ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Seorang Wanita Hamil Bersama Suami, Dua Anak Kecil Maut Akibat Kecuaian Pemandu Lain

Suhana Veru

Kongsi melalui

Angkara kecuaian seorang pemandu pacuan roda (4x4), nyawa empat beranak termasuk satu dalam kandungan melayang dalam sekelip mata!

Itulah nasib malang yang berlaku ke atas sepasang suami isteri dan dua anak mereka yang semuanya terkorban dalam satu kemalangan di Lebuhraya Sultan Iskandar, Kuala Lumpur semalam.


Gambar Ehsan: JSPT Kuala Lumpur

Identiti mereka dikenal pasti sebagai Milan Damani, 32, dan S C Tinisha, 31, serta dua anak lelaki, Ishaan Ivaan Damani, tiga tahun, dan Rivaan Ivaan Damani, empat tahun.

Difahamkan, Tinisha pula sedang hamil anak ketiganya namun usia kandungan tidak didedahkan.

Bagaimanapun, kemalangan dikatakan berlaku apabila Toyota Hilux yang dipandu lelaki berusia 27 tahun itu terbabas di selekoh lalu melanggar pokok yang berada di pembahagi jalan.


Gambar Ehsan: Bomba KL

Ia kemudian terpelanting masuk ke laluan bertentangan  lalu merempuh sebuah MPV jenis Hyundai Starex yang dinaiki empat beranak terbabit.


Gambar Ehsan: Bomba KL

“Akibat rempuhan, seorang wanita hamil  bersama suami dan dua anaknya yang berada di dalam Hyundai Starex terbabit telah disahkan maut di lokasi kejadian," kata Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh.

Sebaliknya, pemandu Hilux pula hanya mengalami kecederaan ringan. 

Sementara itu, beberapa gambar yang tersebar di internet menunjukkan bumbung Starex tercabut keluar manakala bahagian hadapan kenderaan terbabit kemek teruk.


Di sebalik tragedi yang cukup menyayat hati ini, tahukah anda bahawa pemandu kenderaan kecil yang dilanggar oleh trak pikap adalah 412 kali lebih berisiko maut atau cedera parah.

Perkara itu dikongsikan oleh Public Health Malaysia (PHM) di halaman Facebooknya. 


Memetik kajian yang dijalankan oleh Pusat Penyelidikan Kemalangan Universiti Monash menunjukkan kenderan 4x4 sebenarnya berisiko tiga kali ganda terbalik dan berguling jika terlibat dalam kemalangan.

Rata-rata pemandu kenderaan 4X4 juga didapati gemar melanggar peraturan jalan raya termasuk memandu secara bahaya.

Harus diingatkan kenderaan tidak salah sebaliknya sikap manusia itu sendiri!

Jangan sangka kenderaan anda besar, anda boleh memandu secara bahaya di jalan raya.

Akhirnya, perbuatan anda itu sebenarnya hanya akan meragut nyawa insan yang tidak bersalah!

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRM1185

SELANGOR

BST1065

JOHOR

JC7982J

PULAU PINANG

PSE9055

PERAK

APK8274

PAHANG

CFH5068

KEDAH

KGH6449

NEGERI SEMBILAN

NEL5204

KOTA KINABALU

SJT6328

KUCHING

QAB4328P

Terakhir Kemas Kini 22 Aug, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Global

03-11-2025
Global

04-08-2025
Gaya Hidup

27-05-2025
Berita Auto

06-05-2025
Global

24-02-2025
Global

02-01-2025
Global

27-09-2024
Kereta Baru

16-08-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Ubah Suai Cari Maut: Jangan Pertaruhkan Nyawa Demi Kelajuan Palsu

Ubah Suai Motor RM15k Hanyalah 'Tiket Sekali Jalan' Menemui Tuhan.

21-08-2026
Berita Auto

Dua Nyawa Melayang: Penunggang Basikal Wajib Extra Hati-Hati di Jalan Raya

Geng basikal dinasihatkan berhati-hati mengayuh basikal di jalan besar.

21-08-2026
Berita Auto

Siapa Sebenarnya Boleh Langgar Lampu Isyarat Merah?

Boleh Ke Kereta Biasa Langgar Lampu Merah Untuk Beri Laluan? Ini Jawapannya.

21-08-2026
Berita Auto

China Hubungi MITI Nak Uji Kereta Terbang Di Malaysia?

Syarikat China Minat Jadikan Malaysia Untuk Uji Kereta Terbang.

20-08-2026
Berita Auto

Kes Tiga Sekeluarga Maut Dirempuh Lori JIM: Pemandu Dibenar Ikat Jamin RM60,000

Rempuh Lampu Isyarat Hingga Meragut 3 Nyawa, Pemandu 'Black Maria' Mengaku Tidak Bersalah.

20-08-2026
Berita Auto

Minyak Naik Beberapa Sen Sahaja

Antara Kenaikan Dan Ketenangan: Minyak Tanpa Subsidi Melambung, Bantuan BUDI Terus Jadi Penyelamat.

20-08-2026
Berita Auto

Tiada Lagi Kesesakan Parah ke Pantai Timur? Projek RM2.1B KLK Diijangka Siap 2029

Sinar Baharu Pengguna KLK: Projek Pelebaran & Terowong Ketiga Atasi Kesesakan Musim Perayaan.

20-08-2026
Berita Auto

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.