ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Stellantis Umum Pihaknya Telah Ambil Alih Syarikat Naza Automotive Manufacturing Sdn.Bhd

Suhana Veru

Kongsi melalui

Pengeluar kereta Stellantis mengumumkan pihaknya telah mengambil alih sepenuhnya syarikat NAZA Automotive Manufacturing Sdn. Bhd termasuk kilang pengeluarannya yang terletak di Gurun, Kedah baru-baru ini.

Pengambilalihan ini menandakan pencapaian terbesar bagi Stellantis di Asia Tenggara.


Malah, syarikat itu dilaporkan berhasrat untuk melabur dan mahu melebarkan sayapnya   secara besar-besaran.

Naib Presiden Kanan, Pengedar Am & ASEAN di Stellantis, Christophe Musy berkata, Stellantis komited untuk meningkatkan kehadirannya di ASEAN.

“Ia merupakan satu langkah penting untuk syarikat berkenaan bagi mengukuhkan operasinya termasuk pengeluaran output dan tenaga kerjanya di rantau ini.

“Kami mempunyai  strategi pertumbuhan yang akan membolehkan kami membina daripada output sedia ada kami di Gurun, selain meluaskan jenama dan model di dalam portfolio Stellantis yang dibina di ASEAN untuk ASEAN. Sudah pastinya, ia merupakan perancangan yang cukup menarik,” katanya.

Terdahulu, Stellantis melancarkan Peugeot 3008 and 5008 yang julung kalinya dihasilkan di kilangnya yang terletak di Gurun itu.

Sementara itu, model Peugeot 2008 yang sudah lama dinantikan dilaporkan akan mula dipasang bulan ini di Gurun.



Menurut Musy, pihaknya mahu memfokuskan misi untuk menjadi pengeluar berkelas dunia di Gurun selain berhasrat untuk menghasilkan kenderaan berkualiti tinggi untuk Asia Tenggara.

Kilang yang terletak  di Gurun itu dilaporkan telah mencapai kadar pengeluaran pra-pandemik sejak operasinya dibuka semula.

“Walaupun pandemik, kami melihat peningkatan permintaan pelanggan ke atas Peugeot di rantau ini. Kami kini sedang bekerjasama dengan rakan niaga kami untuk meningkatkan kapasiti kilang hampir 40 peratus  bagi memenuhi permintaan,” tambahnya.

Sebelum ini, ia beroperasi menerusi hasil kerjasama dengan Naza Corporation namun  Stellantis telah mendapat pemilikan sepenuhnya ke atas kilang  tersebut pada 28 Oktober lalu. 

Oleh itu, lebih 170 orang kakitangan telah kembali bekerja dan Stellantis kini bekerjasama dengan lebih 50 pembekal tempatan memandangkan produksi kian meningkat pada suku keempat 2021. 


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRQ4047

SELANGOR

BST7502

JOHOR

JE3792J

PULAU PINANG

PSF5978

PERAK

APL5143

PAHANG

CFH7537

KEDAH

KGJ1407

NEGERI SEMBILAN

NEL8740

KOTA KINABALU

SJU1542

KUCHING

QAB5753P

Terakhir Kemas Kini 18 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Terkini

Berita Auto

17 Model Baharu Mercedes Bakal Masuk Malaysia Tahun Depan – Ini Apa yang Kita Tahu

Mercedes-Benz Malaysia merancang 17 model baharu untuk tahun 2027, dimana sebahagian besarnya adalah pemasangan tempatan di Pekan.

18-09-2026
Berita Auto

Pemenang Xforce Buy 1 Free 1 Bawa Pulang SUV Baharu

Rezeki Terpijak: Pemenang Utama Menang Xforce.

18-09-2026
Berita Auto

Perodua Ativa X Kini Semurah RM53k - Adakah Anda Masih Mahu Beli Myvi?

Perodua Ativa X vs Myvi H: Selisih RM1,900, Mana Satu Pilihan Lebih Berbaloi?

18-09-2026
Berita Auto

Berapa Harga Hyundai Tucson?

SUV Hyundai Tucson Kini Lebih Murah Di Malaysia, Harga Bermula RM159k

18-09-2026
Berita Auto

Remaja 14 Rempuh 2 Kereta, Mujur Tiada Yang Mati

Remaja 14 tahun dirakam memandu secara melulu.

17-09-2026
Berita Auto

PDRM Guna Proton e.MAS Untuk Tugas Operasi Harian

PDRM Terima 3 Unit Proton e.MAS Untuk Penilaian Operasi Rasmi.

17-09-2026
Berita Auto

Surat Kelulusan Projek Pelebaran Lebuhraya PLUS Adalah Palsu

Surat Palsu Projek Pelebaran Lebuh Raya Plus: PMO Buat Laporan Polis.

17-09-2026
Berita Auto

BUDI Diesel Boleh Dipindah Kepada Berapa Orang?

Berita baik, Budi Diesel Kini Boleh Dipindah Kepada 3 Individu.

17-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.