Jualan Kenderaan Elektrik (EV) Mula Laris Di Malaysia, Tapi Kenapa?
Penerimaan awam terhadap kenderaan elektrik EV dilihat semakin meningkat namun hakikatnya ada sebab-sebab tertentu mengapa ia masih belum menjadi idaman rakyat Malaysia!

Yang pertama adalah kerana harganya yang agak keras, kedua kurangnya stesen pengecasan dan ketiga adalah kerana jarak pemanduan yang terhad.
Namun ada juga alasan lain.
Berikut adalah perincian mengenai kelebihan dan kekurangan EV:

Namun di sebalik kekurangan EV itu, tahukah anda bahawa EV dikatakan semakin laris dalam kalangan penduduk di Malaysia.
Jangan terkejut, kenyataan ini adalah sahih!
Ini kerana perkara itu diakui sendiri oleh Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Datuk Aishah Ahmad.

Beliau berkata tempahan terhadap kenderaan elektrik dilihat semakin melonjak ketika ini sebaik negara memasuki fasa endemik.
Ikuti temubual eksklusif Caricarz bersama Datuk Aishah Ahmad.
Apakah pandangan datuk mengenai penerimaan awam terhadap EV ketika ini?
Datuk Aishah: Rakyat Malaysia dilihat semakin berminat membeli EV. Buat masa ini, tempahan EV juga dilihat semakin meningkat.
Mengapa jualan EV secara tiba-tiba mula melonjak?
Datuk Aishah: Ini adalah kerana pemilik EV menerima insentif pengecualian cukai untuk pembelian EV.
Berapakah tempahan EV setakat tahun lalu?
Datuk Aishah: Sebanyak 274 unit kereta elektrik terjual dalam pasaran tempatan sepanjang tahun lalu.
Bagaimana pula, rekod jualan EV pada tahun ini?
Datuk Aishah: Sepanjang bulan Januari dan Februari 2022, cuma 30 buah EV terjual.
Selain Presiden MAA, Caricarz turut menghubungi Presiden Kelab Pemilik Kenderaan Elektrik Malaysia MyEVOC, Datuk Shahrol Halmi.

Ketika ditanya pendapat beliau mengenai permintaan EV ketika ini, sama ada masih rendah atau sebaliknya.
Ini jawapan Datuk Shahrol.
Apakah pendapat datuk mengenai permintaan EV di Malaysia?
Penggunaan EV sedang dalam proses menaik dan nampaknya ia akan terus popular pada masa akan datang.
Adakah EV boleh dikatakan semakin laku keras?
Sebenarnya semakin ramai meluahkan hasrat untuk membeli kenderaan itu disebabkan beberapa faktor.
Misalnya, pemanduan yang lebih lancar dan tidak bising. Minat itu ada cuma semuanya bergantung pada bajet individu itu sendiri.
Apakah pengalaman datuk dan ahli-ahli MyEVOC, adakah berbaloi membeli EV?
Memang berbaloi. Ini kerana pengalaman pemanduan yang amat senyap selain dapat merasai kuasa tork yang serta-merta.
Berdasarkan respons semua ahli, rata-rata ahli mengakui bahawa penggunaan EV amat menjimatkan berbanding dengan kereta konvensional.
Berapakah kos pengecasan EV?
Anggaran penjimatan kos lebih kurang 25 hingga 40 peratus.
Namun, semuanya bergantung kepada jenis kereta EV (ada yang lebih effisien).
Lazimnya, pemilik EV dilihat lebih gemar mengecas di pusat membeli-belah kerana lokasi seumpama itu menyediakan perkhidmatan berkenaan secara percuma.

Adakah stesen pengecasan EV sudah mencukupi?
Pada pandangan saya, stesen pengecasan EV harus ditambahkan dengan secepat mungkin kerana jumlah kereta EV semakin bertambah apatah lagi dengan insentif bebas cukai ketika ini.
Bagaimana pula dengan kos penyelenggaraan?
Seperti sedia maklum, EV tidak menggunakan minyak enjin dan sebagainya, maka kos penyelenggaraan memang rendah jika dibandingkan dengan kereta petrol.
Berapa jumlah ahli MyEVOC?
Berdasarkan rekod halaman Facebook MyEVOC, ia kini memiliki lebih 11, 800 ahli.
Ditanya mengenai trend EV di Malaysia, beliau berkata, ia masih fokus kepada model-model high end seperti:
• Porsche
• BMW

• Hyundai
• Volvo
• Mercedes-Benz

• Tesla
• MG
• Audi
Kesimpulan:
Secara ringkasnya, nampaknya rakyat Malaysia mula menerima penggunaan elektrik kenderaan namun kerajaan perlu memainkan peranan penting dalam mewujudkan infrastruktur stesen pengecasan EV baharu bagi menggalakkan orang ramai membeli EV.
Biarpun, kerajaan telah menawarkan pengecualian duti import bagi unit terbina sepenuhnya (CBU), pengecualian cukai jalan dan pelepasan cukai RM2,500 untuk pembelian kenderaan EV namun, limitasi stesen pengecasan masih menimbulkan persoalan.
Apakah pula pandangan anda? Kongsikan pendapat anda di bawah ruangan komen ini!
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN9385
SELANGOR
BST4705
JOHOR
JD6472J
PULAU PINANG
PSF3445
PERAK
APL2673
PAHANG
CFH6337
KEDAH
KGH8774
NEGERI SEMBILAN
NEL7048
KOTA KINABALU
SJT9135
KUCHING
QAB5215P
Terakhir Kemas Kini 05 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
EV Pertama Mercedes-Benz: 190 hp, Harga 278K
Buat julung kalinya,Mercedes-Benz melancarkan model kereta elektrik pertamanya, EQA 250 AMG Line ke pasaran Malaysia.
10-03-2022
Temui Volvo XC40 Recharge Pure, Harganya Masih Misteri!
Volvo Car Malaysia memperkenalkan EV pertamanya.
15-03-2022
Berita Terkini
Beli EV Pertama: Latih Staf Terang Panduan Cas EV Di Rumah
Syarikat Kereta Digesa Latih Staf Beri Panduan Cas EV Di Rumah.
03-09-2026
1 Aplikasi, Tapi Banyak Pengecas: Akses Stesen Pengecas Gentari Melalui Aps ChargeSini
Nak Cas EV Lagi Mudah, ChargeSini, Gentari Kini Roaming Bersama.
02-09-2026
Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia
JAECOO J5 EV CKD dilancarkan pada RM118,800.
02-09-2026
Pengecas EV Murah: ChargeSini Kurangkan Harga Di Seluruh Malaysia
Berita baik pemilik EV, ChargeSini turunkan harga Pengecas DC. Semak kadar tarif baharu sekarang.
01-09-2026
Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati
Niat Ada, Halangan Banyak: Kenapa Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Bebas Bina Pengecas EV?
27-08-2026
Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara
Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.
26-08-2026
Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV
PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.
25-08-2026
EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup
Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.
24-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat