ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Teknologi

Honda Cipta Sistem Keselamatan Canggih Untuk Capai Sifar Kemalangan Maut

Suhana Veru

Kongsi melalui

Honda Motor Co., Ltd. mengadakan tayangan perdana dunia mengenai teknologi keselamatan canggih yang dikatakan mampu mengelakkan risiko kemalangan.

Inisiatif ini adalah untuk mencapai matlamat Honda untuk merealisasikan ‘sifar kemalangan maut” yang melibatkan motosikal dan kereta Honda di seluruh dunia menjelang 2050.

Ia menggunakan dua teknologi utama ialah 'Teknologi Bantuan Pemandu Pintar' dikuasakan kecerdasan buatan (AI) yangpertama di dunia dan yang kedua ialah 'Teknologi Rangkaian Selamat dan Bunyi'.

Teknologi yang digunakan jenama berlambang huruf H ini bertujuan untuk membantu  masyarakat  bebas dari risiko kecelakaan lalu lintas.

Secara ringkasnya, teknologi yang pertama itu memberikan bantuan bersesuaian dengan keupayaan dan situasi setiap individu itu bagi mengurangkan kesilapan dan risiko pemanduan.

Langkah ini dilihat dapat membantu pemandu mencapai pemanduan yang lebih selamat.

Bagi teknologi kedua pula, ia menghubungkan pengguna jalan raya dan kereta melalui telekomunikasi yang mana ia akan memberi isyarat risiko yang boleh berlaku sekali gus dapat mengelakkan kemalangan.

Presiden dan Wakil Pengarah Honda Motor Co., Ltd, Keiji Ohtsu berkata, pihaknya berusaha untuk mengurangkan kemalangan jalan raya.

Oleh itu, Honda menawarkan ciri keselamatan dan pemanduan yang tenang untuk setiap pemandu jalan raya yang merupakan satu nilai yang baharu.

“Dengan menggunakan teknologi keselamatan masa depan kami, yang  merangkumi nilai baharu itu,  Honda akan berusaha ke arah merealisasikan ‘sifar kemalangan maut akibat kemalangan’ yang melibatkan motosikal dan kereta Honda di seluruh dunia menjelang 2050,” katanya.

Menyentuh mengenai teknologi bantuan pemandu pintar, ia bertujuan untuk mencapai sifar kecuaian manusia menerusi kajian asalnya yang berasaskan fMRI

Teknologi Bantuan Pemandu Pintar' bertujuan untuk 'sifar kesilapan manusia' melalui kajian asalnya berasaskan fMRI tentang otak manusia dan analisis tingkah laku.

Sistem tersebut menunjukkan kesilapan pemanduan berdasarkan data yang diperoleh melalui kamera pemantauan pemandu dan corak pengendalian pemanduan.

Teknologi ini dibangunkan untuk membolehkan setiap pemandu dapat mengurangkan kecuaian  pemanduan dan merasai pemanduan tanpa rasa bimbang.

Lazimnya, ia menggunakan sensor dan kamera ADAS untuk mengenali potensi risiko di sekeliling kenderaan yang membolehkan AI mengesan risiko pemanduan.

Pada masa sama, AI menentukan tingkah laku pemanduan pada masa nyata  dan seterusnya menawarkan bantuan yang sesuai dengan keadaan kognitif serta  situasi trafik.

Dikatakan fungsi bantuan pemandu generasi seterusnya yang kini dalam penyelidikan dan pembangunan, menyebabkan Honda berusaha untuk menawarkan nilai baharu ‘tanpa kesilapan”.

Ia dibahagikan kepada tiga sub nilai iaitu bantuan operasi atau ‘tiada kesilapan pengendalian pemanduan. Ini bermakna kenderaan itu menawarkan bantuan berasaskan AI untuk mengurangkan drift dan mengelakkan kelewatan dalam operasi.

Yang kedua ialah tiada kecuaian  atau Bantuan Kognitif dimana kenderaan akan mengeluarkan amaran mengenai risiko melalui visual, deria sentuh dan bunyi.

Ciri ketiga pula, tiada kecuaian disebabkan tidak memberi perhatian sepenuhnya. Ciri  ini dikatakan dapat mengurangkan keletihan dan mengantuk pemandu.

Apa yang menarik, sistem ini mampu mengenal pasti situasi dan keadaan sekeliling setiap pemandu.

Melalui rangkaian komunikasi, data-data risiko dalam persekitaran trafik akan dikumpul dan meramalkan apa yang akan berlaku dengan menggunakan penghasilan semula persekitaran lalu lintas menerusi ruang maya.

Maknanya, ruang maya itu mengambil kira keadaan dan ciri setiap pemandu. 

Maka, sistem berkenaan akan meramalkan dan mensimulasikan tingkah laku pengguna jalan raya yang berisiko tinggi terlibat dalam kemalangan.

Susulan itu, sistem berkenaan akan memperoleh maklumat sokongan yang paling sesuai, dan akan memaklumkan kepada pemandu untuk mengambil langkah bagi mengelak daripada terlibat dalam kemalangan.

Malah, maklumat sokongan sedemikian disampaikan secara intuitif kepada pemandu kereta, penunggang motosikal dan pejalan kaki melalui mesin antara muka manusia, (HMI).

Untuk rekod,  sistem ini memperoleh semua data yang disimpan daripada kamera tepi jalan, kamera papan pemuka dan telefon pintar.

Di sebalik teknologi itu, Honda  menyasarkan untuk mengembangkan pengenalan Honda SENSING 360, sistem bantu pemandu omnidirectional baharu, untuk digunakan pada semua model yang akan mula dijual di semua pasaran menjelang 2030.

Honda juga dikatakan meneruskan usaha untuk mengembangkan aplikasi fungsi pengesanan motosikal dan meningkatkan lagi fungsi ADAS.

Honda juga sedang menaik taraf aplikasi teknologi keselamatan untuk motosikal dan menawarkan teknologi pendidikan keselamatannya (Honda Safety EdTech).

Apapun, Honda sememangnya mahu mengurangkan kemalangan maut secara global yang turut melibatkan motosikal Honda dan kereta menjelang tahun 2030.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VQE481

SELANGOR

BSK9346

JOHOR

JYN524

PULAU PINANG

PRW6382

PERAK

APD4292

PAHANG

CFE4766

KEDAH

KGD4663

NEGERI SEMBILAN

NEH9347

KOTA KINABALU

SJP3243

KUCHING

QAB7536M

Terakhir Kemas Kini 18 Dec, 2025

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.64

-0.02

RON 97

RM 3.27

-0.02

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 3.06

-0.02

EURO 5 B7

RM 3.26

-0.02

Terakhir Kemas Kini 11 Dec, 2025

Berita Berkaitan

Berita Auto

Honda Prelude 2026 Dipasarkan Di Jepun – Kit Sporty Mugen Ditawarkan

Setelah hampir dua tahun sejak konsep asalnya diperkenalkan, Honda akhirnya melancarkan model baharu Prelude 2026 di pasaran Jepun.

09-09-2025
EV

Honda N-One e: Didedah, Sekali Cas Boleh Gerak Sejauh 270KM!

Honda baru sahaja melancarkan versi pengeluaran kereta konsep yang dikenali sebagai Honda N-One e di Jepun, baru-baru ini.

30-07-2025
Kereta Baru

Honda HR-V 2025 Facelift Kini Rasmi Di Pasaran – Dari RM115,900

Honda Malaysia secara rasmi memperkenalkan Honda HR-V 2025 facelift untuk pasaran tempatan.

17-07-2025
EV

Honda Bakal Tayang Honda Super EV Concept Pada Julai Depan

Honda akan menayangkan Honda Super EV Concept di Goodwood Festival of Speed.

17-06-2025
EV

Honda 'Patah Balik' Kepada Hibrid, Sasaran EV Dikurangkan

Honda Motor Co. mendedahkan bahawa syarikatnya kini mengurangkan sasaran bagi kenderaan elektrik (EV) ekoran ketidaktentuan pasaran global.

21-05-2025
Berita Auto

Pecah Rekod: MAS 2025 Catat 294,062 Pengunjung, Jana Lebih RM1.72 Bilion Potensi Jualan

MAS 2025 mencatat kehadiran pengunjung tertinggi iaitu seramai 294,062 orang sekali gus berjaya menjana potensi jualan sebanyaK RM1.72 billion

19-05-2025
Global

GAC Honda P7 Diperkenalkan Di China – Dari RM130K

Syarikat usaha sama automotif China, GAC Honda secara rasmi telah melancarkan SUV elektrik terbarunya, P7, untuk pasaran China dengan harga bermula dari RM130,400.

17-04-2025
Berita Auto

Jualan Kereta Bukan Nasional Menyusut Tapi Lain Pula Buat Kereta Nasional

Nampaknya, jualan kenderaan bukan nasional mencatatkan penurunan yang agak ketara, namun PERODUA kekal menunjukkan prestasi yang stabil di pasaran.

14-03-2025

Berita Terkini

Teknologi

Peugeot Mula Uji Stereng 'Petak' Hypersquare – Bakal Digunakan Pada Peugeot 208

Jenama ‘singa’ dari Perancis, Peugeot, menunjukkan betapa seriusnya syarikat itu untuk tampil unik dan inovatif dengan rekaan terbarunya, sebuah stereng ‘petak’ yang dinamakan Hypersquare.

16-12-2025
Teknologi

Kembar e.MAS 7 Guna Teknologi Roda Inovatif, Boleh Pusing 360 Darjah Satu Tempat

Jenama automotif gergasi China, Geely, memperkenalkan teknologi pergerakan tayar yang inovatif, sistem stereng empat roda bebas 90 darjah.

16-12-2025
Teknologi

Zeekr Lancar Kempen Pengumpulan Dana Untuk Naik Taraf Teknologi Bantuan Pemandu Canggih

Jarang kita dengar pengeluar kereta yang telah membina empayar gah menggunakan pembiayaan awam (crowdfunding) untuk pembangunan teknologi.

26-11-2025
Teknologi

SUV Sporty Omoda 7 Miliki Teknologi Parkir Luar Biasa

SUV yang diposisikan sebagai model segmen C ini tampil dengan rekaan sporty yang menarik perhatian golongan muda.

26-11-2025
Teknologi

Tesla Ubah Prinsip, Sedia Tawar Apple CarPlay Untuk Tarik Pembeli

Tesla mungkin akan mula menyokong dan mengintegrasikan Apple CarPlay dalam kenderaannya tidak lama lagi.

18-11-2025
Teknologi

Volkswagen Bakal Guna Teknologi XPeng Pada Model-Model Akan Datang

XPeng bersama Volkswagen Group telah mengambil satu langkah besar dalam kolaborasi teknologi mereka melalui sistem seni bina elektronik dan elektrikal (E/E).

18-08-2025
Teknologi

Teknologi ‘Super Extended Range’ IM Motors– Bateri Berkapasiti Tertinggi Dengan Enjin Turbo

IM Motors, jenama hasil usaha sama antara SAIC Motor Corporation, Alibaba Group dan Zhangjiang Hi-Tech, dijangka memperkenalkan teknologi ‘Super Extended Range’ pada 1 Ogos ini.

28-07-2025
Teknologi

BYD Perkenal Sistem Parkir Autonomi, Syarikat Tanggung Jika Ada Kerosakan

BYD mengumumkan bahawa sistem bantuan pemanduan canggihnya (ADAS) God’s Eye, kini menyokong fungsi parkir autonomi tahap 4.

11-07-2025

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2025 CariCarz.com. All Rights Reserved.