ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Kerangka Kerusi Bucket Telah Diuji Sekumpulan Pemandu Porsche

Suhana Veru

Kongsi melalui

Porsche Tequipment kini menawarkan kerangka kerusi bucket cetakan 3D selepas diuji sekumpulan pemandu Porsche baru-baru- baru ini.

Selepas beberapa pengubahsuaian terakhir dibuat, kerusi bucket itu dikatakan sesuai untuk Porsche Cayman, Boxster dan 911.

Malah selepas Februari depan, ia boleh ditempah dari Porsche Exclusive Manufaktur.

Penampilan uniknya adalah di tengah-tengah bahagian kerusi  yang merupakan inovasi utamanya dimana kusyen dan permukaan sandaran belakang dihasilkan dengan menggunakan cetakan 3D.

Didapati dalam tiga gred, kerusi bucket cetakan 3D itu dihasilkan mengikut citarasa pengguna itu sendiri.

Apa yang menariknya, kerusi bucket baharu ini lebih ringan lapan peratus berbanding kerusi konvensional.

Pemandu uji kereta Porsche, Lars Kern berkata, tempat duduk secara individu sebenarnya telah lama wujud dalam sukan permotoran professional.

Kini, Porsche turut menawarkan kerusi bucket yang sah digunakan di atas jalan raya namun hadir dengan gred yang berbeza. 

“Saya sungguh kagum dengan kerusi bucket ergonomic ini, kedudukannnya agak rendah dan sokongan pada paha dilihat telah dinaik taraf. Pendek kata, ia  sama seperti mana anda melihat kerusi pada kereta lumba,” katanya. 

Mengulas lanjut mengenai kerusi itu, kerusi bucket penuh ini dikatakan sama seperti kerusi bucket Porsche yang lain.

Ini bermakna, sokongan standard yang diperbuat daripada polipropilena ini digandingkan dengan campuran material poliuretana dengan menggunakan proses tambahan. Pendek kata, ia menggunakan  pencetak 3D.

Luaran kulit kerusi ini diperbuat daripada Race-Tex. Material yang tidak licin ini sekurang-kurangnya menawarkan sokongan di dalam kerusi dan permukaan berlubang pula membolehkan pengudaraan pasif yang lebih baik.

Sementara itu, panel tingkap yang terbuka menawarkan warna struktur kekisi cetakan 3D dan menawarkan rekaan kerusi bucket yang agak jelas.

Buat masa ini, para pelanggan dikatakan boleh memilih rekaan berwarna antara Black, Guards Red dan Racing Yellow namun bermula Februari depan, ia akan menawarkan beberapa warna lain seperti Arctic Grey, Ultramarine dan Shark Blue.

Untuk makluman anda, kerusi bucket cetakan 3D boleh didapati untuk semua model Porsche seperti mana ditawarkan pada kerusi bucket konvensional.


Pun begitu, ia juga boleh dipasang pada kenderaan yang telah dihantar dan ia juga boleh dipasang pada bahagian tempat kerusi penumpang.

Kerja-kerja pemasangan kerusi bucket ini cuma mengambil masa hanya beberapa minit di Pusat Porsche.

Harga pemasangan setiap kerusi adalah sekitar 2,677.50 euro (RM12,759.17).

Porsche Mission R dikatakan baru sahaja  meraikan tayangan perdana pada pameran motor IAA Mobility, dengan turut menayangkan tempat kerus bucket cetakan-3D.

Bagaimanapun, konsep kereta lumba GT elektrik sepenuhnya ini merangkumi visi Porsche tentang bagaimana sukan permotoran pelanggan boleh melihat pada masa hadapan.

Malah, Porsche turut menyediakan satu lagi penyesuaian untuk tempat duduk baldi penuh bentuk badan bercetak 3D jangka sederhana yang disesuaikan dengan kontur badan individu setiap pelanggan.

Porsche turut menawarkan penyesuaian tempat duduk bucket cetakan 3D berdasarkan kontur badan setiap pelanggan.

Fuhh, lain macam rekaan Porche kali ini! 


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRC3084

SELANGOR

BSQ7494

JOHOR

JYY4834

PULAU PINANG

PSC9624

PERAK

APJ1708

PAHANG

CFG7569

KEDAH

KGG4793

NEGERI SEMBILAN

NEK6349

KOTA KINABALU

SJS3846

KUCHING

QAB9764N

Terakhir Kemas Kini 17 Jun, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Global

20-11-2025
Global

10-07-2025
Global

03-07-2025
EV

06-09-2024
EV

26-07-2024
Berita Auto

24-07-2024
Kereta Baru

17-07-2024
Kereta Baru

21-06-2024

Berita Terkini

Berita Auto

SAH: LRT3 Laluan Shah Alam Bakal Beroperasi

Penantian Berakhir: LRT3 Laluan Shah Alam Mula Operasi Akhir Bulan Ini.

17-06-2026
Berita Auto

Lori Jadi Benteng Selamatkan Kereta Lain Daripada Dirempuh Bas Ekspres

Tindakan Berani Pemandu Lori ‘Korban’ Kenderaan Sendiri Demi Sekat Bas Ekspres Hilang Kawalan Dipuji.

16-06-2026
Berita Auto
Berita Auto

Bukan Sekadar Lesen Percuma, Ini Misi Menyelamatkan Nyawa Anak Muda di Jalan Raya

Anak Muda Yong Peng Tersenyum Lebar! Terima Manfaat Lesen Percuma MyLesen B2.

16-06-2026
Berita Auto

Kadar Tambang ECRL Tular Cuma Spekulasi, Harga Rasmi Belum Diumum – MRL

Jangan Percaya 'Kadar Tambang ECRL' Tular, MRL Sahkan Belum Ada Keputusan Rasmi.

16-06-2026
Berita Auto

Sejarah Berulang: BYD ATTO 3 2026 Raih Lebih 1,000 Tempahan Dalam 10 Hari

Fenomena BYD ATTO 3 (2026): 10 Hari, 1,000 Tempahan.

15-06-2026
Berita Auto

Nahas KLK: 4 Maut Angkara Pemandu Treler "Lalok"

Tragedi Berdarah Lebuhraya Karak: Pemandu Treler Ditahan, Positif Dadah

15-06-2026
Berita Auto

Analisis: Trend 'Lampu Albino': Kosmetik Kereta Hipster atau Tempah Sumpah Seranah di Jalan Raya?

'Lampu Albino': Kenapa Pemilik Kereta Rasa Stylo, Tapi Pemandu Lain Rasa Nak Marah?

12-06-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.