'Caj Kesesakan' Solusi Terbaik Isu Trafik Sesak Di KL?

Isu kesesakan jalan raya pasca pandemik kini sedang hangat diperbualkan sehinggakan pertandingan polisi awam tentang cara untuk menyelesaikan masalah kesesakan trafik dianjurkan Penggerak Belia Selangor (PeBS).
Terkini, Bernama menghuraikan bagaimana pengenalan ‘kadar harga jalan’ iaitu caj yang dikenakan untuk memasuki zon sesak di bandar besar merupakan antara langkah terbaik yang boleh dipertimbangkan.
Telah Dilaksanakan Bandar Utama Luar Negara
Tindakan ini sudah lama dilaksanakan di bandar-bandar besar negara maju lain seperti London, United Kingdom; Singapura; Stockholm, Sweden dan Milan, Itali.
Kenapa Caj Kesesakan Ini Berkesan?

Pendekatan ini dapat membantu mengurangkan isu kesesakan jalan raya, mengurangkan penggunaan jalan semasa waktu puncak, dan meningkatkan penggunaan pengangkutan awam.
Adakah Pengguna Jalan Raya Kuala Lumpur Bersedia Dengan Sistem Ini Selepas Sistem Jaringan Pengangkutan Awam Siap Sepenuhnya?
Menurut Pengarah Institut Pengangkutan Malaysia (MITRANS) Universiti Teknologi Mara (UiTM) Prof Madya Dr Harlina Suzana Jaafar, orang ramai perlu menyedari bahawa penggunaan kenderaan persendirian adalah punca utama wujudnya isu kesesakan.
Penambahbaikan jalan raya seperti penambahan atau pelebaran jalan tidak boleh dipandang sebagai penyelesaian tetapi sebagai punca masalah kerana menggalakkan lagi penggunaan kenderaan persendirian.
Bangunkan Infrastruktur Mobiliti Lain
Fokus penyelesaian haruslah seimbang dan bukan sekadar memandang ‘saiz’ jalan raya. Pembangunan infrastruktur lain di sekitar pusat bandar dan kawasan perumahan perlulah diberikan tumpuan supaya orang ramai dapat memanfaatkan pelbagai mod mobiliti lain seperti skuter, basikal malahan berjalan kaki.

Laluan kenderaan mikromobiliti di luar negara
"Secara kesimpulannya, penambahbaikan adalah harus menuju ke arah 'modal split' atau 'modal share' iaitu penggunaan semua mod pengangkutan seperti tren dan berbasikal secara seimbang.
"Walaupun ramai yang berpandangan bahawa ia tidak sesuai dilakukan di negara kita yang panas, tetapi dengan adanya kreativiti kita mampu mewujudkan infrustuktur yang selesa bagi menarik pengguna menggunakan mobiliti tersebut," katanya.
Jalankan Kajian Menyeluruh dan Projek Perintis Caj Kesesakan
Pensyarah Kanan, Fakulti Alam Bina dan Ukur, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Dr Safizahanin Mokhtar turut berkongsi pandangan yang sama. Menurutnya, kajian menyeluruh dan projek perintis caj kesesakan dilaksanakan terlebih dahulu sepertimana dilakukan bandar utama luar negara.
"Mengambil contoh pelaksanaan caj kesesakan di kota London, ia mengambil tempoh 10 tahun kajian terperinci termasuk mengkaji pergerakan pengguna dari lokasi tertentu dan diikuti beberapa kawasan dipilih untuk dilaksanakan percubaan projek itu.
"Pada awalnya ada bantahan, namun pelaksanaan itu dilakukan secara perlahan sehingga pengguna sendiri merasai impak iaitu pengangkutan awam bas secara tiba-tiba lebih efektif mengikut jadual perjalanan kesan tiada kesesakan trafik, sekali gus memupuk pengguna memilih mod pengangkutan alternatif," katanya.
Sumber: Bernama
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRW1755
SELANGOR
BSU6535
JOHOR
JG4801J
PULAU PINANG
PSG8840
PERAK
APM5364
PAHANG
CFJ2567
KEDAH
KGJ6190
NEGERI SEMBILAN
NEM4206
KOTA KINABALU
SJU7512
KUCHING
QAB8477P
Terakhir Kemas Kini 28 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Bila PROTON S70 RS Sport Dilancar?
Ada pihak menyifatkan Proton S70 RS Sport bakal dilancarkan Disember ini.
27-10-2026
F1 Kembali Ke Malaysia, Ini Kata SIC
Sepang Sedia Kertas Kerja F1: Peluang Keputusan Kini 50-50
27-10-2026
Pusat 4S Denza Balakong Dibuka: Antara Pusat Pengedar Terbesar Kini di Selangor
DENZA Balakong Rasmi Dibuka, Tawar Perkhidmatan 4S Lengkap.
26-10-2026
11,888 Tiket Extra KTMB Deepavali: Laluan Mana Yang Terlibat
NTING: KTMB Buka Tiket ETS Tambahan Deepavali 27 Oktober Ini.
26-10-2026
Adakah ECRL Bakal 'Membunuh' Perkhidmatan Bas Ekspres?
Nampaknya, Ramai Akan Beralih ke ECRL, Apa Pula Nasib Bas Ekspres.
26-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge