ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Myvi Remuk Teruk, Mujur Pemandu Selamat

Suhana Veru

Kongsi melalui

“Pantang maut sebelum ajal”.

Demikian nasib seorang pemandu Myvi yang terselamat selepas berjaya keluar dari kenderaannya yang remuk teruk gara-gara dirempuh sebuah lori dari arah belakang dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat Jalan Ipoh, Sentul semalam.


Kemalangan itu menyebabkan Myvi berwarna kuning itu hancur dan kemek teruk menyebabkan ia terperosok di bawah lori itu.

Namun pantang maut sebelum ajal apabila pemandu Myvi  berusia 45 tahun yang tersepit di dalam kenderaannya  bagaimanapun, berjaya keluar dari cermin hadapan Myvi itu selepas orang awam menolak lori berkenaan.


Klip video yang viral di internet itu menunjukkan sebaik pemandu lelaki yang berbaju kelabu itu keluar dari kereta yang remuk teruk berkenaan, orang awam dilihat bertepuk tangan.


Beberapa gambar yang tersebar di media sosial juga turut menunjukkan bahagian belakang Myvi itu dilihat hancur teruk manakala pemandu Myvi itu cuma mengalami kecederaan ringan.

Dalam kemalangan itu, lori tanah berwarna kuning yang dipandu laju itu turut merempuh sebuah Myvi lain, Proton X70, Honda HR-V dan Peugeot 380 FL ketika semua kenderaan ini berhenti di lampu isyarat merah.


Difahamkan, tiada individu dilaporkan maut dalam kejadian kemalangan itu.


Bagaimanapun, hasil siasatan polis mendapati pemandu lori  berusia 25 tahun itu rupa-rupanya  positif dadah.

“Hasil dari ujian awal alkohol mendapati pemandu lori tidak berada dalam pengaruh alkohol tetapi didapati positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine,” kata Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh.

Kes disiasat mengikut Seksyen 44 (1A) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRN9309

SELANGOR

BST4692

JOHOR

JD6431J

PULAU PINANG

PSF3439

PERAK

APL2659

PAHANG

CFH6327

KEDAH

KGH8760

NEGERI SEMBILAN

NEL7039

KOTA KINABALU

SJT9124

KUCHING

QAB5213P

Terakhir Kemas Kini 05 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

EV

19-06-2026
Berita Auto

Tamatlah Era Myvi Lama? Perodua Myvi D01D Bakal Ubah Segalanya?

Perodua Myvi D01D: Segala Butiran Yang Kita Ketahui Setakat Ini.

17-04-2026
Tips

06-03-2026
Berita Auto

06-02-2026
EV

22-05-2024
Global

10-05-2024
Berita Auto

20-12-2023
Berita Auto

28-10-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Cukai Jalan Tamat Sejak 1997, Motolori Disita JPJ Kedah

JPJ Sita Motolori Cukai Jalan Tamat 29 Tahun.

04-09-2026
Berita Auto

2 Penunggang Basikal Terkorban Dirempuh Kereta

Dua Sahabat Maut Dirempuh Ketika Latihan Berbasikal.

04-09-2026
Berita Auto

Promosi Servis Proton 2026: Diskaun Alat Ganti & Semakan Percuma

Kempen Stay Safe & Save Proton: Penjimatan Diskaun Bateri & Brek.

04-09-2026
Berita Auto

Misteri Buih Tebal di Lebuhraya KESAS Terjawab

Lebuhraya KESAS Dipenuhi Buih Tebal, Polis Sahkan Punca Tumpahan Sabun.

04-09-2026
Berita Auto

ATM Terima 263 Kenderaan Tedung & Kala

Tedung & Kala: 263 Aset Baharu ATM RM164.9 Juta.

04-09-2026
Berita Auto

GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual

10,000 Tiket MADANI Berharga RM200 Habis Dijual.

03-09-2026
Berita Auto

Tular Budak Keluar Sunroof Alphard

Kanak-Kanak Keluar Sunroof: Polis Ipoh Kesan Pemilik Alphard.

03-09-2026
Berita Auto

Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam

Kereta Terjunam Parkir Ampang: Pemandu Tersilap Tekan Pedal

03-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.