Apakah Barang Paling Laku di Online? Baca Ini!
Sejak Perintah Kawalan Pergerakan yang pernah dilaksanakan dua tahun lalu, kebanyakan pengguna sudah beralih membeli barangan secara dalam talian.
Sejak itu, bahagian penjual Shopee Marketplace turut meningkat 7.5 kali ganda pada Januari 2020 hingga Mac 2022.
Mungkin ramai yang tertanya-tanya, apakah produk yang dibeli secara dalam talian oleh peminat kereta dan motosikal?
Berikut merupakan antara barangan terlaris di Auto Mall, sebuah pusat sehenti di Shopee yang menawarkan barangan berkaitan automotif.

PEMEGANG KOTAK TISU KERETA

Jualan direkodkan meningkat lebih tiga kali ganda pada bulan April 2022 berbanding semasa Auto Mall diperkenalkan pada bulan November 2021.
Seperti sedia maklum, kotak tisu merupakan barang berguna yang wajib ada di dalam kereta. Apa tidaknya, jika anak atau anda sendiri tumpahkan air, makanan, sudah pasti tisu yang dicari.
Maka tidak hairanlah, pemegang kotak tisu menjadi rebutan di Shopee.
Lagipun, pemegang ini menjadikan bahagian dalam kereta kelihatan lebih kemas dan teratur.
MINYAK ENJIN
Lebih 69,000 unit minyak enjin berjaya dijual di Auto Mall. Ia juga antara barang yang penting dibeli bagi memastikan prestasi enjin berada dalam keadaan baik.

Statistik ini menunjukkan pemilik motosikal dan kereta kini beralih kepada Shopee untuk mendapatkan keperluan perlindungan enjin mereka, dengan pelbagai jenama dan jenis minyak enjin ditawarkan di platform tersebut.
BATERI
Apa yang menarik, sebanyak 26,000 bateri berjaya dijual. Ini menunjukkan bilangan pengguna agak tinggi dalam pembelian bateri.

TAYAR MOTOSIKAL
Lebih 19,000 unit tayar terjual.
Biarpun agak berat namun peningkatan populariti e-dagang telah mengubah pilihan pengguna, menyebabkan ramai rakyat Malaysia memilih untuk menikmati kemudahan membeli tayar motosikal secara dalam talian.
Antara jenama tayar yang paling laku di AutoMall ialah Maxxis dan Corsa.

Selain itu, pengilat tayar, Wax Silikon juga dilihat laris kerana ramai pengguna mahu memastikan tayar dan rim sentiasa berkilat ketika berada di atas jalan raya.
MOTOSIKAL
Selain alat ganti dan aksesori, pembelian motosikal juga amat popular.
Jenama motosikal popular di Shopee termasuk Yamaha, Modenas, Honda dan Vespa.


Para pengguna mempunyai pilihan untuk membeli motosikal secara tunai atau dengan membayar yuran tempahan, kemudian membayar baki jumlah melalui pinjaman.
“Sebelum ini, kami lebih tertumpu kepada kedai luar talian sebelum penularan Covid-19. Apabila kami memulakan perniagaan di Shopee pada akhir tahun 2020, kami telah mencapai jualan bernilai lebih RM1 juta dalam tempoh setahun.
Baru-baru ini, selepas menyertai Auto Mall, pendedahan kami bertambah baik. Bilangan pengunjung ke kedai dalam talian kami telah meningkat sebanyak 25 peratus dalam sebulan,” kata jurucakap BateriHub.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRS7644
SELANGOR
BSU2342
JOHOR
JF2759J
PULAU PINANG
PSG1461
PERAK
APL9202
PAHANG
CFH9258
KEDAH
KGJ3510
NEGERI SEMBILAN
NEM1845
KOTA KINABALU
SJU4283
KUCHING
QAB7095P
Terakhir Kemas Kini 02 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Kemuncak F1 Sepang: George Russell Pun 'Pening' Sangkut "Jem"
Pemandu F1 George Russell Pun Sangkut Jem Ke SIC Sepang.
02-10-2026
Nasi Lemak RM35 Di Sepang: Harga Makanan F1 Cetus Bualan Hangat
F1 Sepang: Isu Harga Makanan RM35 Jadi Tumpuan Pengunjung.
02-10-2026
Sewa Kereta Kepada Warga Asing: Denda RM10,000
JPJ akan menggempur habis-habisan pemandu warga asing yang semakin bebas memandu secara haram.
02-10-2026
F1 GP Bahrain: Laluan Arah KLIA Dijangka Sesak Bermula 2-4 Okt
Penerbangan Dari KLIA 2-4 Okt? Rancang Masa Awal Elak Terlepas
01-10-2026
Touch n Go Tambah 10 Lorong Enhanced RFID Baharu
Senarai Lebuh Raya Dengan Lorong Enhanced RFID Baharu.
30-09-2026
Model Baharu Mercedes-AMG GT 63 Terjah Pasaran Malaysia
Mercedes-AMG GT 63 Rasmi Tiba Di Malaysia.
30-09-2026
Raptai Pertunjukan Gulf Air Sempena F1 GP Bahrain Bermula Esok
Ada Sebabnya Kenapa Gulf-Air Terbang Rendah Esok.
29-09-2026
Volvo Perluas Rangkaian, Buka Pusat 2S Baharu di Kuching
Pusat 2S Volvo Kuching Dibuka Rasmi Untuk Pemilik Volvo Sarawak.
29-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge