Porsche 962 C: Dikembalikan Kepada Bentuk Asalnya

Dilancarkan di Pusat Pembangunan Weissach, Jerman selepas penantian hampir 35 tahun, Hans-Joachim Stuck akhirnya telah disatukan semula dengan kereta ikoniknya, Porsche 962 C.
Kereta lumba dari Muzium Porsche dan Warisan itu dikatakan telah dibaik pulih hampir satu tahun setengah.

“Dengan mengatur pertemuan semula ini selepas lebih tiga dekad, kami bukan sahaja mengejutkan Hans-Joachim Stuck, tetapi kami juga telah mengambil masa yang agak lama.
“Hakikatnya, sejarah kisah sukan permotoran yang mengelilingi 962 C adalah sangat unik,” kata Pengarah Muzium Porsche dan Warisan, Achim Stejskal.

Stuck juga dikatakan berpeluang menemui jurutera kereta lumba berkenaan, Norbert Singer dan pereka kereta, Rob Powell yang bertanggungjawab ke atas jentera berwarna merah, hitam dan kuning itu.
Pada masa itu, penampilan kenderaan berkenaan berubah sebelum perlumbaan kedua, Norisring sejauh 321 kilometer, apabila Shell muncul sebagai penaja.

Porsche juga dikatakan bersaing dengan jentera warna kuning dan merah pada tahun berikutnya, di mana Stuck bekerja keras untuk berjaya mempertahankan gelaran piala Supercup miliknya.
Norbert Singer merupakan individu pertama yang memperkenalkan 956 Group C dimana casisnya diperbuat daripada aluminium monocoque termasuk Porsche 962.
Selain itu, ketika penampilan sulung prototaip kereta sport Group C, Stuck menguji transmisi klac berkembar Porsche (PDK) yang serba baharu dimana hari ia terdapat pada setiap Porsche.

“Saya merupakan peminat tegar Porsche PDK dan bangga apabila saya dibenarkan menguji Porche 962 ketika itu. Apabila tangan saya dapat menyentuh sterengnya, saya dapat rasai kehebatannya ketika menukar gear pada pendikit penuh,” kata Hans-Joachim Stuck.
Untuk rekod, 962 C ini memulakan ‘kehidupan keduanya’ sebagai kereta ujian di jabatan aerodinamik di Weissach, Jerman. Ia kemudian berfungsi sebagai kenderaan rujukan untuk koleksi korporat pengeluar kereta sport itu.
Bagaimanapun, beberapa komponen kereta itu perlu dibaik pula dimana Armin Burger dan Tarugott Brecht dari bahagian Sukan Permotoran Bersejarah Porsche bertanggungjawab dalam kerja-kerja pembinaan semula kereta lumba berkenaan.

“Kami meletakkan kenderaan ini di Gudang berkenaan. Selepas setahun setengah, kami membuat keputusan untuk mengeluarkannya dan menghantar ke Weissach. Kerjasama dengan jabatan lain dari Porsche adalah sesuatu yang sungguh hebat. Kami menemui kesemua benda yang diperlukan hanya dalam 30 meter,” kata Burger dan Brecht.
Pasukan pakar itu dikatakan telah membina semula kerangka jentera berkenaan, menukar susunan radiator dan melakukan banyak pengubahsuaian kerangka badan.

Apa yang menarik, ia tidak seperti model biasa yang lain kerana jarak roda 962 C lebih panjang iaitu sekitar 120 mm dan pedalnya dipasang ke gandar hadapan.
Jentera itu kemudian dipamerkan di bengkel wartawan yang diadakan di Pusat Pembangunan Weissach.
Stuck, yang terlibat dalam proses pembangunan kereta berkenaan turut menunggu giliran untuk melakukan pusingan pertama di trek ujian itu.

Beliau juga terkejut besar apabila menemui semula sut lumba merahnya bersama topi keledar berhias bintang putihnya yang pernah digunakan pada tahun 80-an
Ketika Stuck memulakan pusingan sejauh dua setengah kilometer, kehadirannya nyata memukau penonton yang hadir menyaksika kereta lumba Group C itu.
Porsche 962 C melakukan penampilan sulungnya pada Porsche Museum’s digital Sound Night selepas beberapa minggu ia dibuka.

Ia akan membuat lebih banyak penampilan dengan mengadakan acara pemanduan dan pembentangan yang dirancang untuk ulang tahun '40 tahun Kumpulan C' yang akan datang.


"962 C adalah salah satu daripada kereta yang dibenarkan dipandu sendiri tanpa rakan sepasukan dan dengan persediaan yang saya mahukan.
“Apa yang pasti, anda tidak akan pernah melupakan kereta seperti itu, dan pada tahun 2022, kami akan meraikan ulang tahunnnya yang ke-40 dengan pernuh bergaya!” kata Stuck.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU4081
SELANGOR
BSU4704
JOHOR
JF9167J
PULAU PINANG
PSG5134
PERAK
APM3341
PAHANG
CFJ1512
KEDAH
KGJ5019
NEGERI SEMBILAN
NEM3179
KOTA KINABALU
SJU5954
KUCHING
QAB7661P
Terakhir Kemas Kini 19 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Berapa Harga Tempahan Tesla Roadster?
Tempahan Tesla Roadster Malaysia Dibuka: Bayaran Awal RM198,000 Hingga RM988,000.
16-10-2026
F1 Jana RM950 Juta, Malaysia Pertimbang Kembali Anjur
Ada Patutnya F1 Patut Dianjur Semula, Ini Sebabnya.
16-10-2026
Rupa Lebih Garang! Ini Spesifikasi Lengkap PROTON X50 Sport Edition
PROTON X50 Sport Edition Dilancar: Harga, Spesifikasi & Ciri Eksklusif.
16-10-2026
Pencapaian Toyota 2026: 60,800 Unit Terjual Setakat Ini
Jualan Toyota Melepasi 60,000 Unit, Stesen EV Ditambah.
16-10-2026
Omoda 5 Diseru Balik: 600 Unit Pada 2024, 8,878 (2026). Apa Yang Berubah?
Chery pernah memanggil balik Omoda 5 pada tahun 2024.
15-10-2026
Dari Tanjung Malim, BYD Pilih Kulim, Kerjasama Dengan Inokom
Akhirnya lokasi untuk BYD memasang kereta terungkai.
15-10-2026
Saga Cross atau X30? Proton AMA02 Semakin Hampir Dilancarkan!
Proton AMA02: Pencabar Buat Perodua Ativa Dalam Segmen SUV Kompak.
15-10-2026
F1 Kembali Ke Malaysia? Keputusan Dimuktamad November Ini
F1 Di Litar Sepang: Keputusan Jemaah Menteri November Ini.
15-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge