Bermaz Auto Alliance Lancarkan PEUGEOT 3008 & PEUGEOT 5008 Versi 2021 Di Malaysia
Bermaz Auto Alliance Sdn. Bhd. pengedar tunggal jenama Peugeot di Malaysia telah melancarkan model terbaharu, Peugeot 3008 dan Peugeot 5008 tahun 2021. Kedua-dua model ini dipasang dalam negara (CKD) di kilang Stellantis yang berlokasi di Gurun, Kedah.


Hanya satu varian ditawarkan bagi kedua-dua model iaitu varian Allure. Peugeot 3008 1.6L Allure 2021 ditawarkan pada harga RM161,616.66, manakala Peugeot 5008 1.6L Allure pula pada harga RM 177,311.90, termasuk pengecualian cukai SST.
Warna yang ditawarkan untuk kedua-dua model ialah Amazonite Grey, Pearl White dan Nera Black. Dalam masa yang sama, Peugeot 3008 turut ditawarkan dalam warna Cuprite Brown dan Peugeot 5008 pula warna Emerald Crystal.
Pembelian Peugeot 3008 dan Peugeot 5008 didatangkan dengan jaminan selama lima tahun atau 100,000 km, yang mana datang dahulu. Selain itu, turut terdapat servis penyelenggaraan percuma selama tiga tahun atau 60,000 km, yang mana datang dahulu.
Kedua-dua model dikuasakan oleh enjin Twin Scroll Turbo High Pressure (THP) 1.6L yang boleh memberikan kuasa 165 hp dan juga tork 240 Nm. Enjin berpengecas turbo ini dipadankan dengan transmisi automatik enam kelajuan yang mana kuasanya disalurkan kepada roda depan.
Sudut hadapan Peugeot 3008 dan Peugeot 5008 telah melalui evolusi rekaan kerana ia tampil lebih unik daripada biasa. Ini dapat dilihat daripada penggunaan gril tanpa bingkai dan juga rekaan bampar yang baharu.


Lampu depannya juga telah diberikan rekaan terkini, bentuk lampu tampil lebih agresif dan dilengkapi dengan teknologi LED beserta lampu membelok. Sementara itu, lampu belakang 3D model ini pula telah dinaiktaraf dengan teknologi LED sepenuhnya. Ciri menarik lain di bahagian luar kereta ialah pengguna rim Los Angeles 18 inci pada model 3008, rim aloi Detroit 18 inci pada model 5008, but dengan bukaan automatik, bumbung suria panoramik, sistem kemasukan tanpa kunci dan sensor parkir.
Bergerak ke bahagian dalam, perbezaan ketara bagi kedua-dua model ini ialah dari segi kapasiti tempat duduknya. Peugeot 3008 memiliki lima tempat duduk, manakala Peugeot 5008 pula terdapat tujuh tempat duduk.


Kedua-dua model ini dilengkapi teknologi digital Peugeot iaitu i-Cockpit, stereng yang berbentuk unik dengan pelbagai butang kawalan serta paparan berwarna skrin sentuh HD bersaiz 10 inci.
Ciri menarik lain yang terdapat dalam kabin kereta ini ialah suis kawalan yang berbentuk seperti piano. Selain itu, turut terdapat pada dua model ini ialah kemudahan pengecasan tanpa wayar di konsol tengah.
Mengenai aspek keselamatannya pula, Peugeot 3008 dan 5008 didatangkan dengan pelbagai ciri penting yang canggih. Antara sistem yang terdapat pada dua model ini ialah Visiopark 1, bantuan kekal lorong, amaran perhatian pemandu, pengesanan had kelajuan, pemantauan titik buta, kawalan cengkaman canggih dan bantuan kawalan turun bukit (HADC).
Gallery
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU8709
SELANGOR
BSU5416
JOHOR
JG2045J
PULAU PINANG
PSG6453
PERAK
APM4216
PAHANG
CFJ1895
KEDAH
KGJ5443
NEGERI SEMBILAN
NEM3599
KOTA KINABALU
SJU6455
KUCHING
QAB7995P
Terakhir Kemas Kini 22 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
SMART 2 Atasi Banjir Selangor: Apa Kesannya Kepada Rakyat?
Banjir Selangor: Adakah Pembinaan SMART 2 Jawapan Terbaik?
21-10-2026
Penjawat Awam Dilarang Guna Waze Serta-Merta
Penjawat Awam Henti Guna Waze, Beralih Ke TuJu.
21-10-2026
Perodua-Toyota-Daihatsu Bersatu Tenaga, Mampu Tumbangkan Syarikat EV China?
EV China Bakal Gugat? Jika Perodua dan Pakatan Jepun Bersatu Tenaga.
21-10-2026
GWM Eksport 1,100 WEY G9 Ke Thailand, Indonesia
GWM Malaysia Lepasi 10,000 Unit CKD, Eksport WEY G9.
21-10-2026
Mitsubishi Xforce Bawa Awan Jelajah 1 Malaysia
Mitsubishi Xforce Bawa Awan Jelajah Satu Malaysia.
21-10-2026
Bas Khas GP Moto 2026: Rapid KL Sedia 85 Bas Ke Sepang
Tiket Bas Khas Rapid KL Mula Dijual 22 Okt.
20-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge