Prototaip LMDh Porsche Diuji Di Litar Catalunya, Sepanyol

Prototaip LMDh keluaran Porsche Penske Motorsport telah berjaya melepasi sesi ujian pertama dengan cemerlang!
Naib Presiden Porsche Motorsport, Thomas Laudenbach menyatakan, "Kejayaan yang dicapai dalam ujian yang dijalankan di Barceloona ini merupakan satu langkah penting. Penting untuk kami memastikan segala ciri asas prototaip LMDh berfungsi dengan baik semasa pusingan pertama kami di trek ujian Weissach. Di Sepanyol, kami telah menyaksikan keseluruhan skop pembangunan, ujian ketahanan, kerja-kerja persediaan dan yang penting sekali, pengoptimuman interaksi antara semua rakan kongsi yang terlibat dalam projek ini. Saya rasa sangat kagum melihat kepantasan pekerja-pekerja syarikat Porsche, Penske, Michelin, Multimatic dan lain-lain yang telah datang bersama-sama sebagai satu unit."

Diuji di Litar de Catalunya berdekatan dengan metropolis Sepanyol, Barcelona, prototaip ini melalui trek yang berkepanjangan lebih 2,000 km.
"Kami menyelesaikan ujian pertama di atas litar lumba sebenar dan berjaya menggandakan jarak perbatuan yang ditempuhi Porsche LMDh kepada lebih 2,000 km. Ini membuktikan bahawa kami telah menggunakan masa selepas ujian yang dibatalkan sebelum ini dengan baik untuk melakukan persediaan intensif. Termasuk rakan kongsi, lebih daripada 70 orang berada di litar ketika itu. Dari sudut pandangan organisasi, ini merupakan satu lagi cabaran yang perlu dilalui. Kami telah mencapai kemajuan yang besar bukan hanya dengan kereta ini tetapi juga dari sudut kerjasama operasi dan proses dengan Porsche Penske Motorsport. Namun begitu, perjalanan kami masih lagi jauh sebelum sampai ke peringkat yang kami inginkan," ujar Pengarah Porsche Factory Motorsport LMDh, Urs Kuratle.

Ujian ini dijalankan dengan tujuan untuk mengatur sistem, membangunkan tayar dan mengoptimumkan interaksi antara enjin Turbo V8 dan juga elemen hibrid kereta supaya memenuhi peraturan yang ditetapkan.
"Maklum balas yang diterima daripada pemandu, jurutera dan pasukan adalah positif secara konsisten. Kami adalah orang pertama yang meletakkan kenderaan LMDh melalui rentaknya dalam mod ujian. Tindakan ini memberi peluang untuk kami menyelesaikan setiap aspek kereta secara sistematik dalam beberapa minggu dan bulan akan datang, dan supaya bersedia untuk mengharungi persaingan yang akan diadakan pada tahun 2023 dengan persediaan yang terbaik," kata Pengarah Urusan Porsche Penske Motorsport, Jonathan Diuguid.

Pemandu baharu Porsche, Felipe Nasr (Brazil) dan Dane Cameron (USA) adalah antara yang telah memandu kereta prototaip 500 kW (680 PS/671 Hp).
"Saya masuk ke dalam kereta LMDh buat pertama kalinya sewaktu di Weissach. Ujian itu dilakukan secara asasnya untuk menguji fungsi kereta. Kemajuan yang telah dibuat daripada pusingan pertama di Barcelone cukup mengagumkan. Semasa hari ujian dijalankan, kami telah menunjukkan perkembangan yang konsisten. Setiap hari kami berjaya meningkatkan jarak perbatuan dan juga prestasi dengan ketara. Sudah tentu, perkembangan peringkat awal bukanlah sekadar untuk mencapai satu tahap yang lebih tinggi. Sebaliknya, pendekatan yang kami gunakan agak konservatif. Berdasarkan apa yang telah dilalui, saya berpendapat masih banyak lagi potensi pada kereta baharu ini yang boleh ditambah baik," kata pemandu Porsche, Dane Cameron.

Pada masa ini, Porsche masih lagi sedang meneruskan program pembangunan kereta dengan menggunakan prototaip LMDh di serata Eropah dan Amerika Utara.
Kesemua penambahbaikan yang dibuat akan diselaraskan musim luruh nanti sebelum diikuti dengan perlumbaan pertama pada bulan Januari 2023 di 24 Hours of Daytona.

Gallery
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQY6784
SELANGOR
BSQ2715
JOHOR
JYX1267
PULAU PINANG
PSC4364
PERAK
APH5870
PAHANG
CFG5628
KEDAH
KGG1437
NEGERI SEMBILAN
NEK4596
KOTA KINABALU
SJR9999*
KUCHING
QAB8043N
Terakhir Kemas Kini 23 May, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Auto China 2026: iCAUR Tayang V27, Petanda Bakal Masuk Pasaran Malaysia?
iCAUR Gemparkan Beijing! Konsep ROBOX Tampil Unik, V27 RHD Sedia Takluk Asia Tenggara.
27-04-2026
Auto China 2026: Lepas L6 EV, L4 Didedah
Kenali LEPAS: Jenama EV Terbaru Di Bawah Naungan Chery Group.
27-04-2026
Zeekr 8X Muncul Sebagai SUV Hibrid Terpantas Dunia, 0-100km/j Hanya 2.96 Saat
Lupakan SUV lain! Zeekr 8X gabung pecutan kereta super & keselesaan MPV mewah.
20-04-2026
Proton X50 'Takluk' Caribbean, Bukti Kereta Proton Bertaraf Dunia
Strategi global PROTON: Trinidad dan Tobago jadi pasaran eksport kedua X50 selepas Brunei.
20-04-2026
Selain Malaysia, Siapa Lagi Yang LULUS Lintas Selat Hormuz
Ini senarai negara yang dibenarkan melalui Selat Hormuz.
27-03-2026
Denza Z9 GT Tawar Jarak Pemanduan Elektrik Paling Jauh Di Dunia, 1,036KM
Denza Z9 GT station wagon yang dikemaskini dikatakan sebuah BEV yang menawarkan jarak perjalanan elekrik paling jauh di dunia.
02-03-2026
Volvo EX30 2026 Kini Ada Varian Mampu Milik, Fungsi V2L, UX Mantap
Syarikat automotif Sweden, Volvo, baru-baru ini telah mengumumkan penaiktarafan ciri Volvo EX30 bagi model tahun 2026.
27-02-2026
Model Pertama Lepas Dibawa Masuk Ke Pasaran UK, Lepas L8, Bakal Dilancar Suku Ketiga 2026
Pembuat kereta China, Chery dikatakan akan membawa masuk jenama Lepas ke pasaran United Kingdom dengan memperkenalkan model pertamanya iaitu SUV Lepas L8.
27-02-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat