- Berita
- Berita Auto
- Volkswagen T-Roc 2022 Tampil Lebih Canggih Dan Miliki Reka Bentuk Lebih Sofistikated
Volkswagen T-Roc 2022 Tampil Lebih Canggih Dan Miliki Reka Bentuk Lebih Sofistikated
Baru-baru ini Volkswagen telah mengumumkan kedatangan T-Roc 2022 yang diberikan nafas baharu. Ketiga-tiga versi iaitu T-Roc, T-Roc R dan T-Roc Cabriolet kini tampil lebih sofistikated dengan pelbagai teknologi canggih dan reka bentuk lebih menarik.
Harga yang ditawarkan bermula daripada 23,495 euro (RM 98,678.97) untuk T-Roc dengan enjin TSI 1.0L sehingga 31,850 euro (RM 133,769.97) untuk T-Roc Cabriolet dalam versi Style yang menggunakan enjin TSI 1.0L.

Reka bentuk T-Roc yang telah diberikan nafas baharu ini kelihatan lebih menonjol dengan garisan badan yang lebih tajam. Dari segi pencahayaan, ia menggunakan lampu depan LED dan lampu belakang yang lebih gelap berbanding versi terdahulu. Ditawarkan sebagai pilihan tambahan ialah lampu depan IQ LIGHT dengan matriks LED, jalur pada gril radiator yang bercahaya, kluster lampu belakang dengan struktur grafik baharu dan juga signal pusingan dinamik. Selain itu, pelanggan juga boleh memilih lima warna baharu untuk digunakan pada rim aloi kereta yang bersaiz sama ada 17 atau 19 inci.


Bergerak ke bahagian dalam, T-Roc kelihatan moden, dengan paparan infotainment dalam reka bentuk tablet. Paparan ini didatangkan sama ada dalam saiz 8 atau 9.2 inci. SUV kompak ini didatangkan secara standard dengan kluster instrumen digital bersama pilihan saiz sehingga 10.25 inci untuk Digital Cockpit Pro. Turut didatangkan secara standard ialah stereng pelbagai fungsi yang kini tampil dengan rekaan baharu bagi memudahkan lagi pemandu dari segi kawalan.
Ciri standard dalaman yang lain ialah kemasan pintu yang diperbuat daripada fabrik berkualiti tinggi. Untuk versi Style dan R-Line, kemasan ini diperbuat daripada kulit dengan jahitan eksklusif, kemasan sama digunakan pada bahagian kepala tempat duduk.

Dari segi teknologi, T-Roc kali ini menggunakan sistem infotainmen Modular Infotainment Toolkit generasi ke-3 (MIB3) yang menawarkan pelbagai fungsi dan servis dalam talian. Misalnya, untuk negara Eropah, servis We Connect Plus boleh digunakan secara percuma untuk setahun sebagai sebahagian daripada pakej standard. Selain itu, fungsi lain adalah sambungan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar, kawalan suara dan juga strim.
Mengenai ciri keselamatannya pula, T-Roc dilengkapi sistem bantuan termaju standard seperti bantuan hadapan dan lorong. Untuk facelift kali ini, ia turut diberikan tambahan sistem baharu iaitu bantuan perjalanan IQ.DRIVE dan kawalan jelajah predikatif yang merangkumi bantuan stereng, brek dan pecutan pada kelajuan sehingga 210 km/j. Sistem ini berfungsi dengan isyarat-isyarat yang diterima oleh sistem kawalan kenderaan daripada kemera hadapan, GPS dan data daripada peta.
T-Roc ditawarkan dalam pelbagai versi enjin iaitu tiga enjin TSI dan dua enjin TDI. Enjin tiga silinder TSI 1.0L memiliki output maksimum 81 kW (109 hp). Versi empat silinder pula menjana 110 kW (148 hp) untuk enjin TSI 1.5L dan 140 kW (187 hp) untuk enjin TSI 2.0L. Akhir sekali, terdapat dua versi yang menggunakan enjin empat silinder TDI 2.0L yang hadir dalam dua talaan berbeza yang memberikan output 85 kW (113 hp) dan 110 kW (148 hp).
Selain versi pacuan roda depan, T-Roc turut ditawarkan dalam versi pacuan semua roda, 4MOTION bersama dengan enjin TSI 2.0L (output 140 kW [187 hp]) secara standard. 4MOTION turut hadir dalam versi enjin diesel (output 110 kW [109 hp]).
Untuk negara Eropah, selain varian asas T-Roc, SUV kompak ini boleh dipilih dalam 'personaliti' berbeza sama ada Life, Style atau R-Line. Dalam masa yang sama, pakej Black Style turut boleh digandingkan dengan Style dan R-Line untuk gaya luaran dan dalaman yang lebih sporty.
Gallery
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRV4471
SELANGOR
BSU5907
JOHOR
JG3420J
PULAU PINANG
PSG7331
PERAK
APM4661
PAHANG
CFJ2180
KEDAH
KGJ5701
NEGERI SEMBILAN
NEM3843
KOTA KINABALU
SJU6823
KUCHING
QAB8209P
Terakhir Kemas Kini 24 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Berapa Ramai Guna Waze?
6.3 juta rakyat Malaysia direkod menggunakan aplikasi navigasi Waze.
23-10-2026
Nombor Plat Ikut Nama Sendiri? Ini Kata Menteri
Tiada Plat Nama Pemilik: MOT Kekal Nombor Pendaftaran Sedia Ada.
23-10-2026
Tiada Lebuh Raya Madani, KKR Fokus Jalan Baharu Seremban-Pilah
Projek Lebuh Raya Madani Tiada Dalam Plan KKR, Ini Gantinya.
23-10-2026
Kantoi Sewa Tayar Lori Demi Lulus PUSPAKOM di Kuantan
Kedai Sewa Tayar Lori Lulus PUSPAKOM Diserbu JPJ.
23-10-2026
S70 RS Bakal Tiba? Ini Petunjuk Dan Gambar Intipan Terbaru Proton S70 Facelift
Proton S70 Facelift: Reka Bentuk Dalaman Ala X50 & Petunjuk Lencana RS Baharu?
22-10-2026
Pengerusi Chery Mohon Maaf Kepada Menteri MITI, Ada Sebabnya
Bos Besar Chery Minta Maaf Kepada Menteri Malaysia.
22-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge