Persatuan OKU Kena Scam! RM100K Lesap Ditipu Penjual Kereta Dalam Talian
Berhati-hati berurusan secara dalam talian, lebih-lebih lagi dengan individu yang tidak dikenali. Baru-baru ini, sebuah persatuan orang kurang upaya (OKU) terpaksa berputih mata setelah wang sejumlah RM100,000 lesap setelah ditipu 'penjual' kereta import terpakai di Facebook.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Kedah, Superintendan Elias Omar berkata, dalam kejadian tersebut, mangsa berusia 31 tahun yang juga merupakan sukarelawan bagi persatuan OKU tersebut telah melakukan transaksi pembelian Toyota Voxy.
Van Dibeli Untuk Kegunaan OKU

Mangsa telah berhubung dengan penjual kereta tersebut melalui Facebook sebelum meneruskan urusan melalui WhatsApp.
“Mangsa kemudian berminat untuk membeli kereta berkenaan untuk kegunaan persatuan OKU terbabit.
“Susulan daripada itu, mangsa kemudian berurusan dengan suspek melalui aplikasi WhatsApp untuk mendapatkan maklumat lanjut,” katanya dalam satu kenyataan pagi ini (26 Mei).
Mula Membuat Bayaran
Pembayaran untuk van pembelian Toyota Voxy berjumlah RM100,000 mula dibuat secara berperingkat antara bulan April hingga Mei.
Setelah keseluruhan bayaran dibuat, mangsa menyedari dia sudah ditipu apabila suspek gagal dihubungi.
“Penipuan ini mula disedari mangsa selepas suspek berjanji akan menyerahkan kereta itu kepadanya namun sehingga kini suspek mendiamkan diri dan gagal dihubungi.
“Mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Pendang pada (23 Mei) lalu selepas menyedari ditipu.
“Berikutan itu, satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” ujarnya.
Orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati ketika melakukan pembelian secara dalam talian. Sekiranya anda tidak mahu kejadian seperti ini terjadi kepada diri, gunakan platform jual beli kereta yang boleh dipercayai seperti caricarz.com.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN7425
SELANGOR
BST4359
JOHOR
JD5680J
PULAU PINANG
PSF3086
PERAK
APL2341
PAHANG
CFH6187
KEDAH
KGH8563
NEGERI SEMBILAN
NEL6817
KOTA KINABALU
SJT8784
KUCHING
QAB5107P
Terakhir Kemas Kini 03 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Macam-Macam Perangai Jiran, Bina Bangsal Di Tengah Jalan
Seorang penduduk bertindak luar batasan apabila dia membina sebuah bangsal untuk van kesayangannya di tengah-tengah jalan di sebuah taman perumahan di Kuantan, Pahang.
30-01-2023
Toyota Malaysia Kini Jenama Automotif Bukan Nasional No. 1: Lepasi Jualan 100K Unit Tahun 2022!
Toyota Malaysia berjaya menduduki takhta sebagai jenama automotif bukan nasional nombor 1 di Malaysia bagi tahun 2022.
06-01-2023
Akhirnya! Penipu Urusan Beli Kereta Ditangkap, Mangsa Rugi RM129K
Seorang lelaki ditahan kerana disyaki terlibat dalam sindiket penipuan jualan kereta.
12-08-2022
Berita Terkini
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas
Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.
02-09-2026
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor
Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.
01-09-2026
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas
Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.
01-09-2026
Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500
Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.
01-09-2026
Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini
Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.
01-09-2026
Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km
Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.
30-08-2026
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom
Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.
29-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat