Saga Baharu, Harga Bermula Dari RM34K
Proton Saga generasi keempat yang hadir dengan beberapa penambahbaikan akhirnya dilancarkan di ibu pejabat Proton, Shah Alam pagi tadi.

Kereta sedan segmen-A itu menawarkan empat varian iaitu:'

Harga yang didedahkan dengan pengecualian cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang sah sehingga 30 Jun.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya mengenai maksud MC2 22?

Ia sebenarnya bermaksud Minor Change 2. Ini bermakna, tidaklah begitu banyak perubahan mengenai jentera baharu keluaran Proton ini.
Berikut adalah perinciannya:
-full.jpg)
Menjengah bahagian luarannya, ia kelihatan tampak berbeza. Manakan tidak, gril paten “Infinite Weave” hadir dengan logo bulat Proton yang baharu.

Ketika membelek beberapa varian yang ditawarkan di bilik pameran, rupa-rupanya Premium S hadir dengan jalur Ethereal Bow.
Ia hadir dengan kemasan berwarna merah manakala varian Standard dan Premium pula kekal dengan kemasan perak seperti sebelum ini.
Premium S juga dipadankan dengan skirt sisi yang lebih tebal termasuk terdapat skirt bagi bampar hadapan selain perumah cermin sisi berwarna hitam.

Lebih menarik, tayar kenderaan berkapasiti tangki minyak 40 liter ini dikatakan memiliki cengkaman yang mampu mengurangkan bunyi bising geseran jalan.

Bahagian dalaman:
• Konsol tengah baharu
• Panel kawalan pendingin hawa juga diberikan sentuhan baharu
• Dua tombol ala Iriz/Persona dan dua butang di tengahnya.

Warna:
• Snow White,
• Armoured Silver
• Jet Grey
• Rosewood Maroon
• Ruby Red
-full.jpg)
-full.jpg)
-full.jpg)
-full.jpg)
Sejarah Proton
Sempena pelancaran Proton Saga 2022 ini, Caricarz ingin menggamit sedikit sejarah 9 Julai 1985 .
Ia merupakan tarikh keramat buat Perusahaan Otomobil Nasional (PROTON) kerana mampu mengeluarkan kereta buatan sendiri.
Tahukah anda, ia adalah hari pertama Proton Saga mula dikeluarkan, kira-kira dua tahun selepas penubuhan PROTON.

Saga
Pendek kata, jenama PROTON dan Saga tidak dapat dipisahkan.
Seperti yang sedia maklum, PROTON merupakan cetusan idea daripada Perdana Menteri keempat Malaysia iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad pada tahun 1979 untuk menjadi pembuat kereta nasional bagi membantu meningkatkan perindustrian negara.

Lebih menarik, pengeluaran Proton Saga pertama dibina di atas landasan Mitsubishi selepas pengeluar kereta Jepun itu bersetuju mewujudkan usaha sama dengan HICOM untuk menghasilkan kereta pertama Malaysia.
Angka Jualan
Akhirnya, model tersebut mendapat sambutan luar biasa dalam kalangan pembeli kereta di Malaysia dan pada 16 Mac 1989, ia dilancarkan pula di United Kingdom dan laris dijual di mana sasaran jualan di negara itu bagi 12 bulan berjaya dicapai hanya dalam tempoh enam bulan.
Saga dikatakan mengekalkan kedudukannya sebagai model terlaris dalam rangkaian penawaran PROTON.
Bagi bulan Mei 2020, Saga merupakan kereta paling laris di Malaysia dan pada bulan Jun, ia berjaya mencapai jumlah jualan bulanan tertinggi dalam tempoh 70 bulan.
Begitupun, sudah menjadi lumrah, dalam setiap perniagaan ada pasang dan surutnya.
Manakan tidak, pada suku kedua tahun ini, Proton melalui bulan yang agak mencabar walaupun syarikat berusaha untuk memulihkan kekurangan dalam pengeluaran.
Masalah Bekalan Cip
Proton juga tidak terkecuali dalam menghadapai masalah gara-gara isu bekalan cip yang terus mengehadkan bilangan unit yang dijual.
Walaupun jualan dan pegangan pasaran mengalami penurunan secara keseluruhan, model Proton masih menerajui tiga segmen di pasaran iaitu:
• Proton X50
• Proton X70
• Proton Exora
Ketiga-tiga model ini kekal berada di kedudukan teratas dalam segmen B-SUV, C-SUV dan C-MPV dengan jualan sebanyak 1,554 unit, 1,530 unit dan 301 unit masing-masing.

Jualan
Walau bagaimanapun, model terlaris pada bulan April ialah Proton Saga dengan 4,579 unit yang menyumbang kepada jumlah YTD sebanyak 14,028 unit dalam bulan terakhir jualannya sebelum pelancaran Proton Saga 2022.
Sempena pelancaran Saga, Proton turut mendedahkan pihaknya berjaya menjual 1.5 juta model ikonik Saga dalam tempoh 37 tahun, yang bermaksud Saga adalah model paling popular dari jenama automotif Malaysia.
Tahniah Proton!
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN9309
SELANGOR
BST4692
JOHOR
JD6431J
PULAU PINANG
PSF3439
PERAK
APL2659
PAHANG
CFH6327
KEDAH
KGH8760
NEGERI SEMBILAN
NEL7039
KOTA KINABALU
SJT9124
KUCHING
QAB5213P
Terakhir Kemas Kini 05 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
JAECOO J5 EV Dilancar: SUV Elektrik CKD RM118,800
JAECOO J5 EV Masuk Malaysia: Jarak 461km, RM118,800.
02-09-2026
Honda City 2026 Kini Boleh Ditempah: Ada Diskaun RM3,000
Honda City 2026 Dibuka Untuk Tempahan: Semak Spesifikasi & Promo.
27-08-2026
Siap Pakej 'Dark Warrior' RM10.8k!,JETOUR T2 Edisi Merdeka Ke-69 Terhad 69 Unit Sahaja
JETOUR T2 Dark Warrior Edisi Terhad Menggegar Malaysia: Enjin 2.0L Turbo, 'Serba Hitam & Cuma ada 69 Unit.
22-08-2026
Miliki EV Mewah Dari RM2,988 Sebulan: Mercedes-Benz CLA 250+ AMG Line Rasmi Di Malaysia
Mercedes-Benz CLA 250+ EV Dilancarkan Pada Harga RM274,888.
14-08-2026
48 Unit Sahaja: MINI Countryman S ALL4 Desert Night Edition Baharu Dilancar
MINI Malaysia Perkenalkan Countryman S ALL4 Desert Night Edition Berharga Bermula RM267,333.
10-08-2026
Gempur Xpander & Veloz: Mampukah Hyundai Stargazer Dominasi Pasaran MPV?
Hyundai Stargazer vs Xpander vs Veloz: Mana Satu Pilihan MPV Keluarga Terbaik?
07-08-2026
BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro Rasmi Mendarat di Malaysia
Super-SAV Paling Cekap Pernah Dihasilkan: Segala Yang Anda Perlu Tahu Tentang BMW iX3 Baharu di Malaysia.
06-08-2026
JETOUR T1 Rasmi Dilancarkan di Malaysia: Dua Varian, Harga Bermula RM129,800
Pencabar Baharu SUV Urban: JETOUR T1 Ditawarkan Dari RM129,800 Bersama Waranti Enjin 1 Juta KM.
22-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat