Nak Dapat Kereta Baharu, Kena Tunggu Sampai 2-6 Bulan

Sebelum ini, kerajaan ada mengumumkan bahawa pihaknya tidak akan melanjutkan insentif pengecualian cukai jualan dan perkhidmatan (SST) untuk pembelian kereta baharu selepas ianya akan berakhir esok.
Bagaimanapun, bagi yang telah membuat tempahan kereta sebelum 30 Jun masih lagi layak untuk menerima insentif pengecualian cukai tersebut sekiranya kereta berkenaan diterima dan didaftarkan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebelum 31 Mac 2023.

Sejak itu, bilik pameran kereta diserbu orang ramai gara-gara mereka mahu mendapatkan pengecualian SST.
Di sebalik itu, ada berita buruk bagi yang telah tempah kereta baharu!
Berikut adalah soalan yang lumrah dilontarkan pembeli kepada jurujual kereta.
Berapa lama tunggu kereta baharu?
Anda sebenarnya kena tunggu .kereta baharu sampai enam bulan!
Ya, benar. Bagi sesiapa yang telah membuat tempahan kereta baharu, anda perlu menunggu sekurang-kurangnya dua hingga enam bulan.
Segala-galanya kerana masalah kekurangan bekalan cip mikro yang melanda industri automotif global sejak tahun lalu.
Ini kerana ramai pembeli mula berasa tidak berpuas hati kerana terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan model-model kereta yang tertentu.
Timbalan Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdullah berkata, tempoh menunggu bagi model Proton adalah kira-kira dua bulan bagi model Proton X70, Proton Persona, Proton Iriz, Proton Exora dan Proton Saga.
“Proton X50 pula akan mengambil masa kira-kira enam bulan dan juga tertakluk kepada pilihan warna dan varian.
"Kami yakin akan berjaya memenuhi semua tempahan bagi kenderaan Proton yang ditempah sebelum 1 Jun lalu dan mendaftarkan kenderaan terbabit sebelum akhir Mac 2023," katanya.
Sementara itu, Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Datuk Aishah Ahmad menyifatkan pihaknya tidak dapat menjangkakan bila masalah cip akan selesai.
Masalah yang telah berlanjutan sehingga setahun itu turut menjejaskan kereta pemasangan tempatan (CKD) dan model import sepenuhnya (CBU).
Sementara itu, tinjauan Caricarz di beberapa halaman kumpulan kereta tempatan mendapati terdapat pelbagai komen mengenai penantian kereta baharu.

Ada yang mendakwa mereka telah membuat tempahan sejak Ogos tahun lalu namun setakat bulan lepas, masih belum menerima kereta yang ditempah.

Apa pula pengalaman anda? Ada yang terpaksa menunggu sampai enam bulan? Jika ya, kongsikan pengalaman anda bersama kami!
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX9715
SELANGOR
BSU9607
JOHOR
JH2516J
PULAU PINANG
PSH3426
PERAK
APM8470
PAHANG
CFJ3803
KEDAH
KGJ7694
NEGERI SEMBILAN
NEM5578
KOTA KINABALU
SJV1342
KUCHING
QAB9761P
Terakhir Kemas Kini 11 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Najib Razak Akhirnya Jalani Tahanan Rumah Hingga 2028
Kes Najib Razak: Mahkamah Sahkan Perintah Tahanan Rumah.
10-11-2026
CariCarz Automall Cabar Penawaran Harga Tukar Beli, Rekodkan Jualan 300 Kenderaan Secara Konsainan Tahun 2026
CariCarz Automall Rekod 300 Jualan Kenderaan Pada 2026 Menerusi Konsainan.
10-11-2026
Mitsubishi Xforce Malaysia: Jaminan Resale Value 60%
Mitsubishi Xforce: Nilai Terjamin 60% Selepas 5 Tahun.
06-11-2026
Isu Tahanan Rumah Najib: Anthony Loke Akhirnya Kotakan Janji
Anthony Loke Rasmi Undur Diri Sebagai Menteri Pengangkutan.
06-11-2026
Diskaun Tol 50% Sempena Deepavali Selama 2 Hari
Diskaun Tol 50% Bermula Tengah Malam Tadi Hingga Esok.
06-11-2026
Sapura Industrial Raih Kontrak RM307 Juta Pasang Gandar Kereta Chery
Chery Lantik Sapura Industrial Pasang Gandar.
06-11-2026
Genting Tawar Servis Helikopter VIP dari Subang
Anda Kini Boleh Naik Helikopter Jika Nak Ke Genting.
05-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge