akan berhenti pada jarak 31 meter sekiranya dibrek pada kelajuan 100 km/j.
Wakil pengarah Lamborghini Seoul, Frank Steinleitner berkata, "Bersama-sama dengan Automobili Lamborghini Centro Stile, kami telah membangunkan Aventador S Roadster Korean Special Series yang dihasilkan secara eksklusif untuk negara Korea. Keseluruhan proses pembangunan daripada fasa konsep hinggalah pengeluaran adalah satu pengalaman yang berharga, kami berharap untuk memperkenalkan lebih banyak keluaran edisi khas kepada pelanggan kami di Korea."
Gallery
Ditulis pada
Sofea Najmi
Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VPG8079
SELANGOR
BSF6011
JOHOR
JYA7582
PULAU PINANG
PRR6145
PERAK
ANW8143
PAHANG
CFC2187
KEDAH
KGB147
NEGERI SEMBILAN
NEG2793
KOTA KINABALU
SJL3651
KUCHING
QAB5328L
Terakhir Kemas Kini 22 Jun, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.05
RON 97
RM 3.14
+0.07
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.81
+0.07
EURO 5 B7
RM 3.01
+0.07
Terakhir Kemas Kini 19 Jun, 2025
Berita Terkini
S60, S90 Habis Dijual, ES90 Pula Bakal Menyusul Tetapi EM90 Tak Masuk Malaysia, Harap Maklum!
VCM mengesahkan bahawa model sedan S60 dan S90 sudah habis dijual setakat ini manakala selepas ini ES90 bakal menyusul di pasaran tempatan tidak lama lagi.
21-06-2025
Tegur Fasal Motor Banyak Kali, Warga Emas Maut Dipukul Dengan Cota Besi
Seorang remaja memukul warga emas sehingga maut dipercayai angkara dendam dengan mangsa yang menegurnya banyak kali menunggang motosikal secara berbahaya.
20-06-2025
Jaecoo J7 PHEV – Lebih 800 Pendaftaran Dicatatkan Dalam Empat Bulan
Jaecoo J7 PHEV kini menjadi peneraju teknologi dalam segmen SUV segmen C setelah mencatatkan lebih 800 pendaftaran sejak awal dilancarkan.
20-06-2025
Kereta Buatan China Semakin Berlambak Di Malaysia, Atasi Jenama Jepun
Kereta China semakin berlambak di Malaysia sekali gus menggugat penguasaan tradisi jenama-jenama Jepun yang sebelum ini mendahului segmen itu.
20-06-2025
Servis JPJ 'Mati Sementara' Mula Malam Ini, 20 Hingga 22 Jun
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia memaklumkan akan berlaku gangguan perkhidmatan berjadual di seluruh negara.
20-06-2025
Baru 4 Jam Hujan, Shah Alam Dah Banjir
Kejadian banjir di Shah Alam juga menyebabkan kenderaan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas yang teruk sejak 6.30 pagi tadi.
20-06-2025
Ketegangan Israel-Iran: PM Jamin Harga RON95 Tak Naik
Kerajaan tidak akan menaikkan harga minyak kerana mengambil kira kesannya kepada rakyat.
20-06-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat