Perodua Dedah Teaser Alza D27A, Bakal Muncul Tidak Lama Lagi!
Sejak semalam, gambar teaser sebahagian kereta yang sengaja digelapkan, terpampang di Facebook rasmi, Perodua.
Di atas gambar itu, turut tertera tulisan “Inspired By Perodua Smart Build”.
Ekoran itu, rata-rata netizen mendakwa ia adalah Alza D27A namun setakat ini, masih belum ada sebarang pengumuman rasmi daripada pengeluar kereta tempatan itu.

Begitupun, beberapa ciri jentera ini dapat diagak memandangkan satu klip video turut dimuat naik ke laman perkongsian video, YouTube, dengan beberapa bahagian boleh dilihat dengan jelas.

Antaranya:
• Lampu utama dengan reflektor LED
• Ada jalur lampu melintang dalam klusternya
• Lampu kabus berbentuk bersegi
• Lampu belakang nampak mirip seakan lampu Avanza, dengan bentuk L
• Klusternya dihubung dengan logo Perodua di tengah
• Bahagian dalaman kelihatan agak sama dengan Avanza.

Jika anda mengikuti laporan kami sebelum ini, Caricarz ada menyatakan bahawa ia akan diasaskan dari platform Daihatsu New Global Architecture (DNGA).
Mungkin ada berita baik bagi yang memiliki keluarga besar dan sedang mempertimbangkan untuk membeli jentera ini.
Jika ya, maka pilihan anda tepat!

Ini kerana ada desas-desus menyatakan bahawa saiznya agak besar dan luas berbanding model lamanya, walaupun jarak antara rodanya kekal 2,750 mm dan lebih panjang daripada Proton Exora.
Apapun tunggu sahaja pengumuman rasmi Perodua!
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRQ9827
SELANGOR
BST8963
JOHOR
JE5916J
PULAU PINANG
PSF7343
PERAK
APL6244
PAHANG
CFH7982
KEDAH
KGJ2151
NEGERI SEMBILAN
NEL9551
KOTA KINABALU
SJU2247
KUCHING
QAB6004P
Terakhir Kemas Kini 24 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Harga Boleh Beli Rumah! Perodua Traz & Alza Mula Dijual Pada Harga RM242k
Perodua Traz, Alza Serba Baharu Rasmi Dilancar Di Sri Lanka.
27-07-2026
Berita Terkini
Proton S70 "Rahmah": Adakah Ini Myvi Killer Sebenar?
Adakah Proton S70 sebenarnya Myvi Killer?
23-09-2026
Cara Masuk Singapura Terkini: VEP Kereta Asing Wajib Diaktifkan
Syarat Masuk Singapura 2026: Wajib Ada VEP.
23-09-2026
Hasil Bidaan Siri H RM91.2 Juta: Berita Baik Pemandu Teksi, Kereta Sewa
Pemandu teksi dan kereta sewa di seluruh negara bakal menerima berita gembira pada minggu hadapan.
22-09-2026
Perodua, Bank Rakyat Jalin Kerjasama, Perkenal Kad Kredit-i
Kad Kredit-i direka khas untuk pelanggan Perodua.
22-09-2026
GP BAHRAIN: Peluang Emas Pemandu E-Hailing Malaysia
Permintaan e-hailing, p-hailing dijangka melonjak sempena GP Bahrain.
21-09-2026
Nombor Pendaftaran H1 Raih RM10.7 Juta, Siri Terakhir JPJ
H1 cecah RM10.7 juta dalam bidaan nombor pendaftaran siri H.
21-09-2026
Isu Najib: Anthony Loke Letak Jawatan
Perletakan jawatan itu hanya membabitkan beliau dan tidak melibatkan ahli DAP lain.
19-09-2026
ECRL Gombak ke Kuantan Hanya 1 Jam 30 Minit
Gombak ke Kuantan 90 Minit Naik ECRL: Ujian Rasmi Berjaya.
18-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat