Jualan Kereta Terpakai Diperakui Hyundai Kini Dibuka Di Jalang Klang Lama
Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) membuka pusat operasi jualan Hyundai Promise Approved Used Car Programme di Sime Darby Auto Hyundai, Jalan Klang Lama.

Pengarah Pengurusan HSDM, Low Yuan Lung berkata, "Kami melihat permintaan yang baik terhadap kenderaan terpakai yang diperakui. Dengan adanya dua cawangan, satu di Shah Alam, Selangor dan satu lagi di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur, Hyundai Promise memudahkan akses pelanggan."
Pelancaran Hyundai Promise di lokasi baharu ini dapat memenuhi permintaan kenderaan terpakai yang kian meningkat di sekitar Kuala Lumpur.

Menurut Pengarah Pengurusan Runcit dan Pengedaran Sime Darby Motors Malaysia, "Peningkatan permintaan terhadap kenderaan terpakai di bawah Hyundai Promise adalah selari dengan pertumbuhan pasaran kenderaan terpakai di Malaysia."

Kereta-kereta Hyundai yang dijual melalui Hyundai Promise didatangkan dengan alat ganti dan dan juga enjin yang tulen. Bagi memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik dari segi elektrikal dan mekanikal, pemeriksaan secara menyeluruh dijalankan oleh juruteknik bertauliah sebelum kereta diberikan kelulusan untuk dijual.
-full.jpg)
Kereta-kereta yang telah menerima pengesahan untuk jualan adalah bebas daripada terlibat dalam sebarangan kemalangan besar. Oleh itu, pelanggan dapat membeli dengan penuh keyakinan.
Setiap pembelian didatangkan dengan jaminan selama dua hingga lima tahun bergantung kepada usia kenderaan dan juga jarak perbatuan yang dicatatkan. Kereta terpakai ini turut hadir dengan jaminan daripada pengeluar dan pengedar serta perkhidmatan bantuan tepi jalan 24 jam.
Pusat Hyundai Promise di kedua-dua lokasi iaitu Shah Alam dan Jalan Klang Lama dibuka pada jam 9 pagi hingga 5 petang pada Isnin-Jumaat dan 9 pagi hingga 12.30 tengah hari pada hari Sabtu. Pusat jualan ditutup pada setiap hari Ahad.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX3783
SELANGOR
BSU8465
JOHOR
JG9428J
PULAU PINANG
PSH2351
PERAK
APM7351
PAHANG
CFJ3445
KEDAH
KGJ7196
NEGERI SEMBILAN
NEM5120
KOTA KINABALU
SJV349
KUCHING
QAB9492P
Terakhir Kemas Kini 03 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Jangan Terlepas! Promosi 3 Hari Jualan Kereta Terpakai Diperakui Hyundai, Ada Jaminan 2 Ke 3 Tahun!
Beberapa unit kereta terpakai Hyundai yang diperakui akan ditawarkan dalam harga istimewa melalui Hyundai Promise
17-09-2021
Berita Terkini
PROTON Sumbang EV e.MAS 7 Kepada UPSI Mantapkan TVET
Proton e.MAS 7 Jadi Medan Latihan EV Mahasiswa TVET UPSI.
03-11-2026
Kereta Toyota Masuk Bengkel, Jangan Risau
Pakej Insurans Toyota (TIP) direka khas untuk semua kenderaan Toyota yang menawarkan beberapa manfaat.
03-11-2026
Puluhan Kereta Baharu 'Berendam' Banjir Kilat Di Subang
Punca kejadian disebabkan banjir kilat melanda Lembah Klang, petang tadi.
02-11-2026
Hujan Lebat: Lebuh Raya Persekutuan, Denai Alam & TTDI Banjir
Banjir Kilat Lembah Klang: Laluan Utama Dinaiki Air
02-11-2026
Malaysia Ada Litar Hebat, Mana Pelumba F1 Kita?
Sepang Megah Berdekad, Tapi Anak Malaysia Kekal Jadi Penonton Di Litar Sendiri.
02-11-2026
Free Duty: Bukan Untuk T20 'Park" Kereta Di Langkawi
Kemudahan bebas cukai Langkawi bukan untuk bantu orang kaya simpan kereta mewah.
29-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge