PEC Itu Adalah Yang Ke-10 Dalam Dunia dan Ketiga di Amerika Utara
![]()
Pusat Pengalaman Porsche (PEC) yang terletak di Toronto, Kanada merupakan pusat Porsche yang ke-10 dalam dunia dan ketiga di Amerika Utara selepas Atlanta dan Los Angeles.
Bagaimanapun, bangunan itu dikatakan akan dibuka pada tahun 2024. PEC ini terletak di atas tapak berkeluasan 80 hektar. Ia dibina di kawasan pembangunan Durham Live di Pickering, Ontario, Kanada.
PEC yang berkeluasan 400,000 kaki persegi merangkumi kawasan peruncitan, kasino, dewan konsert dan sebuah hotel mewah yang mengandungi lebih 300 bilik.

“Porsche bukan sekadar kereta. Porsche kini menjanjikan satu jenama yang unik selain menawarkan pelbagai produk.
“Hari ini, saya berbesar hati untuk mengumumkan bahawa PEC yang ke-10 ini terletak di Toronto yang merupakan sebuah bandar berkembang pesat selain memiliki sejumlah peminat kereta Porsche,” kata Ahli Lembaga Eksekutif Jualan dan Pemasaran Porsche AG, Detlev von Platen.
Untuk gambaran, konsep versi bandar pertama , PEC di Toronto ini akan menjadi satu taman yang berjenama selain bakal menjadi tumpuan utama pelancong.
Di situ, pegunjung berpeluang merasai pemanduan dinamik kereta sport dengan bimbingan pakar kereta.
Pelancong antarabangsa dan tempatan dikatakan berpeluang menikmati pemanduan sejauh 2 kilometer di litar lumba di kawasan berkenaan.
Ia bertujuan untuk mempamerkan kehebatan kereta sport dua dan empat pintu itu. Selain itu, para pengunjung boleh menyaksikan pameran kenderaan bersejarah.
Seiring dengan komitmen global Porsche untuk menghapuskan gas karbon di seluruh rantaian kenderaannya, maka PEC itu juga akan dilengkapi dengan kemudahan stesen pengecas kenderaan elektrik.

Malah, sebuah firma reka bentuk, seni bina, kejuruteraan dan perancangan global, HOK kini sedang mereka bentuk bangunan itu dengan menggabungkan teknologi inovatif yang tertumpu pada kemampanan.
Pendek kata, PEC ini merukan sebuah pusat yang menampilkan konsep yang unik dalam industri automotif selain memberi peluang kepada pelanggan dan para peminatnya untuk merasai sendiri kereta sports dan produknya.
Ini bermakna, ia menawarkan pelanggan dan peminat nya untuk melibatkan diri dalam dunia jenama Porsche tanpa mengira sama ada mereka mahu memiliki Porsche atau tidak.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRS8146
SELANGOR
BSU2397
JOHOR
JF2936J
PULAU PINANG
PSG1534
PERAK
APL9280
PAHANG
CFH9306
KEDAH
KGJ3525
NEGERI SEMBILAN
NEM1875
KOTA KINABALU
SJU4326
KUCHING
QAB7122P
Terakhir Kemas Kini 02 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Beli Tayar Continental Di In-Store Marketplace
Continental Tyres Malaysia mengubah landskap pembelian dan penjualan tayar menerusi Konsep Ekosistem InStore Marketplace.
02-10-2026
Kemuncak F1 Sepang: George Russell Pun 'Pening' Sangkut "Jem"
Pemandu F1 George Russell Pun Sangkut Jem Ke SIC Sepang.
02-10-2026
Nasi Lemak RM35 Di Sepang: Harga Makanan F1 Cetus Bualan Hangat
F1 Sepang: Isu Harga Makanan RM35 Jadi Tumpuan Pengunjung.
02-10-2026
Sewa Kereta Kepada Warga Asing: Denda RM10,000
JPJ akan menggempur habis-habisan pemandu warga asing yang semakin bebas memandu secara haram.
02-10-2026
F1 GP Bahrain: Laluan Arah KLIA Dijangka Sesak Bermula 2-4 Okt
Penerbangan Dari KLIA 2-4 Okt? Rancang Masa Awal Elak Terlepas
01-10-2026
Touch n Go Tambah 10 Lorong Enhanced RFID Baharu
Senarai Lebuh Raya Dengan Lorong Enhanced RFID Baharu.
30-09-2026
Model Baharu Mercedes-AMG GT 63 Terjah Pasaran Malaysia
Mercedes-AMG GT 63 Rasmi Tiba Di Malaysia.
30-09-2026
Raptai Pertunjukan Gulf Air Sempena F1 GP Bahrain Bermula Esok
Ada Sebabnya Kenapa Gulf-Air Terbang Rendah Esok.
29-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge