Petronas Melantik Pengerusi Baharu – Berkuat Kuasa 1 Ogos Ini
Pengerusi Petronas, Tan Sri Ahmad Nizam Salleh bakal menamatkan perkhidmatan beliau pada 31 Julai tahun ini setelah berkhidmat dengan Petronas selama tiga tahun dari 1 Ogos, 2018 yang lalu.
Jawatan beliau akan diambil alih oleh Tan Sri Mohd Bakke Salleh bermula pada 1 Ogos, 2021.
Buat masa ini, Tan Sri Mohd Bakke sedang berkhidmat sebagai Pengurus Bebas dan juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Risiko serta sebagai Ahli Jawatankuasa Audit Petronas.

Selain itu, Tan Sri Mohd Bakke turut sedang memegang jawatan sebagai Pengerusi Telekom Malaysia Bhd sejak 11 Mei 2020.
Sebelum ini, beliau pernah mengetuai Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dari 1 Julai, 2019 hingga 30 April, 2020.
Sebelum menerajui FELDA, beliau pernah menjawat pelbagai jawatan di Sime Darby Group termasuklah sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Sime Darby Plantation Berhad (SDP).
Sementara itu, Tan Sri Ahmad Nizam Salleh pula telah dilantik sebagai Pengerusi Pelaburan Hartanah Berhad (PHB) yang juga berkuat kuasa 1 Ogos nanti. Dalam masa yang sama, beliau kekal sebagai Pengerusi Kumpulan syarikat KLCC.

Selain pernah memegang jawatan di Petronas, Tan Sri Ahmad Nizam juga telah berkhidmat dalam pelbagai jawatan kepimpinan selama 37 tahun.
Pengalaman yang dimiliki banyak membantu perkembangan dan pertumbuhan Petronas. Beliau berjaya mengemudi syarikat untuk menempuhi pelbagai cabaran misalnya ketidaktentuan harga minyak dunia dan krisis pandemik Covid-19 yang sedang melanda dunia.
![]()
Tan Sri Ahmad Nizam berkata, "Berkhidmat untuk Petronas selama 40 tahun ini adalah satu keistimewaan kerana saya dapat menyaksikan sendiri dan terlibat secara langsung dalam banyak pencapaian yang telah dibuat sehingga (syarikat) dapat berdiri dengan penuh kebanggaan pada hari ini. Saya ingin mengucapkan sepenuh penghargaan kepada semua ahli lembaga, pasukan kepimpinan eksekutif Petronas. Saya juga mengucapkan tahniah kepada Tan Sri Mohd Bakke Salleh atas pelantikannya, dan mendoakan yang terbaik agar beliau dapat menggerakkan Petronas ke arah usaha pertumbuhan yang seterusnya."
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRA5520
SELANGOR
BSQ4196
JOHOR
JYX4542
PULAU PINANG
PSC5641
PERAK
APH7468
PAHANG
CFG6247
KEDAH
KGG2432
NEGERI SEMBILAN
NEK5104
KOTA KINABALU
SJS1086
KUCHING
QAB8941N
Terakhir Kemas Kini 29 May, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Kantoi Guna MyKad Orang Lain Tanpa Kebenaran Untuk BUDI95, Boleh Dipenjara 3 Tahun
Penyalahgunaan MyKad Untuk Subsidi BUDI95: MoF Beri Amaran Keras.
29-05-2026
Proton Sumbang 8 Enjin Untuk Pelajar Universiti, Institut Latihan
Pelajar Automotif Tak Perlu 'Bayang' Lagi, PROTON Sumbang Enjin Sebenar Untuk Dibedah.
29-05-2026
Bukan Sebab Murah, Ini Punca Sebenar Proton X50 Jadi Kegilaan Orang Malaysia
Sanggup 'Tinggal' Sedan & Hatchback, Kenapa Ramai Pakat Beralih Ke Proton X50?
28-05-2026
Aidiladha: 23 Orang Terkorban Dalam Nahas Jalan Raya
Tragedi Hitam Aidiladha: 23 Nyawa Terkorban Dalam Masa 24 Jam Pertama Perayaan.
28-05-2026
Tak Payah Tunggu Subsidi, Tabiat Ini Boleh Tolong Anda Jimat RM204 Sebulan!
Ingat Kereta Petrol Je? MIROS Kata Geng EV Pun Wajib Amal Eco-Driving.
28-05-2026
PM Jamin Bekalan Bahan Api Negara Stabil
Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memberi jaminan bekalan petrol RON95 dan diesel masih mencukupi sehingga Julai ini.
26-05-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat