Versi Naik Taraf,Tiguan Allspace Elegance, R-Line
Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) melancarkan Tiguan Allspace facelift 2022 pada pameran Premium Auto Car Expo (PACE) di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam, pagi tadi.
Model ini tampil dengan dua varian Volkswagen Tiguan Allspace 1.4 Elegance dan Volkswagen Tiguan Allspace 2.0 R-Line .
Untuk makluman anda, model facelift ini dipasang secara tempatan (CKD) di Pekan, Pahang.


Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter berkata, pengeluaran Tiguan Allspace lima tempat duduk telah dihentikan pada tahun 2020.
“Oleh itu, hanya Tiguan Allspace tujuh tempat duduk yang akan dikeluarkan.
“Begitupun, Tiguan masih kekal menjadi model paling laris namun untuk versi Golf , permintaan GTI lebih tinggi berbanding R-Line,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran Tiguan Allspace facelift 2022 pada pameran PACE.

Ketika ditanya mengenai rancangan VPCM untuk memperkenalkan kenderaan elektrik ke pasaran Malaysia, beliau menjawab:
“Ia masih dalam rancangan untuk membawa masuk EV ke pasaran Malaysia,” katanya ringkas.

Menyentuh mengenai harganya, Tiguan Allspace Elegance ditawarkan pada harga RM174, 745.68 manakala R-Line 4MOTION RM219,443.
Ia ditawarkan lima pilihan warna iaitu Atlantic Blue (biru), Oryx White (putih), Deep Black (hitam), Platinum Grey (kelabu) dan Pyrite Silver (perak).
Untuk rekod, Tiguan Allspace facelift Elegance menggunakan enjin turbo 1.4L TSI yang menghasilkan 150 PS dan tork 250 Nm tork.

Sedikit info mengenai jentera facelift ini, kedua-dua varian dilihat menerima gril yang telah direka semula.
Menjengah bahagian bampar hadapan, ia didatangkan dengan rekaan baharu dan lampu utama juga dilihat lebih kemas.

Ia juga dipadankan dengan jalur lampu LED dan perkataan ‘Tiguan’ pada bahagian belakang dengan logo baharu Volkswagen.

Penambahbaikan juga dapat dilihat pada ruang dalaman kenderaan utiliti sukan ini.
Ia digandingkan dengan infotainmen Discover Pro bersaiz 9.2 inci generasi baru yang menyokong ketersambungan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar, arahan suara dan sistem navigasi binaan dalam.
Malah, stereng sports mulit fungsi kini boleh beroperasi melalui butang kawalan haptik untuk ketersambungan yang lancar.

Bukan itu sahaja, butang-butang dan tombol panel pendingin hawa juga telah dinaik taraf.
Menyentuh mengenai aspek keselamatannya pula, ia hadir dengan enam beg udara, brek anti-kunci dengan agihan brek elektronik, Bantuan Brek, Kawalan Stabiliti Elektronik, Kawalan Cengkaman, ISOFIX dan sistem brek multi-pelanggaran.
Volkswagen Tiguan Allspace facelift 2022 juga menerima sistem Lane Assist dan sistem Driver Alert standard untuk kedua-dua model. Penambahan ciri Kawalan Menuruni Bukit juga hanya dipasang pada Tiguan Allspace R-Line.
Apapun, Tiguan Allspace tujuh tempat ini memang agak luas, apa tidaknya ia telah mendahului kelasnya dengan 1,775 liter selain hadir dengan pelbagai konfigurasi tempat duduk versatil.

Pendek kata, SUV moden dan dinamik ini, ia merupakan teman terbaik untuk mereka yang sudah berkeluarga dan bagi mereka yang mempunyai gaya hidup aktif.
Untuk keterangan lanjut, layari laman web VPCM di https://www.volkswagen.com.my/dealer-locator.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRP5147
SELANGOR
BST5803
JOHOR
JD9327J
PULAU PINANG
PSF4438
PERAK
APL3779
PAHANG
CFH6843
KEDAH
KGH9804
NEGERI SEMBILAN
NEL7685
KOTA KINABALU
SJT9834
KUCHING
QAB5408P
Terakhir Kemas Kini 11 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Volkswagen Bagi Rebat Angpau RM1K dan Banyak Lagi Sempena Tahun Baru Cina!
Pelanggan Volkswagen berpeluang untuk memenangi rebat angpau bernilai RM1,000 dan banyak lagi!
07-01-2022
Berita Terkini
Op Tegar JPJ: 945 Syarikat Diberi 14 Hari Bayar Saman
Sita Kenderaan: JPJ Beri 14 Hari Selesaikan 40,595 Saman.
11-09-2026
Berapa Harga Minyak Sekarang?
Kenaikan seragam sebanyak 25 sen ini melibatkan petrol dan diesel tanpa subsidi.
11-09-2026
Zeekr 009 Jadi Shuttle VIP Rasmi di Subang SkyPark
Eksklusif! Zeekr 009 Tawar Servis Shuttle Mewah di Subang SkyPark.
10-09-2026
Percayakah Anda Sistem MLFF Mampu Caj Tol Kereta Dengan Betul ?
Betul Ke Sistem MLFF Malaysia Boleh Kenal Pasti Kereta Anda Tanpa Salah?
10-09-2026
Ops JPJ Johor: 120 Kenderaan Disita, Cukai Jalan Mati
120 Kenderaan Disita, Cukai Jalan Mati.
10-09-2026
Adjust Mileage Kereta Terpakai Normal Di Malaysia
Isu adjust mileage kereta terpakai kembali tular.
09-09-2026
Berapa Lama Bantuan Lebuhraya Sampai?
Respons Bantuan Lebuh Raya BESRAYA, NPE & LEKAS Kini Lapan Minit.
09-09-2026
Ubah Suai Ekstrem RM150k, Honda Civic Type R Disita JPJ
JPJ menyita 37 kenderaan termasuk Honda Civic Type R yang diubah suai sehingga RM150,000 dalam Ops Ekstrem di Kuala Lumpur. Operasi akan diperluas ke seluruh negara.
09-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat