ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Adakah Kerusi Keselamatan Anak Anda Dipasang Dengan Betul?

Suhana Veru

Kongsi melalui

Seperti sedia maklum, kerajaan telah mewajibkan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) di dalam kenderaan.

Ia bertujuan untuk menyelamatkan mereka daripada mengalami kecederaan serius atau kematian sekiranya berlaku kemalangan.

Sejak pengumuman itu, terdapat pelbagai jenis kerusi khas kanak-kanak yang dijual di Malaysia menyebabkan golongan ibu bapa tidak melepaskan peluang untuk membeli kerusi keselamatan berkenaan.


Tetapi adakah kerusi keselamatan itu dipasang dengan betul? Ini kerana setiap satu kerusi ada kaedah pemasangan yang tersendiri.



Percaya atau tidak, hampir 90 peratus  daripada kerusi khas kanak-kanak di Malaysia tidak dipasang dengan sempurna.

Antara kesilapan utama;

Tidak dipasang dengan betul atau  longgar

Pemilihan kerusi khas kanak-kanak tidak mengikut usia, berat dan ketinggian anak 

Kerusi khas kanak-kanak dipasang, tetapi tidak dipakai tali pinggang keselamatan dengan betul  atau longgar 

Anak anda dipakaikan tali pinggang keselamatan biarpun kerusi khas untuknya tidak dipasang sempurna. 

Tali pinggang keselamatan salah digunakan. Ada sesetengah kerusi khas kanak-kanak yang perlu ditukarkan slot tali keselamatannya apabila anak sudah membesar.

Masih guna kerusi rosak atau tamat tempoh penggunaannya.

Bagaimanapun, anda jangan bimbang jika masih tidak tahu memasang kerusi kanak-kanak dengan betul.


Ini kerana Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) dengan kerjasama Butik Tateh, Bangi akan mengadakan program  Pemeriksaan Pemasangan Kerusi Keselamatan Kanak-kanak secara percuma.

Info Program: 

Tarikh: 25 Jun 2022

Masa: 10 pagi – 3 petang

Lokasi: Butik Tateh Bangi, G-46, Jalan 8/35, Taman Seri Bangi, Seksyen 8, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRF9541

SELANGOR

BSR5747

JOHOR

JA2203J

PULAU PINANG

PSD7450

PERAK

APJ8023

PAHANG

CFH1520

KEDAH

KGH637

NEGERI SEMBILAN

NEK9073

KOTA KINABALU

SJT671

KUCHING

QAB1917P

Terakhir Kemas Kini 15 Jul, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Terkini

Berita Auto

LRT 3 Pula Dah ...

LRT 3 laluan Shah Alam alami isu teknikal baru-baru ini.

14-07-2026
Berita Auto

Harga Petrol Malaysia Lebih Rendah Berbanding Arab Saudi, UAE

Harga petrol Malaysia lebih murah berbanding Arab Saudi, UAE.

14-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333 Beri Kuasa Mahkamah Perintah Pesalah Bayar Pampasan Kepada Waris

Pindaan Akta 333: Mahkamah Diberi Kuasa Arah Pesalah Jalan Raya Bayar Pampasan Kepada Waris.

14-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

Sime Beyond Auto Buka Cawangan BYD Ke-6 Di Sri Petaling

Sime Beyond Auto Kukuh Dominasi Pasaran EV Menerusi Pelancaran BYD Sri Petaling.

14-07-2026
Berita Auto

Zeekr Malaysia Lantik 3 Pengedar Baharu, Bakal Ada 18 Cawangan Akhir Tahun Nanti

Kekal Jenama EV Premium No. 1, Zeekr Malaysia Kini Perluas Rangkaian Bilik Pameran & Pusat 3S.

13-07-2026
Berita Auto

Mengimbau Litar Batu Tiga: Salinan Silverstone yang Kini Menjadi Kenangan

Sebelum Wujudnya Sepang, Ini Kisah Litar Shah Alam yang Dilupakan.

12-07-2026
Berita Auto

4 Penunggang RXZ Maut

Empat penunggang motosikal Yamaha RX-Z maut dalam kemalangan membabitkan 12 motosikal di Kilometer 246.4 Lebuhraya Pantai Timur (LPT).

12-07-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.