Shinya Ikeda Kini CEO Baharu MMM
Pengedar rasmi bagi kenderaan Mitsubishi di Malaysia, Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) mengumumkan pihaknya melantik Shinya Ikeda sebagai Ketua Pegawai Eksekutif baharunya.
Beliau menggantikan tempat Tomoyuki Shinnishi yang memegang jawatan itu sejak Oktober 2016.
Ikeda dilaporkan telah memulakan tugas baharunya di Malaysia pada 11 Oktober lalu.

Menyentuh mengenai perjalanan kerjaya Ikeda, beliau memulakan kariernya di Jepun pada tahun 1995.
Beliau kemudian menyertai Mitsubishi Corporation sekitar tahun 2008 dengan tugasan pertamanya mengendalikan pelaburan perniagaan automatif di Malaysia.
Bermula dari Mac 2009 hingga Mei 2012, Ikeda dinaikkan pangkat sebagai Ketua Pegawai Kewangan dan Pengarah Urusan MMM bagi menngetuai pembangunan perniagaan baharu.
Sejak Ikeda memegang pelbagai jawatan kepimpinan dan memiliki pengalaman dalam bidang automotif dan kewangan di Mitsubishi Corporation termasuk di semua pasaran seperti Jepun, Indonesia Rusia dan Jepun.
“Saya teruja untuk menyertai pasukan Mitsubishi Motors Malaysia, Syarikat ini dilihat berkembang dengan pesat dan kini menjadi salah satu jenama automotif terkemuka di negara ini.
“Saya berharap dapat bekerjasama dengan pasukan MMM untuk menyumbangkan pengetahuan dan pengalaman yang saya ada. Saya juga gembira dapat kembali ke Malaysia memandangkan negara ini mempunyai pelbagai makanan dan budaya serta orang-orang yang berbakat dan berpotensi tinggi,” katanya.

Sepanjang kepimpinan di bawah Shinnishi, MMM telah memperkenalkan beberapa model termasuk Triton baharu dan crossover tujuh-tempat duduk Xpander.
Ketika itu, Xpander telah menjadi MPV bukan nasional Nombor 1 di sini, manakala MMM pula menduduki tangga ketiga bagi jenama bukan-nasional di Malaysia.
.
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRQ4558
SELANGOR
BST7656
JOHOR
JE4089J
PULAU PINANG
PSF6149
PERAK
APL5332
PAHANG
CFH7568
KEDAH
KGJ1493
NEGERI SEMBILAN
NEL8915
KOTA KINABALU
SJU1583
KUCHING
QAB5778P
Terakhir Kemas Kini 19 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Mitsubishi Tayang K-EV dan Vision Ralliart Concept
Mitsubishi Motors Corporation menayangkan tujuh model keretanya termasuk dua kereta konsep pada pameran Tokyo Auto Salon 2022 baru-baru ini.
11-03-2022
Xpander Dinobatkan Sebagai Crossover 7 Tempat Duduk Terlaris Malaysia
Mitsubishi XPANDER berjaya mencapai tahun prestasi jualan terbaik.
10-01-2022
Xpander : Pamer Ciri Terbaharu
MMC melancarkan Xpander terbaharunya pada Pameran Auto Antarabangsa Gaikindo Indonesia ke-28.
17-12-2021
Pusat 3S Itu Terletak Di Kota Damansara
Pusat terbaharu itu akan dikendalikan olehMillenium Autohaus Sdn Bhd.
09-11-2021
Berita Terkini
Isu Najib: Anthony Loke Letak Jawatan
Perletakan jawatan itu hanya membabitkan beliau dan tidak melibatkan ahli DAP lain.
19-09-2026
ECRL Gombak ke Kuantan Hanya 1 Jam 30 Minit
Gombak ke Kuantan 90 Minit Naik ECRL: Ujian Rasmi Berjaya.
18-09-2026
17 Model Baharu Mercedes Bakal Masuk Malaysia Tahun Depan – Ini Apa yang Kita Tahu
Mercedes-Benz Malaysia merancang 17 model baharu untuk tahun 2027, dimana sebahagian besarnya adalah pemasangan tempatan di Pekan.
18-09-2026
Pemenang Xforce Buy 1 Free 1 Bawa Pulang SUV Baharu
Rezeki Terpijak: Pemenang Utama Menang Xforce.
18-09-2026
Perodua Ativa X Kini Semurah RM53k - Adakah Anda Masih Mahu Beli Myvi?
Perodua Ativa X vs Myvi H: Selisih RM1,900, Mana Satu Pilihan Lebih Berbaloi?
18-09-2026
Berapa Harga Hyundai Tucson?
SUV Hyundai Tucson Kini Lebih Murah Di Malaysia, Harga Bermula RM159k
18-09-2026
Remaja 14 Rempuh 2 Kereta, Mujur Tiada Yang Mati
Remaja 14 tahun dirakam memandu secara melulu.
17-09-2026
PDRM Guna Proton e.MAS Untuk Tugas Operasi Harian
PDRM Terima 3 Unit Proton e.MAS Untuk Penilaian Operasi Rasmi.
17-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat