Mercedes-AMG GLA 35 4MATIC Versi CKD Dilancarkan, Dari RM363K!
-full.jpg)
Mercedes-Benz Malaysia (MBM) telah melancarkan Mercedes-AMG GLA 35 4MATIC pemasangan tempatan (CKD) di kilang yang terletak di Pekan, Pahang. Model ini ditawarkan pada harga RM 363,888.00, dengan SST, di atas jalan, tanpa insurans.
PRESTASI MERCEDES-AMG GLA 35 4MATIC
-full.jpg)
Mercedes-AMG GLA 35 4MATIC dikuasakan oleh enjin 4 silinder berpengecas turbo 2L dengan output 306 hp/400 Nm. Kuasa disalurkan kepada sistem pacuan empat roda 4MATIC dengan transmisi 7G DCT Speedshift AMG. Ia boleh memecut daripada 0-100 km/j dalam masa hanya 5.2 saat dan mencapai kelajuan tertinggi 250 km/j. Sistem suspensi AMG RIDE CONTROL dan AMG DYNAMIC SELECT menjanjikan pemanduan yang berprestasi tinggi dan selesa.

BAHAGIAN LUAR MERCEDES-AMG GLA 35 4MATIC
-full.jpg)
-full.jpg)
Mercedes-AMG GLA 35 4MATIC menggunakan roda aloi ringan 5 jejari kembar AMG bersaiz 20 inci berwarna hitam pusam (matte) dengan kemasan rim berkilat, lampu multibeam LED dengan Adaptive Highbeam Assist Plus, rel bumbung alumunium, cermin sisi boleh lipat dan dilaraskan secara automatik. Selain itu, turut terdapat pencahayaan yang memancarkan logo Mercedes-Benz. Ditawarkan dalam warna Polar White, Cosmos Black, Iridium Silver, Mountain Grey dan Denim Blue.
BAHAGIAN DALAM MERCEDES-AMG GLA 35 4MATIC
-full.jpg)
-full.jpg)
Bergerak ke bahagian dalam kereta, tempat duduk sport kereta dibalut sama ada dengan kulit buatan tangan ARTICO atau gentian mikro DINAMICA berwarna hitam dengan jahitan berwarna kontra iaitu merah, serta tali pinggang berwarna merah. Stereng AMG Performance kereta pula dibalut dengan kulit nappa.
-full.jpg)
Dari segi teknologi, pada konsol tengah kereta terdapat butang untuk mengawal mod transmisi manual kereta, ESP 3-tahap dan suspensi AMG RIDE CONTROL untuk memberikan pengalaman pemanduan yang dinamik. Ciri lain ialah kawalan iklim automatik THERMOTRONIC untuk pemanduan lebih relaks. Seterusnya, pakej Light & Sight dengan pencahayaan ambien 64 warna serta cermin dalam dan luar yang boleh dimalapkan secara automatik.
Kereta menggunalan sistem audio keliling Burmester® dan juga modul komunikasi terkini (LTE) untuk servis Mercedes me connect bersama-sama dengan sistem panggilan kecemasan Mercedes-Benz.
CIRI KESELAMATAN MERCEDES-AMG GLA 35 4MATIC
Berikut adalah ciri keselamatan yang terdapat pada Mercedes-AMG GLA 35 4MATIC:
-Pakej parkir dengan kamera 360 darjah
-Bantuan parkir aktif
-Pakej pengesan laluan
-Bantuan titik buta
-Bantuan kekal lorong aktif
-Bantuan amaran keluar
-Bantuan brek aktif
-Pakej KEYLESS-GO Comfort
-Akses bebas tangan
-Perlindungan kenderaan URBAN GUARD
-Sistem penggera anti-kecurian
-Sistem pemantau dalam kereta
-Beg (udara) lutut
-Petunjuk status tali pinggang belakang dalam paparan instrumen
-TIREFIT
-Sistem pemantau tekanan tayar
HARGA
Seperti yang dikatakan di awal artikel, model CKD ini ditawarkan pada harga RM 363,888.00, dengan SST, di atas jalan, tanpa insurans. Namun, sekiranya anda sempat untuk membeli dengan harga lebih murah iaitu dengan pengecualian SST sebelum 1 Julai ini, harganya ialah RM345,048.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT2059
SELANGOR
BSU2919
JOHOR
JF4022J
PULAU PINANG
PSG2293
PERAK
APM120
PAHANG
CFH9518
KEDAH
KGJ3871
NEGERI SEMBILAN
NEM2153
KOTA KINABALU
SJU4594
KUCHING
QAB7260P
Terakhir Kemas Kini 07 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Mercedes-AMG A 35 4MATIC Versi CKD Dilancarkan, Murah 5K Dari CBU, Dari RM343K!
Mercedes-Benz Malaysia (MBM) hari ini telah melancarkan Mercedes-AMG A 35 4MATIC pemasangan tempatan (CKD).
28-06-2022
Berita Terkini
Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi
Tiggo Cross Sport Edition Lancar di Malaysia, Lebih Sporty.
07-10-2026
Tempahan GWM ORA 5 HEV Dibuka: SUV Hibrid RM115K, Jarak 1,100 KM
Tempahan GWM ORA 5 HEV Kini Dibuka.
05-10-2026
Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe
Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.
30-09-2026
Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888
SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.
26-09-2026
JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k
JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.
22-09-2026
Berapa Harga Hyundai Stargazer?
Hyundai Stargazer Rasmi Dilancar di Malaysia (Harga RM99,800- RM121,800).
22-09-2026
Bakal Dilancar: Hyundai STARGAZER Malaysia: 300 Unit Pertama Mendarat
Hyundai Stargazer bakal dilancarkan.
17-09-2026
MINI Cooper S Oxford Edition Baharu Tiba, Ada 6 Unit, Harga Bermula RM289k
Hanya enam unit MINI Cooper S Oxford Edition Baharu ditawarkan di Malaysia.
10-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge