ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Kereta Proton Jadi Kenderaan Rasmi Sukan Asia Ke-19 Hangzhou 2022

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Jenama kereta nasional Malaysia, Proton, telah diumumkan sebagai salah satu jenama yang akan membekalkan kenderaan rasmi untuk Sukan Asia ke-19 Hangzhou 2022. Pengiktirafan ini diberikan kerana hubungan Proton dengan Geely Auto Group  yang yang menjadi Rakan Kongsi Prestij Rasmi acara gemilang ini.


Penamaan ini bukan hanya memberi peluang kepada Proton untuk menyokong acara pelbagai-sukan yang terbesar di Asia, tetapi juga dapat menaikkan nama Proton sebagai jenama nasional negara Malaysia di peringkat Asia.


Acara ini akan diadakan di bandar Hangzhou, di wilayah Zhejiang, China, dari 10 hingga 25 September, 2022. 


Model-model kereta terkini daripada Proton seperti Proton Persona, Iriz, Exora, Saga, X50 dan X70, akan digunakan sebagai kenderaan rasmi Sukan Asia ke-19 Hangzhou 2022 yang akan berlangsung nanti.


Proton juga akan melancarkan kempen besar-besaran di seluruh negara untuk membangkitkan keterujaan rakyat Malaysia terhadap acara sukan ini di samping ingin menaikkan semangat dan memberikan sokongan kepada atlet-atlet kebangsaan yang bersaing dalam Sukan Asia.


Kempen ini juga diadakan dengan tujuan untuk memperkukuh hubungan Proton dengan orang awam, sejajar dengan slogan sukan tahun ini, 'Heart to Heart, @ Future.'


“Mencerminkan komitmen Proton ke arah ‘Inspiring Connections’ dan usaha berterusan kami untuk kecemerlangan, kami ingin menampilkan cara baru bagi memeriahkan Sukan Asia ke-19 melalui kempen-kempen kami.  Acara pelbagai sukan di Asia akan memberikan platform penting kepada Proton, dan matlamat kami adalah untuk menghubungkan semua lapisan masyarakat untuk menyertai kami dan memberikan sokongan kepada olahragawan negara bagi mendorong mereka untuk mencapai kejayaan, dan meraikan identiti kita sebagai sebahagian dari Keluarga Asia,” kata Roslan Abdullah, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Proton.


Turut dilancarkan bersama-sama dengan kempen Hangzhou 2022 ini ialah pertandingan 'Proton Ignite Your Life.'


Melalui pertandingan ini, pelanggan berpeluang untuk memenangi hadiah apabila membuat tempahan dan mendaftar untuk kereta-kereta baharu seperti Persona, Iriz, Exora, Saga, X70 dan X50 dari 1 Februari hingga 31 Julai, 2022.


Banyak hadiah menarik ditawarkan dan ini termasuklah hadiah utama iaitu lawatan eksklusif ke Hangzhou untuk menghadiri acara sukan ini secara langsung. Hadiah bulanan yang ditawarkan pula adalah seperti e-baucar dan juga produk-produk sukan.


Nantikan berita terkini berkaitan promosi terbaharu dan juga aktiviti-aktiviti yang akan diadakan bersempena dengan Sukan Asia ke-19 Hangzhou 2022 melalui laman Facebook dan juga Instagram Proton.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRM1896

SELANGOR

BST1322

JOHOR

JC8464J

PULAU PINANG

PSE9351

PERAK

APK8494

PAHANG

CFH5135

KEDAH

KGH6571

NEGERI SEMBILAN

NEL5289

KOTA KINABALU

SJT6375

KUCHING

QAB4359P

Terakhir Kemas Kini 23 Aug, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

23-02-2023
Berita Auto

03-02-2023
EV

01-02-2023
EV

19-01-2023
EV

16-01-2023
Teknologi

05-01-2023
Berita Auto

13-12-2022
EV

10-12-2022

Berita Terkini

Berita Auto

Ini Dah Melampau, Mat Rempit Tutup Lebuhraya

Pelesit Jalanan 'Kuasai' Linkedua: Lebuhraya Linkedua Ditutup Demi Lumba Haram.

23-08-2026
Berita Auto

Ubah Suai Cari Maut: Jangan Pertaruhkan Nyawa Demi Kelajuan Palsu

Ubah Suai Motor RM15k Hanyalah 'Tiket Sekali Jalan' Menemui Tuhan.

21-08-2026
Berita Auto

Dua Nyawa Melayang: Penunggang Basikal Wajib Extra Hati-Hati di Jalan Raya

Geng basikal dinasihatkan berhati-hati mengayuh basikal di jalan besar.

21-08-2026
Berita Auto

Siapa Sebenarnya Boleh Langgar Lampu Isyarat Merah?

Boleh Ke Kereta Biasa Langgar Lampu Merah Untuk Beri Laluan? Ini Jawapannya.

21-08-2026
Berita Auto

China Hubungi MITI Nak Uji Kereta Terbang Di Malaysia?

Syarikat China Minat Jadikan Malaysia Untuk Uji Kereta Terbang.

20-08-2026
Berita Auto

Kes Tiga Sekeluarga Maut Dirempuh Lori JIM: Pemandu Dibenar Ikat Jamin RM60,000

Rempuh Lampu Isyarat Hingga Meragut 3 Nyawa, Pemandu 'Black Maria' Mengaku Tidak Bersalah.

20-08-2026
Berita Auto

Minyak Naik Beberapa Sen Sahaja

Antara Kenaikan Dan Ketenangan: Minyak Tanpa Subsidi Melambung, Bantuan BUDI Terus Jadi Penyelamat.

20-08-2026
Berita Auto

Tiada Lagi Kesesakan Parah ke Pantai Timur? Projek RM2.1B KLK Diijangka Siap 2029

Sinar Baharu Pengguna KLK: Projek Pelebaran & Terowong Ketiga Atasi Kesesakan Musim Perayaan.

20-08-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.