Perkenalkan Lexus IS 500 F Sport Performance Serba Baharu!
Ekoran penambahbaikan dan perubahan wajah IS yang dilakukan secara besar-besaran pada tahun lepas, pengeluar kereta Jepun, Lexus, telah melancarkan model baharu dan yang pertama dalam barisan F Sport Performance iaitu Lexus IS 500 F Sport Performance. 
Model yang dikatakan mengimbau kembali model lama IS F ini memiliki enjin berkapasiti 5.0 liter bentangan V8 yang mampu menghamburkan sehingga 472 kuasa kuda pada 7,100 rpm dan 535 Nm daya kilas pada 4,800 rpm. Kereta ini mampu memecut daripada pegun kepada 96 km/j dalam masa kira-kira 4.5 saat. Model baharu ini memiliki kadar penggunaan minyak secara puratanya 10.2 km/liter.

Selain itu, model ini turut memiliki hud hadapan dengan reka bentuk yang timbul bagi menampakkan kesasaannya, riasan tingkap berwarna krom gelap, dan juga sistem ekzos quad. Model ini juga memiliki rim 10 jejari Enkei 19-inci, lengkap dengan logo SPORT Performance yang berwarna hitam.

Mengenai kabin dalamannya pula, tidak begitu banyak perubahan yang telah dilakukan berbanding IS biasa. Namun, antara perubahan yang dapat dilihat adalah penggunaan logo F Sport Performance pada roda stereng yang berbalut kulit dan plat pada ambang pintu. Di samping itu, model ini turut menggunakan pedal F SPORT dan juga kluster instrumen dengan animasi permulaan.

Berkaitan dengan tahap keselamatannya, IS 500 F menerima sistem keselamatan terbaharu iaitu Lexus Safety System+ 2.5 yang dilengkapi dengan sistem-sistem penting seperti sistem Amaran Pelanggaran, Brek Kecemasan Automatik, Pengesan Pejalan Kaki dan Pengesan Pembawa Basikal. Kenderaan ini turut menerima sistem versi terbaharu Kawalan Pelayaran Radar Dinamik Semua Kelajuan serta tambahan sistem lain seperti Amaran Lencongan dan juga Bantuan Stereng. Didatangkan secara standard adalah ciri keselamatan seperti Lampu Suluh Tinggi Pintar dan Bantuan Papan Tanda.
Lexus Enform Safety Connect ditawarkan bersama dengan tempoh percubaan selama tiga tahun berserta akses sepanjang tahun kepada pusat Lexus Enform. Tawaran ini termasuklah amaran penyelenggaraan yang disarankan kilang spesifik kereta anda secara percuma selama 10 tahun, yang bukan sahaja menyampaikan notifikasi kepada anda, tetapi juga kepada pengedar Lexus terpilih yang lain.
Selain itu, Lexus App membenarkan pengguna untuk menghidupkan kereta dari jarak jauh, mengatur temu janji servis dan banyak lagi. Skrin Lexus App boleh diatur mengikut citarasa untuk memudahkan pendangan anda, dan lengkap dengan pelbagai informasi seperti Laporan Kesihatan Kereta dan jadual penyelenggaraan. Untuk makluman anda, kesemua ciri ini hanya tersedia sekiranya anda memiliki langganan yang masih aktif.
Lebih banyak informasi tentang model ini dapat kita ketahui sebaik makin hampir dengan waktu pelancaran yang akan diadakan tidak lama lagi. Pastikan anda peka dengan info terbaharu yang bakal dikongsikan di CariCarz!
Gallery
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQS5378
SELANGOR
BSN7748
JOHOR
JYU1506
PULAU PINANG
PSB1354
PERAK
APG3928
PAHANG
CFG632
KEDAH
KGF738
NEGERI SEMBILAN
NEJ9269
KOTA KINABALU
SJR1950
KUCHING
QAB4992N
Terakhir Kemas Kini 06 Apr, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.59
+0.05
RON 97
RM 3.15
+0.05
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.04
+0.05
EURO 5 B7
RM 3.24
+0.05
Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026
Berita Terkini
Boleh Ke Guna MyKad Ahli Keluarga Beli RON95 Bersubsidi
Setiap warga negara dikehendaki menyimpan MyKad masing-masing dan tidak boleh diserahkan kepada orang lain.
06-04-2026
Satu ASEAN 'Bergegar' Harga Minyak Naik, Malaysia Masih Antara Negara Kedua Terendah
Malaysia kekal 'Syurga' petrol ASEAN: Di saat jiran bergelut dengan harga keras.
03-04-2026
RON95 Terendah Di Dunia
Harga minyak RON95 di negara ini masih antara yang terendah di dunia.
03-04-2026
Bagaimana BDR 50% di Lembah Klang Boleh Jimatkan RM169 Juta Sebulan?
Penyelesaian Krisis Minyak Global: Mandat BDR 50% di Lembah Klang mampu jimatkan subsidi RM169 juta sebulan.
03-04-2026
Leapmotor Terajui Takhta! Sahkan Kedudukan No. 1 Syarikat Pemula NEV
Leapmotor mengukuhkan kedudukan sebagai peneraju syarikat pemula NEV No.1 dengan pencapaian mantap.
03-04-2026
Proton Saga: Hero Rakyat yang Tak Lapuk Dek Zaman
Proton terus mengukuhkan cengkamannya dalam pasaran automotif tempatan apabila mencatatkan prestasi jualan suku pertama tertinggi dalam tempoh 22 tahun,
03-04-2026
Tiga Nyawa Tak Berdosa Jadi Mangsa Pemandu Lalok
Keadilan buat mangsa: Pemandu treler positif dadah direman pagi Ini.
03-04-2026
Selain GWM Tank 300 HEV, 5 Lagi SUV Bakal Menyusul
Great Wall Motor (GWM) Malaysia bakal menggegarkan pasaran automotif tempatan pada tahun ini.
01-04-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat